Hari-hari pun hari guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru sedunia . ouh saya akan menjadi sebak pada hari ini kerana 'tak tau kenapa' . . . mungkin kerana hari ini kami diberi kesempatan untuk menyelami semula matlamat kami menjadi guru , dibuka ruang untuk kami menilai sejauh mana usaha kami untuk memenuhi impian mereka , atau juga kerana mengingati jerih perih selama bergelar guru . sob sob sob~

Hari di mana kami menjadi 'insan biasa' pada pandangan mata mereka . . . 

Berada di sini mengajar untuk saya menghargai segalanya ! walau hanya sekeping kad pada hari ini, cikgu tetap menghargai semuanya . usaha mereka untuk membahagiakan kami hari ini, membuatkan saya sedikit ruang untuk memahami kelemahan mereka . kerana disebalik semua kelemahan dan kesalahan itu, mereka tetap insan biasa yang terlalu hijau untuk dinilai melulu . . apa pun , cikgu tetap sayang kamu semua ( maunya berguling-guling ketawa murid aku kalau terbaca entry nie wakakak ) lantak laaa...


Cerita hari ini , aku tour kelas ke kelas untuk menjamu selera kerana mereka menghidangkan makanan yang kalau ditolak mungkin akan menyebabkan mereka terasa hati , kerana itu aku sanggup sekali sekala untuk menjadi sporting dan makan sahaja di mana-mana yang menjemput. walaupun perut penuh sepenuhnya , dan kerana itu hari nie masuk sahaja dalam bilik aku terus landing atas katil kesayangan dan melayani kekenyangan dan kekenyangan dan terus kenyenyakan . akakak... Terima kasih muridku sayang , cikgu sayang kamu semua muahhhhhh ~






No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P