Mencintai itu tidak semestinya memiliki

Biasa , cerita ini bukan cerita luar biasa untuk difikirkan sedalam-dalamnya , hanya mahukan yang tidak terucap diungkapkan dengan cara yang paling menyenangkan . . . kerana kadang-kadang kita terlalu ingin sesuatu sehingga tidak dapat menerima hakikat . 

Bagaimana untuk memahamkan hati bahawa mencintai itu tidak semestinya memiliki , bukankah kita semua sudah tahu ? ada darinya terlalu senang untuk ditolak di tepi , namun akan ada darinya yang membuat kita bersalah kerana memandang sepi pada tangan yang menghulur kasih . Bersalahkah kita ? 

Akan ada hati yang terluka untuk kenyataan pahit ini , namun sejauh mana kita untuk terus lari darinya ? akan sampai saatnya , kita akan keletihan menjauhi . dan memberanikan diri untuk menghadapi setiap tindakan dan keyakinan untuk semua keputusan . 



saya berusaha untuk memberi yang termampu , kerana di hujung setiap kepura-puraan ini ialah ketidakmampuan saya untuk memberi . . . 



No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P