Bukan kali pertama rasanya

Pilihan ! rasa mahu belari jauh . Bukankah sudah berakhir ? Rupanya aku masih belum di garisan penamat . Mungkin baru selangkah dua menjauhi , mahu mengalah untuk kesekian kalinya ? Rasanya TIDAK lagi . Kau telah 'mempermainkan' keikhlasan itu . Bukan kejam. jauh sekali untuk berdendam. 

HANYA KERANA TERASA HATI . ( sedikit )  .

Raya Oh Raya . . .

Ahaks, belum lagi hari raya lar, hehe tapi perasaan seperti besok raya dah. Napa ek ? aa sebab besok gua nak balik kampung , balik rumah 'Home sweet home' orang putih bilang ...So kita pasang lagu raya dalam keta. excited benor !

Apapun , sebelum menjelang raya , teringin rasanya mahu menyusun jari kepada yang mengenali diri ini, mohon kemaafan sebab ketidaksempurnaan diri . Mana yang terguris dek tulisan atau nukilan dalam blog ini , saya menyusun jari-jari yang ada memohon kemaafan setulus hati . huuu ... 


Pada yang memandu pulang ke kampung halaman, sama-samalah kita berhati-hati di jalanraya . kalo nak belok kira kanan jangan lupa pasang signal k . ahaks...Selamat sampai ke kampung halaman tercinta ...mmuahhhh...

Membeli-belah di waktu kerja. erk ?

Kira punya kira , ops minggu depan dah start cuti , barang yang dipesan oleh bos besar belum lagi dibeli, aduh bagaimana ini ... ok kalo weekend nie, isk tak boleh, ada kelas ganti ... stress makk! 

Kemudian member suggest , amik cuti pastu shoping time keja ... bergeliga btol otak mereka . betul juga , rasanya kalo membeli-belah weekend , tak sanggup rasanya. sesak di jalan raya, tak cukup itu, sesak lagi di mall ... memang aku tak larat, lagi-lagi puasa . 


 


Maknanya aku pun terpaksa bergegas la membeli barang yang dipesan , raya oh raya sangat mencabar mahu menikmatimu ini ...la la la . Namun, beringatlah sesama kita, kepada mereka yang kurang berkemampuan , bersama membantu ... mulalah nak sebak hukhuk... Semoga lebaran ini lebih menyedarkan kita tentang nasib sesama manusia yang berbeza. aminnn... 


p/s : Frame gambar, jam dinding , kuih raya...ok set !



Yang ditunggu sudah sampai .YES!


Kegembiraan seterusnya. kawan hulurkan bungkusan, and i know it ... harharhar . yang ditunggu-tunggu sudah sampai . . . nak cakap apa lagi ? Tiada apa-apa . hanya mahu memakainya di hari raya ...

Akhirnya aku juga ada, alhamdulillah .

Syukur , berkat Ramadhan kot...aku positifkan semuanya. Aku ada apa yang kamu ada . Tak tau nak cakap apa, cuma memikirkan balik untuk mendapatkan semua ini, perihnya sampai suatu saat aku mahu berputus asa. Hinggakan di hati terdetik, mungkin telah ditakdirkan untuk aku begitu. Nasiblah diri dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong , memberi kata-kata semangat. Begitulah kehidupan, ada yang sentiasa menyokong anda walau sejuta kali anda telah jatuh, dan ada yang hanya datang bila mereka merasakan berkeperluan ... Biarkannnnn.

Aku lega seleganya ... haaaaa~Tiada kerisauan selepas ini, semua berakhir. Sukurlah...masa untuk berjalan atas usaha itu, masa untuk menunaikan janji yang tertunda. Perlahan-lahanlah kita..

Hari khamis

Oh suka benor aku dengan hari khamis nie . sebab ? satunya, aku dapat datang lewat , maknanya boleh tido lamaa sikit dan bangun lewat ahaks ! Macam tadi, pas subuh terus landing , hehe ... 

  
Yelah, bangun awal sahur tadi sorang jer , hukhuk , sedih ker ? tak laa ,sengaja tak mau kejutkan member , kesian kat dia lewat balik dari hospital . so aku makan sorang sambil tengok tv channel sukan olimpik surely laa, hehe ... semangat sukan ! Go Malaysia ...