Bila tiada keikhlasan...

Salam sabtu , cuti di hujung minggu terasa tiada indahnya , mengenangkan isnin ini terpaksa menjalankan satu tugas yang sukar dan sedikit rasa kurang yakin kerana cabaranya , ya Allah tabahkan hati hambu-Mu ini , kuatkan semangat aku nanti ... berat nie ! huhu.

Tiba-tiba muncul sesuatu di hati , ikhlaskah aku menjalankan tugas itu ? bukankah ini sudah menjadi tugas? bukankah sudah tertulis perbuatan yang tidak ikhlas jelas kelihatan apabila mulut sering kali mengeluh...ini tidak sepatutnya terjadi !!! ... bukakan hati aku untuk merelakan bahu memikul segala tugas itu nanti .

Berbicara soal ikhlas, kita sering percaya bahawa diri sentiasa akan menjadi insan yang baik kerana seperti memuji diri ' saya ikhlas tolong kamu' . Hakikatnya , semuanya tidak akan mampu diketahui sejauh mana ikhlasnya ungkapan di mulut manusia . Kerana hati itu tidak kelihatan warnanya. Terima kasih pada siapa sahaja yang pernah membantu aku di saat susah dan senangnya hidup. Kepada yang pernah aku hulurkan sedikit bantuan, tiada niat untuk meminta balasan mahupun ingatan walau sebesar zarah untuk dingati.

Kerana begitu faham resamnya dunia, saat susah pasti akan datang mencari , dan saat senangya akan melupai. Oh dunia ...

Miss Octopus .


Bila mana gadis yang lanjut usia enggan kahwin dan bila mana gadis terlalu muda pula mahu kahwin . hehe seronok juga drama nie ... santai untuk hiburan di hujung minggu . pssttt jangan terlalu suka mengkritik drama melayu , tiada mesej la , terlalu ringan seperti industri seni kita kekeringan idea la , bla bla ... kalo tak suka jangan tengok , tapi kalo suka tengok , cepat-cepat tekan TV3 . :))


p/s : bosan dengan orang yang trip pandai tentang semua perkara ! la la la

dia perlu dilepaskan (eps.akhiir)

episod (1) & (2)

Akhirnya ! Tarik nafas dalammmm , kau bukan lagi milik aku . Bagaimana aku sanggup melepaskan kau yang begitu bermakna dalam hidup ini ? uwaaa ... waaaaa .. 


Belajar untuk melalui hari-hari tanpa dia , belajar berpuas hati untuk yang telah ada , belajar untuk berterima kasih atas segalanya . uhh nekad yang hampir membuatkan aku mahu bersedih seketika ! maafkan aku kerana melepaskan kau ... huhu 





Tiada masalah sudahhh...

Saya suka hari ini . Hari ini saya suka . Kenapa ? Ok korang tak boleh tahu wakakaka . Sengal sungguh anda inn !!! hahahahahaha . erkkkhh tercekik mak! 


Sukar mahu mentafsirkan segalanya . semua yang bermain-main di fikiran , seperti tiada dalam kamus ... Terlalu banyak pilihan yang membuatkan kita kadang-kadang terkeliru dengan pilihan sendiri , mungkinkah kerana pilihan dibuat itu mengikut turun dan naiknya perasaan ? ermm , mak pun tak tahu..la la la .


Tapi apa pun, saya suka hari ini , kerana hari ini saya sudah tiada keraguan , hehe ( sambil tersenyum umpama kambing dapat garam ? ) ahaha

Riang ria di Yogjakarta ep.1

Selamat malam, tak tau nak tulis macamana pengalaman, perasaan , atau rasanya berada di Yogjakarta , aku simpulkan semuanya dengan gambar-gambar ini sahaja . Bukan mahu berbangga, isk isk tiada niat , hanya mahu berkongsi benda yang baik serta melepaskan rasa bercuti hihi . Tengoklah ... kalau rasa nak tanya, komen jer. aww mak malu o_O harharhar!

Ini minuman pertama aku pesan kat sana...uhh hilang dahaga! rasa ? sama jer lemon tea sini. 


kami duduk kat restoran dan order benda dengan nama pelik iaitu 'jamur' , dengan niat mahu mencuba makanan tempatan di yogjakarta , so semua order kami ada perkataan 'jamur' contohnya sate jamur , lastly kami umpama pengamal vegeterian kerana makanan itu semuanya berasaskan jamur aka mushroom aka kulat ... oooyalooo naik muak aku makan. ahahaha

keesokan harinya kami ke Candi Borobudur , sebenarnya sampai sana niat hati aku mahu menghayati candi tersebut dan mahu sedaya upaya cuba mengingati apa yang sudah aku tahu tentang candi. Tapi, aku tak mampu pun nak ingat , tak tahu la kenapa , mungkin salah satu sebabnya ialah kami diarahkan memakai kain untuk memasuki candi , sebagai tanda menghormati candi tersebut ... mahunya aku ketawa guling tengok diri sendiri .

 
rupa aku , tolonglah ketawa bahaha


Flora , sangat lawa hehe

 
Dia sangat gembira sampai di sini , sebab datang sini dan menyaksikan sendiri Candi Borobudur adalah impian dia ... aku tumpang suka hihi






senyuman di depan Candi Borobudur










Gambar terakhir di untuk hari ini. minta tolong security untuk ambil gambar kami berdua , Flora cakap, bukti kami berdua sampai sama-sama di sini ...ok aku iyakan...hehe



Katy Perry - Wide Awake

kembali menjejaki bumi Sukarno

Alhamdulillah , sebelum bercerita panjang kena panjatkan kesyukuran atas perjalanan yang selamat pergi dan kembali dari Indonesia . Percutian kedua , negara yang sama cuma tempat yang berbeza . aww serius mak hehe .


