It's All About You .


“Friends are a strange, volatile, contradictory, yet sticky phenomenon. They are made, crafted, shaped, molded, created by focused effort and intent. And yet, true friendship, once recognized, in its essence is effortless.
Best friends are formed by time.

Everyone is someone's friend, even when they think they are all alone.

If the friendship is not working, your heart will know. It's when you start being less than perfectly honest and perfectly earnest in your dealings. And it's when the things you do together no longer feel right.

However, sometimes it takes more effort to make it work after all.
Stick around long enough to become someone's best friend.” 

Dipaksa dan terpaksa

Huh ! benci betol aku kalo dah kena paksa-paksa buat sesuatu yang aku memang tak suka , hok alohhh benciiiiii ... isk isk terpaksa la bohong sunat bulan puasa nie . okeh, diulang sekali lagi , BOHONG SUNAT.  la la la~ sodih mak giniiii. tak pasal-pasal kurang pahala . 

Kalo korang? ada benda yang aku boleh terima, yang boleh aku positifkan dan terima seadanya , tapiiiiiiiii ada certain part yang memang aku tak boleh terima langsung. Mungkin , mungkin sahaja boleh diterima suatu hari boleh jugak laa, tapi kena amik masaa yang lamaaaa~lagi sekali, lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. stop!


Ada sebab kenapa aku hanya suka dia

Asyik-asyik dia, hoitt mari kejap, panggil sekejap dia...hok alohhh dia sahaja ! menyampah ... ada aku kesah ? kesah la ko sorang ... hihi 

kenapa dia ? sebenarnya sungguh aku mahu berterus-terang, ENTAHLAH KENAPA DIA .  


Masalahnya , isk takde masalah sebenarnya , memang dia je yang aku pandang . Aku pun tak tau, macam mana nak pandang orang lain selain dia , hebat sangatkah dia ? tidak , cuma kekadang tu pilihan aku nie pelik sikit  . asal aku suka , aku balun jer... dan akhirnya, HANYA DIA . 

iskk tak adil inn , ada jugaklah aku terfikir ! tak baik begitu , TAPI ok ada tapiiii ... i just can't pretend to ignore that person or making a fake smiling for the rest of them . i still searching the same one . 

Apabila kita memilih sesuatu , rasanya kita jarang untuk memikirkan pandangan yang lain , entah kenapa , mungkin kerana kesukaan kita terhadap pilihan itu . Bukankah apabila manusia dibuai perasaan, terasa seperti kaki tidak berpijak di bumi yang nyata . Seakan-akan esoknya tiada dan seperti bulan dan bintang akan bersatu . 

p/s : sedarilah kita bahawa perasaan suka ini kadang-kadang perlu untik dikawal .ingatan untuk diri sendiri.







Bila terawih tadi, teringat pula zaman dulu

Terawih , ya satu nikmat yang perlu direbut oleh setiap dari kita di bulan Ramadhan ini . Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk tahun ini . Bila duduk solat berjemaah begini, teringat pula zaman aku duduk asrama dulu . Terasa nikmat itu terasa semula ... dan aku merindui untuk duduk solat beramai-ramai, kemudian berzikir bersama dan doa bersama di akhir waktu solat. Indahnya kenangan duluuuuu...

Setelah habis sekolah dan keluar asrama, terlalu jarang solat itu didirikan secara berjemaah, jauh sekali berzikir beramai-ramai. hermmm~mungkin kerana terlalu bebasnya kaki melangkah, sehingga melupakan kebiasaan itu. 

Syukur untuk peluang ini, ya aku patut bersyukur...

Tidakkah mereka menerima perbezaan ini?

Salam isnin yang indah ( Ramadhan ketiga ) hehe sempat lagi update sebelum masuk kelas ... ada 20minit lagi, so sempatlah rasanya mencoret sepatah dua kata yang tidak terucap uishhh.

