UNTUK DIA YANG TELAH TIADA



Semalam , saya mahu bercerita . Namun, saya tidak mahu terlalu menurut perasaan kerana bezanya saya dengan kamu , perasaan di dalam ini sukar dizahirkan dengan kata-kata , sukar untuk difahami dengan segala tindakan . Kesukaran untuk mentafisrkan segalanya membuatkan diri senang untuk memendamkan jauh di lubuk hati . Kerana kamu tidak akan memahami  juga kerana diri sendiri tidak mahu difahami .

Melihat mereka , saya cuba untuk menyelami keadaan itu , namun tiada dasar ditemui untuk bertapak mencari segala jawapan . Yang saya tahu , mereka telah kehilangan . Dan saya juga telah kehilangan .

Kadang ada titis jernih cuba untuk membasahi kelopak mata , kadang terasa memaksa diri untuk menangisi segala , yang kadang berjaya dan banyak darinya saya hanya mampu merenung jauh . Betapa saya tahu tiada perasaan untuk menggambarkan segalanya . Betapa saya juga tahu , dia akan lebih tenang di sana jika kami mampu tabah.

Ya Allah tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman … amin 




Semoga mereka yang tinggal ini , akan menyedari bahawa dia adalah insan biasa yang mahu hidup sebahagia orang lain , yang berusaha sedaya mungkin memberi kesenangan kepada insan tersayang .

Kepada kakak . . . Tabahlah menghadapi kehilangan ini , teruskan hidup untuk mereka yang masih ada . Kita diuji dengan cara bezanya , semoga kita memahami . Berdirilah demi harapan.

Kepada anak-anak saudara saya , Jaily , Jaliah , Jairy , Juliza , Jaluddin , Dahlia dan Mohd Mus Najmi . . .Betapa saya melihat kalian membesar . Suatu ketika dahulu mungkin tidak mampu menyayangi kalian sepatutnya , namu masa berlalu pantas yang turut mengajar saya untuk melihat kalian pada sudut yang sepatutnya. Saya melihat keususahan kalian mengharungi segalanya dalam kehidupan , saya memahami betapa dia cukup berharga untuk kalian memahami rentak dunia ini . Kalian adalah permata hidup yang saya mahu pelihara . Biarkan kata-kata yang menghiris hati sekadar perhiasan hari , percayalah kita hanya di uji . Dan kalian di uji dengan ujian terbesar tika kalian masih meraba mencari pendirian hidup , tapi saya telah berjanji untuk bersama kalian saat susah senangnya.

Percayalah kalian masih ada esok . . .

Nukilan buat pemergian Idris Bin Abdullah , insan yang tiada dendam dihatinya. 


2 comments:

  1. tersentuh hati sia... mcm baru ja nampk dia masuk wad masa kami sama2 d spital beaufort ari tu.. tuhan lebih mnyayangi allahyarham.. alfatihah buat allahyarham..

    ReplyDelete
  2. Ketentuan Allah itu lebih baik daripada perancangan manusia , semoga kita juga memahami...amin..al-Fatihan untuk arwah .

    ReplyDelete

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P