Langkah terhenti

Baru semalam bicaranya lantang mematikan langkahku
Bersungguh benar dia mengajak untuk berbicara
Mungkin kerana teruja semua disapa...
Aku hanya tersenyum
Kerna dia benar-benar beria
Bicara sepatahku tidak diendah dan dia terus mengajak...
Entah kenapa raut wajahnya kutatap lama...hingga leka aku menatap raut wajahnya
Kenapa dia bersungguh? 
Aku tidak sama dengan yang lain, kerana bicaraku kasar, mereka akan memilih hanya untuk tersenyum
Tapi untuk hari ini dia tidak seperti yang lain kerna memilih untuk menyapa Aku.
Kerna rasa mahu berhenti Aku melayan bicaranya sekadar cuma...mahu menghargai usaha
Bukankah seorang guru yang baik itu sentiasa percaya semua anak didiknya punya harapan
Tiada istilah putus asa kerna mereka harapan ramai manusia...
Terkedu seketika mendengar berita
Aku mahu marah. Bukankah sudah diberi nasihat, jangan memandai.
Ah budak-budak memang tidak mahu mendengar kata 
Suka ikut kata hati...

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P