Tadi sempat menjenguk satu entry, tulis tentang pilihan ... topik yang bagus juga di pagi hari ini. Memikirkan ada yang tidak boleh menerima perbezaan diri , bukan mudah rasanya untuk kita menerima tapi bukankah semua itu sesuatu yang normal . Perbezaan yang wujud bukan bermaksud kita tidak sehaluan selamanya, tidak bermaksud kita tidak boleh duduk bersembang atau menjadi sahabat baik , atau memang tak boleh ??? 

Kemudiannya semua berbalik pada pilihan masing-masing, dan itu mungkin pilihan mereka , yang perlu untuk dihormati WALAU terasa tidak adil diperlakukan sebegitu . 

Rasanya suara untuk pilihan perlu untuk dinyatakan, bukan untuk menidakkan pilihan mereka, bukan untuk menyatakan betapa pandainya kita atau juga kita ini bagus ! bukan begitu...menghelah nafas untuk segalanya...kenapakah...

Mungkin mereka memang begitu , atau itu memang pilihan mereka . Baiklah, saya yang menurut perintah . Dan juga kerana mahunya untuk memahami setiap kita punya perbezaan dan akan memilih jalan yang juga berbeza . Hanya mahu positif di usia tua...tua ke aku? 




mengigau di tengah hari .

Cuci piring ... terbayang ... cuci muka , terbayang ... duduk tengok lappy , terbayang-bayang . Tampar muka ! perlahan jer . ishh kenapa begitu ? tak baik . mengigau ke ? bukan , cuma terbayang-bayang ! kes jenayah sudah ... mari jumpa doktor. 

"ternyata kasih manusia sesama manusia itu sekuat mana pun pasti akan hilang bersama dengan detiknya waktu jika tidak disemai bersama . ikhlaskah kita mahu menyayangi yang lain setelah kehilangan yang dulu? ... oh mak jangan jiwang ! opss ..."

Puasa pertama 2012

Alhamdulillah...jam awal puasa pertama dilalui dengan tenang hehe...terbangun dek sms kawab " woii bangun sahurrrr" , dan hidung terhidu bau masakan membe housemate " syukur , ada orang masak " ... aku bila lagi nak masak ?? nanti laa... ahaha ! pasti ada ...

Puasa ini, diharapkan yang terbaik dari tahun-tahun lalu ... harap terawihnya juga sempurna , terasa terlalu banyak warna hitam pada sang hati . hermmm . siapa yang tidak mahu diampunkan segala dosa ? siapa yang mahu diseksa sedangkan ruang untuk menghapuskan segala kesilapan itu dibuka seluas-luasnya ?
 
Moga kita semua diberi keberkatan Ramadhan , aminnn ~

kenapa ?

malam, saya mahu menulis sesuatu tentang hari ini , tentang cerita kami . mungkin biasa sahaja, mungkin cerita kedai kopi sahaja. saya juga merasakan hanya mahu menulis . ya hanya sekadar menulis , kerana benak hati mengatakan bahawa kenapa ? mengapa ? 

kenapa cerita kami menjadi hangat ? kenapa perkara biasa itu bila terjadinya pada kami , semuanya kelihatan luar biasa , seakan-akan tiada langkah yang kami atur itu betul . mahu ke kanan salah, kemudian beralih arah ke kiri juga nyata salah , mahu ke mana lagi ? untuk maju juga ke depan juga serba tidak kena . adakah kami perlu untuk berundur ???

adakah kerana ketidaksempurnaan diri, kami dinilai sebegitu ? adakah kerana perbezaan cara hidup kami harus diletakan serendah itu ? ermmm...mungkin hanya ujian dunia , jangan terlalu cepat melatah inn . cuba untuk menenangkan diri sendiri . 

Mungkin kami juga harus berterima kasih atas keprihatinan mereka untuk segala apa yang telah kami lakukan, atau apa yang akan dan bakal kami lakukan . Mungkin pandangan juga mereka juga diberi perhatian , kerana mudanya usia kami untuk menidakan segala yang telah dinilai dan diperkatakan. 

