semoga anda bahagia hendaknya

salam kasih sayang . aisehh memulakan bicara malam tanpa perasaan jiwang mempengaruhi , hanya kerana jari rela untuk menaip , hanya kerana perasaan rajin menguasai diri dan hanya kerana mahu menulis tanpa mahu berbicara . 

Opss sebelum itu, mau ucapkan selamat pengantin baru buat kakak aku yang dah hampir 2 minggu menjadi isteri orang , aku bila lagi ? erkkk orang tak nak kat aku, tak kan aku nak naik pelamin sorang diri kan hahahaha~ sabarah wahai inn. merepekkkk~

Yelah , jodoh ajal maut semua di tangan Tuhan , kalo Dia kata belum lagi masa aku nak mengecapi nikmat perkahwinan , so aku kena tunggu la kann ... banyak benda dah aku dapat , ada yang aku dapat lebih daripada sepatutnya , kemudian ada darinya tidak mampu dimiliki . bersyukur . ya aku bersyukur dengan semua yang telah dimiliki, sekurang-kurangnya, apa yang aku miliki sekarang bukan kerana meminta kepada orang lain, aku berusaha . 

Kalo nak kereta , kena kumpul duit nak beli , mungkin mereka yang bertuah akan mendapat kereta dengan mudah , diberi oleh ibu bapa yang sangat menyayangi , atau mereka dihadiahkan oleh sang kekasih hati .bertuah sungguh mereka . Tapi aku ? takpe , sekurang-kurangnya aku belajar untuk lebih menghargai . 

Nak rumah ? kena beli sendiri , belajar untuk membina hidup sendiri . seorang kawan ' tidak payahlah dulu beli rumah inn, takut nanti lelaki takut dengan ko, semua  ada '  . . hanya tersenyum . mungkin juga , hanya mahu memiliki , bagi aku 'lelaki hanya perlu melihat diri aku tanpa melihat apa yang aku miliki '. senang kan ? 


Kesusahan dulu mengajar untuk lebih berpijak di bumi yang nyata, mengajar untuk aku lebih berusaha sendiri , berdiri atas keupayaan sendiri . kesenangan yang hadir kerana terlalu banyak tangan menghulur akan hadir bersama sedikit kesakitan . . . semoga kita akan terus diberikan kekuatan. 

p/s : tetiba terasa seperti ingin berkata ' manusia memang mudah lupa ' . . . termasuk aku.



No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P