Bila tiada keikhlasan...

Salam sabtu , cuti di hujung minggu terasa tiada indahnya , mengenangkan isnin ini terpaksa menjalankan satu tugas yang sukar dan sedikit rasa kurang yakin kerana cabaranya , ya Allah tabahkan hati hambu-Mu ini , kuatkan semangat aku nanti ... berat nie ! huhu.

Tiba-tiba muncul sesuatu di hati , ikhlaskah aku menjalankan tugas itu ? bukankah ini sudah menjadi tugas? bukankah sudah tertulis perbuatan yang tidak ikhlas jelas kelihatan apabila mulut sering kali mengeluh...ini tidak sepatutnya terjadi !!! ... bukakan hati aku untuk merelakan bahu memikul segala tugas itu nanti .

Berbicara soal ikhlas, kita sering percaya bahawa diri sentiasa akan menjadi insan yang baik kerana seperti memuji diri ' saya ikhlas tolong kamu' . Hakikatnya , semuanya tidak akan mampu diketahui sejauh mana ikhlasnya ungkapan di mulut manusia . Kerana hati itu tidak kelihatan warnanya. Terima kasih pada siapa sahaja yang pernah membantu aku di saat susah dan senangnya hidup. Kepada yang pernah aku hulurkan sedikit bantuan, tiada niat untuk meminta balasan mahupun ingatan walau sebesar zarah untuk dingati.

Kerana begitu faham resamnya dunia, saat susah pasti akan datang mencari , dan saat senangya akan melupai. Oh dunia ...

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P