Bagaimana untuk bersatu ?

Assalammualaikum...salam di cuti ini . huh tetiba mood nasionalis meluap-luap di dada ini . Entahlah aku pun kurang pasti mahu berbicara soal politik negara , memahami ahli politik memainkan peranan mereka , berjaya atau hanya menggunakan pangkat ? Atau memahami hati rakyat yang mahu perubahan arus politik . .. aku sendiri malas nak campur . 

Soal pandangan berbeza suatu kebiasaan, kita akan punya pendapat berbeza juga yang akan membawa kita menyokong parti yang berhaluan lain dan ia suatu yang sihat sebenarnya. Tapi perlukah kita mencaci sesama bangsa kerana pandangan yang berbeza itu ? 

Sedikit terkedu melihat senario politik sekarang, yang menurut pandangan mata kebiasaan ini keterlaluan , mencaci sesama manusia hanya kerana pegangan politik berbeza , betulkah kamu di pihak yang benar ? pemimpin yang dipuja itu terlalu agung ka sehingga setiap kata umpama muatiara berkilau ?? 

Bagaimana untuk kita bersatu jika masih terlalu taksub ? Pandanglah ke dunia Asia Barat yang semakin hancur hanya kerana pegangan sekumpulan kecil sehingga terlupa mereka adalah bangsa besar yang jika bersatu mampu melumpuhkan dunia ... muhasabh diri .

Ini yang menyebabkan aku tidak menyukai politik . Terlalu keterlaluan ! Gunakan akal yang waras untuk menegakkan sesuatu . Jangan hanya berdasarkan perasaan yang kadangkala dipandu nafsu . Hanya sekadar pendapat . . .

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P