Tidakkah mereka menerima perbezaan ini?

Salam isnin yang indah ( Ramadhan ketiga ) hehe sempat lagi update sebelum masuk kelas ... ada 20minit lagi, so sempatlah rasanya mencoret sepatah dua kata yang tidak terucap uishhh.

Tadi sempat menjenguk satu entry, tulis tentang pilihan ... topik yang bagus juga di pagi hari ini. Memikirkan ada yang tidak boleh menerima perbezaan diri , bukan mudah rasanya untuk kita menerima tapi bukankah semua itu sesuatu yang normal . Perbezaan yang wujud bukan bermaksud kita tidak sehaluan selamanya, tidak bermaksud kita tidak boleh duduk bersembang atau menjadi sahabat baik , atau memang tak boleh ??? 

Kemudiannya semua berbalik pada pilihan masing-masing, dan itu mungkin pilihan mereka , yang perlu untuk dihormati WALAU terasa tidak adil diperlakukan sebegitu . 

Rasanya suara untuk pilihan perlu untuk dinyatakan, bukan untuk menidakkan pilihan mereka, bukan untuk menyatakan betapa pandainya kita atau juga kita ini bagus ! bukan begitu...menghelah nafas untuk segalanya...kenapakah...

Mungkin mereka memang begitu , atau itu memang pilihan mereka . Baiklah, saya yang menurut perintah . Dan juga kerana mahunya untuk memahami setiap kita punya perbezaan dan akan memilih jalan yang juga berbeza . Hanya mahu positif di usia tua...tua ke aku? 




No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P