kenapa ?

malam, saya mahu menulis sesuatu tentang hari ini , tentang cerita kami . mungkin biasa sahaja, mungkin cerita kedai kopi sahaja. saya juga merasakan hanya mahu menulis . ya hanya sekadar menulis , kerana benak hati mengatakan bahawa kenapa ? mengapa ? 

kenapa cerita kami menjadi hangat ? kenapa perkara biasa itu bila terjadinya pada kami , semuanya kelihatan luar biasa , seakan-akan tiada langkah yang kami atur itu betul . mahu ke kanan salah, kemudian beralih arah ke kiri juga nyata salah , mahu ke mana lagi ? untuk maju juga ke depan juga serba tidak kena . adakah kami perlu untuk berundur ???

adakah kerana ketidaksempurnaan diri, kami dinilai sebegitu ? adakah kerana perbezaan cara hidup kami harus diletakan serendah itu ? ermmm...mungkin hanya ujian dunia , jangan terlalu cepat melatah inn . cuba untuk menenangkan diri sendiri . 

Mungkin kami juga harus berterima kasih atas keprihatinan mereka untuk segala apa yang telah kami lakukan, atau apa yang akan dan bakal kami lakukan . Mungkin pandangan juga mereka juga diberi perhatian , kerana mudanya usia kami untuk menidakan segala yang telah dinilai dan diperkatakan. 

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P