kembali menjejaki bumi Sukarno

Alhamdulillah , sebelum bercerita panjang kena panjatkan kesyukuran atas perjalanan yang selamat pergi dan kembali dari Indonesia . Percutian kedua , negara yang sama cuma tempat yang berbeza . aww serius mak hehe .


Macam biasa la, kalo bab cuti nie mesti planning si kawan miss Flora , aku ikut jer (aku kan pengikut setia dari dulu) so percutian kami tidak lagi ke Bandung dan Jakarta , kali ini kami ingin menjelajah kota kota yogjakarta. Jauh dari hiruk pikuk bandar besar seperti Jakarta . aku sukaaa . Tapi ... 


Ada tapi yang pahit untuk ditelan, namun terpaksa kerana kelalaian sendiri( bermulah rasa bersalah ini hukhuk ) . Oke janji dengan diri sendiri, semua kesilapan ini tidak akan berulang laki . TIDAK AKAN !!! 


Penyesalan ini

i) Bermula dengan tidak dibenarkan naik flight kerana tempoh passport yang kurang daripada 6 bulan . Akhirnya ? kami terpaksa melepaskan flight yang dibeli dengan murah itu huhu~Flora,so sorry ... masa tu rasanya aku nak minta pijak kat dada atau tukul kepala ngan helmet !pesanan ~kalo korang nak ke luar negara, pastikan tempoh tamat passport tu tak kurang dari 6 bulan . isk isk . aku yang bersalah ... 


ii) Terpaksa menyusahkan ramai orang, disebabkan aku tak biasa dengan area KL nie, tapi Flora biasa so kitaorang g plaza kajang, cz sana ada imgresen. Sampai kat sana pula, sistem dia pula ada masalah yang menyebabkan proses renew atau buat passport hanya akan siap seminggu !! alamakkkk~apakah bala nie ( aku start give-up ) tapi bila tengok wajah sabar flora , aku berusaha untuk terus bersemangat . Flora aku sayang ko muahaha. 


iii) Nasib mungkin masih belum menyebelahi aku, pegawai yang jaga kaunter tu cakap , " kalau awak nak cepat siap, awak masuk sendiri web imigresen, renew kat sana, tunggu 2 jam , datang balik jumpa saya sini"...takpe asalkan ada penyelesaian ( oke aku sabarrrrr jerr ) ... kena bayar rm100. cek duit Malaysia tak cukup , so cari bank nak kuar duit, malang sekali lagi menimpa , semua mesin atm kata plaza kajang tu out of service!!! Omaigaddddddd...nasiblah boleh bayar guna kad kredit. aku tarik nafas yang hampir putus tadi ...

iv) 1 hal lagi cari cybercafe ! aduh kesengsaraan masih belum berakhir, nasib baik sangatlah  Flora dan biasa tempat nie, cari punya cari akhirnya jumpa juga...( sekali lagi aku macam nak junjung si kawan tapi buat muka cool huhu ). Isi punya isi form itu oke la, mula ada masalah masuk gambar, nasiblah akhirnya makcik (owner kedai) tu terer, masalah selesai . problem sekali lagi, tak boleh nak proses sebab tak pass bayar guna kad kredit .
 
arghhhh apa hal lak, kad kredit aku tak sampai limit lagi, huhuu macam nak muntah pun ada, akhirnya bank kad kredit call, bagitau yang kalo nak guna kad 'bertuah' nie, kena call diaorang dulu. ciss hampeh ! mungkin sebab aku dah aktifkan kad tu kat overseas kot...iskhhh. akhirnya proses sucessfull . 

Tepat 11.55am, aku kembali ke kaunter tadi, dan dengan bangganya aku tunjukkan slip pembayaran tadi ... dan diarahkan ke kaunter 6, maka sekelip mata, passport baru telah siap. Alhamdulillah...ya Allah macam aku nak peluk cium jer pegawai yang bagi passport tu muahahaha...semangat bercuti kembali. 

Dan sekali lagi menyusahkan orang, minta tolong kawan azurah @ jura , nasiblah dalam keadaan macam nie kawan sentiasa ada sudi tolong, syukur...tolong hantarkan ke airport ! sekali lagi aku macam nak peluk cium mereka...ahaha! Dalam perjalanan ke airport, flora tertido kepenatan, huhu sungguh kesian si kawan.sebab tulah aku sayang ko flora ~ dalam hati jer.muahahaha...


Akhirnya kami menaiki flight jam 2.50pm ke Jakarta menaiki AirAsia ... alhamdulillah. Takpe, apa pun kos untuk terbang sekali lagi, aku anggap sebagai balasan atas 'kebodohan' diri sendiri...( sebelum berjaya membeli tiket, sekali lagi malang menimpa, bila passport aku 'tertinggal' dalam keta jura...huarghhhh, nasib dia belom jauh dan terpaksa patah balik...aduhhh...

Akhir kata, saya sayang kawan saya...nama dia Flora Chong...bahahaha...Terima kasih untuk segala kesabaran anda melayan karenah saya ...

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P