Nasi ayam masin

cerita pasal makan adalah antara nikmat cerita paling syok untuk dibualkan , dan hari ini member ajak makan nasi ayam. kebetulan pulak perut memang lapar , walaupun sebenarnya sedikit malas untuk berjalan sebab mata ngantuk la weii , aku gagahkan jua kerana perut ini perlu diisi sebelum meragam lain pulak..

dah tu, makanlah kat kedai biasa ( dulu ) sekarang jarang dah singgah, entah kenapa pula hari nie, member sorang ajak makan kat sana lagi. order biasa ' nasi ayam roasted'. 

Makan punya makan , kenapa masin semacam nie , ingatkan aku sorang ja yang rasa , rupanya dua orang member nie pun mengalami rasa yang sama , ( dalam hati, aa padan la datang lagi sini ) hahaha. akibatnya ? aku dan flora tak habis makan ! so perut masih ada ruang . 

Fakta - Dulu restoran ini la yang menyediakan nasi ayam paling sedap . Kenapa semakin hari semakin tidak sedap nasi ayam tu ? Bukankah sepatutnya, semakin hari servis dan makanan-makanan itu semakin sedap ?tak paham la aku ... 


dan fakta tepat untuk petang ini - aku terpaksa bangun dari tido yang sedap sebab perut meragam terlalu kelaparan dan mengakibatkan tido itu juga semakin tidak sedapp . cara pantas untuk makan ? goreng telur ! yeyeye - daripada aku gastrik ! 

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P