Pandai C I N A .

Punya keinginan , pandai bercakap pelbagai bahasa , seronok tengok orang cina cakap tamil , orang tamil cakap korea , orang korea cakap MELAYU ! uhh teringin menjadi sebahagian daripada mereka . 

Sungguh aku kagum sehh ! aku ? setakat cakap Melayu (kalo tak pandai cakap Melayu baik blah dari Malaysia laa)  cakap inggeris? level secondary school  hahaha ... lain , faham dan boleh bercakap (tahap semput super siput )bahasa ibunda bapa aku' Bisaya'. Bahasa mak aku , dusun @ kadazan ( kena buang daerah dah ) cakap tak pandai apatah lagi nak faham...RUGI owhhh ...huhuhhh ...

Peliharalah bahasa , kerana jika suatu hari nanti kita tidak mampu lagi memahami bahasa tersebut, pastinya lesap ditelan zaman . 

So , mulai saat ini , aku nak belajar cakap cina , okeh   C . I . N . A  mandarin ke hakka ke , tak kisah la. Tapi kawan cina aku selalu ajar aku begini 

" uit ajar ba aku cakap cina "

" cakap la C I N A ... cinaaa" 

senangkan ! hampeh punya kawan ... hahaha


No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P