Macam biasa la, kalo bab cuti nie mesti planning si kawan miss Flora , aku ikut jer (aku kan pengikut setia dari dulu) so percutian kami tidak lagi ke Bandung dan Jakarta , kali ini kami ingin menjelajah kota kota yogjakarta. Jauh dari hiruk pikuk bandar besar seperti Jakarta . aku sukaaa . Tapi ... 


Ada tapi yang pahit untuk ditelan, namun terpaksa kerana kelalaian sendiri( bermulah rasa bersalah ini hukhuk ) . Oke janji dengan diri sendiri, semua kesilapan ini tidak akan berulang laki . TIDAK AKAN !!! 


Penyesalan ini

i) Bermula dengan tidak dibenarkan naik flight kerana tempoh passport yang kurang daripada 6 bulan . Akhirnya ? kami terpaksa melepaskan flight yang dibeli dengan murah itu huhu~Flora,so sorry ... masa tu rasanya aku nak minta pijak kat dada atau tukul kepala ngan helmet !pesanan ~kalo korang nak ke luar negara, pastikan tempoh tamat passport tu tak kurang dari 6 bulan . isk isk . aku yang bersalah ... 


ii) Terpaksa menyusahkan ramai orang, disebabkan aku tak biasa dengan area KL nie, tapi Flora biasa so kitaorang g plaza kajang, cz sana ada imgresen. Sampai kat sana pula, sistem dia pula ada masalah yang menyebabkan proses renew atau buat passport hanya akan siap seminggu !! alamakkkk~apakah bala nie ( aku start give-up ) tapi bila tengok wajah sabar flora , aku berusaha untuk terus bersemangat . Flora aku sayang ko muahaha. 


iii) Nasib mungkin masih belum menyebelahi aku, pegawai yang jaga kaunter tu cakap , " kalau awak nak cepat siap, awak masuk sendiri web imigresen, renew kat sana, tunggu 2 jam , datang balik jumpa saya sini"...takpe asalkan ada penyelesaian ( oke aku sabarrrrr jerr ) ... kena bayar rm100. cek duit Malaysia tak cukup , so cari bank nak kuar duit, malang sekali lagi menimpa , semua mesin atm kata plaza kajang tu out of service!!! Omaigaddddddd...nasiblah boleh bayar guna kad kredit. aku tarik nafas yang hampir putus tadi ...

iv) 1 hal lagi cari cybercafe ! aduh kesengsaraan masih belum berakhir, nasib baik sangatlah  Flora dan biasa tempat nie, cari punya cari akhirnya jumpa juga...( sekali lagi aku macam nak junjung si kawan tapi buat muka cool huhu ). Isi punya isi form itu oke la, mula ada masalah masuk gambar, nasiblah akhirnya makcik (owner kedai) tu terer, masalah selesai . problem sekali lagi, tak boleh nak proses sebab tak pass bayar guna kad kredit .
 
arghhhh apa hal lak, kad kredit aku tak sampai limit lagi, huhuu macam nak muntah pun ada, akhirnya bank kad kredit call, bagitau yang kalo nak guna kad 'bertuah' nie, kena call diaorang dulu. ciss hampeh ! mungkin sebab aku dah aktifkan kad tu kat overseas kot...iskhhh. akhirnya proses sucessfull . 

Tepat 11.55am, aku kembali ke kaunter tadi, dan dengan bangganya aku tunjukkan slip pembayaran tadi ... dan diarahkan ke kaunter 6, maka sekelip mata, passport baru telah siap. Alhamdulillah...ya Allah macam aku nak peluk cium jer pegawai yang bagi passport tu muahahaha...semangat bercuti kembali. 

Dan sekali lagi menyusahkan orang, minta tolong kawan azurah @ jura , nasiblah dalam keadaan macam nie kawan sentiasa ada sudi tolong, syukur...tolong hantarkan ke airport ! sekali lagi aku macam nak peluk cium mereka...ahaha! Dalam perjalanan ke airport, flora tertido kepenatan, huhu sungguh kesian si kawan.sebab tulah aku sayang ko flora ~ dalam hati jer.muahahaha...


Akhirnya kami menaiki flight jam 2.50pm ke Jakarta menaiki AirAsia ... alhamdulillah. Takpe, apa pun kos untuk terbang sekali lagi, aku anggap sebagai balasan atas 'kebodohan' diri sendiri...( sebelum berjaya membeli tiket, sekali lagi malang menimpa, bila passport aku 'tertinggal' dalam keta jura...huarghhhh, nasib dia belom jauh dan terpaksa patah balik...aduhhh...

