Kadang-kadang kita cukup berbeza

Ya betul saya mungkin sentiasa mengkagumi anda kerana anda sangat indah pada pandangan mata , sangat pintar berkata-kata dan bijaksananya anda mengatur hidup.

Suatu masa saya sentiasa membenarkan semuanya , tetapi mungkin sampai suatu saat kita mungkin berbeza pendapat . Mungkin saya tidak akan mengiakan pandangan anda , mungkin saya juga tidak bersetuju tindakan anda . Bukankah semua itu normal ? 

Kita berbeza pendapat kerana penilaian itu dibuat berdasarkan hati masing-masing. Saya mungkin berdiri di tempat yang mungkin anda tidak mampu bayangkan kesulitannya. Tidak saya salahkan anda atas perbezaan itu. 

Mungkin juga kerana saya mahu memahami . ( dengan harapan , anda juga memahami keadaan saya )

Berbezanya kita kerana kita mahu berdiri atas kepercayaan sendiri , kerana kita yakin . Saya tetap yang sama walaupun wujud perbezaan antara kita . Sekian terima kasih .

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P