Confession 1

 

Percayalah bahawa tiada rahsia. Cuma mungkin aku selesa begini. 

Teringin memiliki seperti yang telah mereka miliki, I wish. But I always end up with "it's okey inn". 

I'm so broken with my past relationship . It's prove that I was soooo fool and stupid to be in love again.  

Untuk itu, aku mengikat tali untuk lebih selesa begini. Maybe I'm unlucky in love or I was fated to be alone. 

Pertama dan ada seterusnya

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan ucapan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menyiapkan kapal buatan sendiri dalam tempoh yang singkat ! Bangga koo ... Padahal lama dah , buatnya malas yang amat hahaha . 

Puzzle ni aku beli dulu masa aku ada rezeki jalan kat 'trick art muzium' jeju . Yang ni aku paling excited nak bawa balik dan tak siap nak buat. Dan akhiranyaa setelah hari pertama jam satu tido , entah napa suka sangat la ... Haha 

 

Rasa nak beli lagi tapi yang lain lagi la... Kalo jumpa kapal 'black Pearl ' yuhuuu. 

 

 


Taraaaa... 'The Queen Anne' Revenge' . By me ... 





Kau pernah ?

Bila ko tengah buat sesuatu, tetiba ko perasan 

" eh macam penah aku buat gini?" 

Atau , 

Tengah ko duduk-duduk , pastu lalu minah or mamat cute / hensem / lawa dll... Pastu , 

Ko rasa ada lagu sedang terngiang-ngiang kat kepala pastu ada senyuman yg terukir sendiri , entah tak sedar. 



Ada juga ... 

Masa ko dengar bos ko membebel pasal keja tak siap , pasal syarikat rugi atau pasal sakit kepala nak kaya cepat ... Ko rasa baik ko blahh dan bagi sebijik dua bijik kat bos ... 

Sebab sakit kepala asyik membebel. Semalam baru jak mak ko bebel sebab tak sapu lantai . Ughhh 

#segmen mengarut ! ! ! 

Gatal kaki

Penyakit yang tidak dapat diubati atau dalam erti kata lain, tak mau diubati hahha... 

 
Candi prambanan Indonesia . Cukuplah 2 kali. Cukup. Mungkin hanya ada pengecualian untuk Bali. La la la ~~ 

 
 

Hoi An Vietnam. Juga cukup untuk sekali. Kali kedua mungkin tiada kerana tiada duit muahahha. 


Jeju Island Korea. 100 kali datang pun takpe... The whether and people are so nice. 


Dunia yang luas ini adalah idaman hati si gatal kaki. Bertapak di mana yang mampu tercapai. 

Jangan dinilai aku. Jangan menghakimi. Kerana mengakui diri ini memang penuh kurangnya tidak sesempurna kalian. 

Happy Thursday 💞😎
 

Sentiasa mencintai mereka yang mencintai kita. Mencintai itu tidaklah bermakna segalanya, hanya berbalas budi kerana manusia punya hati untuk menerima atau menolak. 

Salam Ramadhan. 

Selera berbuka

Salam Ramadhan , hari ni masuk hari ke-6 kita berpuasa. Alhamdulillah kita diberi kesempatan dan peluang untuk kesekian kalinya bersama merasa nikmat puasa. 

Selera bulan puasa ni mmg tak menentu, awal puasa balun habis , tapi dari hari ke sehari semakin kurang, syukur la ble jimat Hihi... Nikmat puasa. 

Tapi semalam kawan ajak berbuka luar, area aku ni mana la tempat special, takpe yg ada ni pn aku bersyukur sgt ( yelah dr takde makanan kan kan ) . 

Maka berbukalah kami di hotel. Balun habis... Sekali sekala takpe. Ganjaran utk diri sendiri . 

 

Relaxing tunggu waktu berbuka. Dah sampai awal sejam, so duduk layan diri sendiri sambil bincang Hal wanita sedunia. 

..

Santapan ala kadar haha , memang kenyang amat la. sampai dada kooo, nasiblah larat gi terawih Hihi . 

Geng Mengaji .

Seronok tengok ceta simple ni , teringat zaman kecik-kecik dulu , semangat giler gi ngaji. Bukan sebab nak ngaji sgt tapi dapat jumpa geng pastu main sampai baju comot .. Hahaha 

Denda tok imam ni lawak arr , sapa buat salah denda ngadap dinding hahaha . Sangat realistik ko .. 

Nasib la dulu time aku ngaji ustaz tu tak garang , tabah tahap langit . Jenis aku pulak memang tak takut rotan , betol lah sebab mak aku lagi rock dan peminat wrestler , buat salah balun jet dgn kayu. Ko ada ? 

Tapi itulah yg memanusiakan aku , jadi kuat bila duk asrama . Tak la aku kena buli , jadi taiko ada la hihi - sikit sikit taiko jer, nak hidup. 

First Ramadhan.

Assalammualikum. 

Bersama kita memurnikan bulan ini ... 
Kerna dosa mengunung. Kerna hati hitam dan kelam.

Rindu bertandang setiap kali saat dan tika ini menjengah , aku mahu berubah. 

 

Bulan dan bintang tetap menjadi pujaan. Namun ... Ramadhan tetap istimewa. 

Kerna dosa kami bertimbun. Kerna jenuh dengan kealpaan... Hanya Ramadhan ini harapan kami. 

Maka , di awal hari dan permulaan bulan pengampunan ini, kami memulakannya dengan niat mahu berubah. 

Tetapkan hati kami ya Allah. 

Ragam kita

Pelbagai dan banyaknya .. 
kadang merasa betul dan mulakan langkah pertama , seterusnya kita rancang kemudian . 

diakui manusia itu pelbagai . 
dicipta untuk mewarnakan dunia , mungkin juga untuk merosakannya. 
aku dan mereka adalah penyebabnya. 

lalu pandangan manusia membezakan kita mengikut pengaruh dan anggapan. 
kita dibezakan mengikut pendapat si polan ini dan si polan itu. 

ah dia bukan bagus pun , dia begini begitu . 
kita pulaukan dia. atau 
oh begitu rupanya dia, tak sangka pula. maka dia berlalu dengan berjalan sendiri ... 

hebat sungguh ciptaan Tuhan yang bergelar manusia ini. 
hebat mencetuskan perang lalu memusnhkan dunia yang diberi percuma oleh Dia. 

Hebat mengelar diri benar dan betul selamanya hingga kata pembetulan tidak dibenarkan. 

Outstation !

5.08pm 


Outstation! Ok perhitungan atau dalam perkiraan aku, aku tak suka. Haha ... Tidak berada dalam zon selesa diri, buat aku tidak suka. Begini la hidup. 

Nasib baik keja . Keja macam aku ni pun ada outstation tau.. Ahh aku rindu dah bantal tilam selimut sofa meja makan dan anak-anak ... Erkk anak-anak?? Ada ?? Hahaha. 

Lapar dah ni, mana la speedboat ni, dah separuh hidup aku tunggu. Tak suka!