Cerita semasa makan

Hari nie tak selera lunch kat kantin , sebab teringat masakan semalam yang masih berbaki ( dan perasaan masakan semalam itu lebih sedap daripada hidangan kantin ) muahahaha . . so aku layan kerepek ubi jer , kawan bagi . 

tetiba tengah rancak cerita isu semasa dunia , membe sebelah membuka mulut dengan penuh keterujaan dan berpaling ke arah aku 

" Inn bila ko mau kawen ?"... Blur !

Out of topic sungguh soalan si kawan . Aku terkesima ! tak tau nak jawab apa . . . erkkk. . .betol-betol takde dalam otak . Kalo exam , gerenti dah gagal ...ahaha. Alih-alih dia jawab sendiri soalan itu . . .  

"Ala ko tidak mau kawen bah tu " . . . 

Sebab selalunya jawapan stendet aku bagi . .takde orang nak , belom jumpa , yekde berkenaan . . . ala la la la . Sebenarnya memang aku belom sedia nak jadi isteri orang , belom sanggup mengabdikan diri kepada seorang lelaki dan belom juga sedia mencintai sepenuh hati . Hati dan perasaan tidak boleh di paksa .

p/s : ulasan setulus hati ini hanya untuk menenangkan hati .


2 comments:

  1. perghh sentap juga ayat tu cikgu... aku doakan cikgu cepat2 terbuka hati, aminnnn

    ReplyDelete
  2. aminnnn~doakan hati ini terbuka, insyaallah apabila sudah dizinkan, semuanya pasti seperti yang diharapkan...saat ini, sy hanya mampu mendoakan kebahagian kalian semua ...hehe..

    ReplyDelete

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P