Akhir kata, saya sayang kawan saya...nama dia Flora Chong...bahahaha...Terima kasih untuk segala kesabaran anda melayan karenah saya ...

Mungkin ada benarnya

Belum sampai masanya untuk saya mengiakan apa yang difikirkan oleh minda atau apa yang di bisik oleh keluhan sang hati ... uit kalo ada 'sang hati' gerenti jiwang karat ko nie inn , huahuahua ! okeh saya benci ... hahaha


Tidak ada apa-apa sebenarnya , cumanya saya pernah berjanji untuk tidak lagi terlibat dalam permainan yang akan menjadikan diri sendiri kelihatan seperti orang bodoh , kerana di akhirnya akan menyesali semuanya. bla bla bla~

Mengarut okeh ! saya belom sedia untuk kembali berkerja sebenarnya ... akaka

Khas untuk mu sahabatku

Majlis akad Nikah 

Sebelum . . .




Semasa akad . . . 







Selepas akad . . .




p/s : Next pictures fot next entry ya babe ... hehe

simple is nice


Ini bukan promosi orangnya ( jangan , nanti saya ditembak tepat di dahi olehnya hehe ) . Ini adalah salah satu gambar yang saya ambil semasa cuti singkat bersama teman ( miss flo ). Tidak tahu kenapa , dalam banyak gambar itu , ini yang paling yang saya suka ! ahaks ... Terima kasih kepada ko ( yang di atas ) anda sangat photogenic . pikir cincai ka ? ahaha .

selain melancong , mengambil gambar adalah kesukaan saya ... dan untuk kesekian kalinya saya tersangatlah berterima kasih kepada teman sejati (miss flo) sudi mengajak berjalan-jalan hihi . ( walaupun kali ini, hari-hari terakhir di perantauan , tiba-tiba saya terlalu merindui semuanya di sabah , mungkin kerana kelamaan di tempat orang huhu ) nasib airmata mak tak jatuh kak kiah weiii...bahahaha .

 

Kadang-kadang kita cukup berbeza

Ya betul saya mungkin sentiasa mengkagumi anda kerana anda sangat indah pada pandangan mata , sangat pintar berkata-kata dan bijaksananya anda mengatur hidup.

Suatu masa saya sentiasa membenarkan semuanya , tetapi mungkin sampai suatu saat kita mungkin berbeza pendapat . Mungkin saya tidak akan mengiakan pandangan anda , mungkin saya juga tidak bersetuju tindakan anda . Bukankah semua itu normal ? 

Kita berbeza pendapat kerana penilaian itu dibuat berdasarkan hati masing-masing. Saya mungkin berdiri di tempat yang mungkin anda tidak mampu bayangkan kesulitannya. Tidak saya salahkan anda atas perbezaan itu. 

Mungkin juga kerana saya mahu memahami . ( dengan harapan , anda juga memahami keadaan saya )

Berbezanya kita kerana kita mahu berdiri atas kepercayaan sendiri , kerana kita yakin . Saya tetap yang sama walaupun wujud perbezaan antara kita . Sekian terima kasih .

lena tidur dibuai-buai,rupa-rupanya

Ok kena set alarm 7.30 , sebab masuk sekolah jam 8.50am . . . yeyeye bolehlah bangun lewat, rasanya . . . makanya aku berjaya bangun TERSANGATLAH LEWAT huaawaaaa !!! 9.45... dengan cepatnya aku mengirim pesanan ringkas (sms) kepada teman untuk tolong finger-in kehadiran, hailaaa... awatlah aku tak boleh bangun nie , periksa punya periksa , patut pun tak dapat bangun, ingatkan tidur mati rupanya aku silent mood handset !!! arghhhh ... nasib tak terlajak sampai petang bahahaha...sungguh dahsyat ! 

Malam nie masuk bilik, handset letak atas meja tiba2 bergegar-gegar , ingatkan ada sms masuk , alarm bunyi rupanya . ALARM ??? alarm apanya malam-malam buta nie ?? Hahahah...rupanya aku set alarm 7.30pm wakakak...patut la tak bunyi tadi pagi , ingatkan sebab silent mood . huhh ! anda sungguh sengal inn. okehh...haha (sambil nak hantukan kepala di dinding)


Ku tinggalkan kau seketika...

Akan terbiar kau seketika ( macam selama nie tak terbiar , oo biarlah ) , cuti makanya biarkan aku bercuti sebenar-benarnya la la la ... aku tengah nebes ( macam nak kawen) mengarutttt ! ahaha . 


Jangan cari aku seminggu nie, mungkin aku sukar untuk dihubungi ... Tolong jagakan dia untuk aku ! sapa ? Blog nie laa..wink***

Bestie kawen .



Selamat Pengantin Baru Sahabat . . . Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat . aminn.

sorry tidak dapat tunggu hingga acara potong kek, hamba keletihan dan malam terlalu mengerunkan untuk ditunggu hingga ke larut waktu...aiyaaa..penakut !

p/s : gambar lain nanti i upload ye Puan Shiqa hehe...