Makcik 50 sen

Cerita mudah untuk difahami kerana ini cerita orang biasa. Cerita makcik menjual air cendol kegemaran aku. 

Rutin apabila berada di pekan itu, aku singgah untuk mencari minuman kesukaan. Mungkin rindu untuk merasa cendol istimewa pekan aku. 

Dulu harga sebekas air itu hanya rm 1. Tapi dunia berubah, harga minyak naik. Maknanya semuanya akan naik. Termasuk hantaran kahwin agaknya. Lelaki makin sakit kepala, dan makin ramai juga wanita tetap bujang hingga separuh umurnya. 

REDHA . . . 

Ok kembali kepada cerita. 

"Makcik cendol satu" 

Aku hulurkan duit kertas rm 2 . Dengan niat, tidak apa la apa sangat baki 50 sen tu. 

Harga cendol sekarang rm 1.50 . 

Makcik tu hulur, aku amik. 

"nda apa la makcik tu baki" 

"Eh tidak bole begitu , tunggu jap. 50 sen pun duit juga" . 

Rasa bersalah. Bukan niat tidak mengendahkan 50 sen itu, cuma merasakan mahu memberikan rezeki kepada makcik.  

Tapi dia lebih tahu nilai 50 sen itu dalam hidup. Aku menghormati. 

Ternyata pepatah " orang tua itu lebih banyak makan garam "  itu benar. 

Manusia itu berubah mengikut peredaran zaman. Apa pun makcik 50 sen mengajar  aku untuk menghormati setiap keputusan. 
Mengajar aku untuk menilai erti sebenar wang itu. 

Terima kasih makcik 50 sen. 


No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P