Fated

I do believe...termasuk jodoh. Nothing changed, masih berpegang bahawa semuanya terserah pada ketentuan yang telah tertulis.

Berhadapan dengan sebarang kemungkinan, I have to survive. No matter what.

Nasi oh nasi

Engkaulah nadi hidup ku, oh nasi. Hahaha aduhh memang tak bolehlah aku hidup tanpa nasi. Kalo setakat sehari tak makan kira ok la, tapi bila dah masuk hari kedua tak dapat jamah aa mulalah aku macam kucing hilang anak.  Masuk hari ketiga, ok tahap orang gila meroyan! Hahaha...silap cakap,semua orang aku nak bawa gaduh (macam kuat).

Kali pertama mengalami saat genting itu masa pegi Vietnam... Entah berapa hari tak jumpa nasik,biskut yang tak penah aku makan selama ni,  aku bantai jer dah tu sedap semacam wakaka.

Second pengalaman,masa ikut lawatan di HK,  aduhh tolonglah perasaan tak dapat aku gambarkan. Happy dapat jalan-jalan, then balik hotel kelaparan aku layan diri mimpikan nasik masuk mulut...senyap!

Balik rumah cari nasi jumpaa...alhamdulillah.

Garang atau jahat ?


sebenar-benarnya aku seperti bear di atas . betol laa , tapi hairan bin ajaib , ada gak orang yang lebih berusia daripada aku boleh rasa takut dengan aku . 

okeh, sebenarnya tak pasti kenapa 'takut' . mahu ketawa memandangkan aku memang terasa sangat lucu , dan juga mahu hairan kerana aku terasa sangat pelikkkkk ! kalau orang lain agaknya la aku boleh terima , tapi kalo orang seperti mereka ? nak banding siapa aku dengan mereka , jauh langit dan bumi . so why ? 

Garang atau jahat ? tak kisah . penilaian orang kepada diri ini akan diterima dengan hati yang terbuka. dan mereka juga perlu tahu , yang aku tidak akan sekali-kali menjadi seperti yang mereka mahukan sekiranya itu bukan aku. 

Manusia itu ada pelbagai, kita berada diantara pilihan itu . kita memilih untuk bersama , maka harusnya segala baik dan buruknya setiap pilihan itu diterima dengan hati baik . 

Sesungguhnya dan sebenarnya , aku hanya manusia biasa , amarah bila terasa diri dipermainkan , namun itu bukan diri aku. Sayang menyayangi la sesama kita. sekian terima kasih .


Sedihkah aku??

Hurmmm...okey kali ni mau serius sikit. Kafang kadang dalam kita berkerja ni,ada yg dalam keterpaksaan. Mau atau tidak,kita terpaksa juga mengalah untuk mahu kepada perkara yg tidak dimahukan. Oh la la terasa mahu marah,  tapi juga mungkin hanya sedih.

Kenapa begini?biarkannn...apa nak jadi jadi la,buat yg termampu sahaja,orang nak kata apa pun,  ada aku kesah?korang yg bagi aku keja yg bukan bukan. Aku cuma tahu satu, tak sukaaaa.

Takpe la(pasrah) baik aku tidoo kenyangkan mata.

Sihat

I can do it.  No comment.

Setelah sekian lama.

Salam 1 2 3 Malaysia ahaks. Jangan nak serius yee pagi pagi ahad ni,bersyukur atas kesempatan bernafas yg masih diberikan oleh-Nya. Sayangi Malaysia yang kita cintai ini sepenuh hati.

Hati masih dalam kerisuan kerana isu pencerobohan LD belum selesai. Sesungguhnya Sabah ini aman,maafkan kami kerana menolak mereka,cukuplah kebaikan kami memberi ruang kepada mereka mencari rezeki di sini,janganlah pulak diambik kesempatan. Aku emo ker?? Tak laaa,cuma kecewa kerana dalam keadaan dunia skg kenapa masih ada yang bermimpi di siang hari...