Tolong aku !

haishh...okey kali ini memang aku nebes sangat , tersangatlah tidak keruan , dan keterlaluan tidak tenang . ya Tuhan tolonglah tenangkan hati hamba . terasa macam mau berperang ! huh over emosi sungguh iskkkk. tak suka begini tak suka tak suka (sambil tarik-tarik rambut gatal) bahahahaha !!! 


kawan cakap gud luck inn ! ok all is well ... oh la la hati aku layuuuuuuuuu.

you're sooooo


what on my mind ? W I N K ! oh Gosh . . . you're so , buat sakit kepala hilang kemudian , speechless . haha ... Buku baru ! Terima kasih , cerita dalam buku baru ini membuatkan kita untuk melupai cerita lama ... 


Lama-lama terasa pula seperti kejam , ermmm tapi bumi itu bulat kan ...



BRAVE ! am i ?

  
Siuk ! sangat menghiburkan ! ada nilai murni serta teladan untuk kita semua.. dan yaa , berbaloi untuk ditonton !
Untuk yang belum menonton, bolehlah meluangkan masa menonton jika berpeluang , hehe gerenti puas hati. 

p/s : sekali sekala layan animasi nie seronok siottt....
 


Kebahagian yang berbeza

Klise sungguh kenyataan itu. Tahniah atas kebahagiaan anda , dan selayaknya anda berhak untuk memberikan jalan kepada orang seperti aku untuk turut merasa bahagia . Terima kasih . Ya , kita sudah berbeza. Tapi , pernahkah anda terfikir bahawa kebahagian kita itu tampak berbeza ? Bukankah kita juga punya pandangan berbeza tentang kehidupan ? hermm , mungkin tercalit sedikit rasa 'mahu sedih'. tapi tiapa la .

Aku akan cari jalan sendiri , mencari sendiri bagaimana mahu mengisi kekosongan seperti yang anda fikirkan. Aku tak tahulah, kenapa nak sensitif , aww tak kuasa nak melayang jiwaaa ... muahahaha . sebenarnya , ada buku baru yang mahu di buka !

kucing makan handset ker ?

Persoalan , adakah di dunia ini kucing yang makan handset ? ada atau tiada ? ok jawabbb ... hahaha ... disebabkan telefon tidak terangkat , kawan suh handset aku tu bagi ja kucing makan , ish ish ada kah patut ! wakakaka ... 

 

tak sanggup rasanya mahu bagi makan kucing secomel ini makan handset aku yang buruk tu , bahaha!

Pesanan buat Uzma.

Baca elok-elok . Ini memang pesanan khas untuk cik Uzma , jangan pura-pura tak tahu atau pura-pura lupa nama awak tu UZMA . 

Pesanan berbunyi ... Kalo rasanya diri tu dah ditolak ke tepi , janganlah nak memalukan diri sendiri terhegeh-hegeh merayu-rayu kerana CINTA . 

Awak tu baik sangat ker nak berleter panjang tentang hidup orang ? sempurna sangatkah awak sampai sanggup cuba merendahkan diri orang lain, adik sendiri lagi , huh...panas betol aku dengan perangai ko tau.

Akhir ( sebenarnya banyak lagi, tapi aku malas nak sakit hati sendiri dengan ko ) , yang ko sibuk-sibuk hal orang buat apa ? cuba ko memahami , jangan nak jadi batu api . Kalo betulah si Ammar tu tak jadi ngan si Nadirah , ko ingat si Ammar tu nak ko ker ?? kirim salammm...

ops...terover emosi ... hahaha ... esok masih ada ! jagaaa...

Penat mak !

Ok penat-penat pun sempat lagi update blog nie , maknaya tak penat sangat la haha...okey sebenarnya memang aku penat gilerrrr ! Alhamdulillah habis juga akhirnya sukan sekolah kami . Takpe la rumah sukan aku tak menang, sekurang-kurangnya kami memang 4x100m dan 4x400m ( lelaki ) muahahaha puas hati !!! Extra suka bila team perbarisan kami menang , syukurr laa...almaklumlah takde atlet , tapi budak-budak aku semuanya penuh dengan semangat sukan , sentiasa mahu walaupun tahu lawan bukan calang-calang...hehe ... kita cuba tahun depan lagi yee...Majulah sukan untuk kesihatan ... 



Tak sabar rasanya nak tengok Olimpik games ... yeyeye