adakalanya kita PERLU bersuara

Mungkin banyak darinya , semua mengaku aku seorang yang hanya menurut perintah . Kerana menyedari kekurangan diri yang sememangnya hanya layak berdiri di belakang , tidak menuntut untuk aku mengatakan tidak pada arahan daripada mereka . Selayaknya aku hanya perlu mengangguk pada segalanya. 

Namun , adakalanya apabila terasa diri semakin dipinggirkan dari sepatutnya , apabila terasa hidup diatur mengikut percaturan mereka , apabila terasa nilai diri mudah diletak serendah pandangan mata . . .kita PERLU bersuara . Bukan hanya kerana emosi menguasai diri , tetapi mungkin juga kerana telah sampai masanya hak itu dipertahankan sepatutnya . 

Janganlah meletakkan diri setinggi awan dan memandang tanah seolah-olah hanya layak untuk dipijak . Bukankah kita diberikan akal untuk berfikir bahawa , keadilan adalah sesuatu yang bukan boleh ditentukan hanya mereka yang memegang jawatan ? Bukankah kita digalakkan untuk bermusyawarah sebelum sebarang keputusan itu di ambil ? Bukankah kalian dilantik kerana kepimpinan kalian itu ? Di mana semuanya tika kalian menentukan nasib kami ?

 . . . akhirnya aku terpaksa bersuara . . . 

Amarah menguasai diri , tetapi aku juga punya perasaan untuk memahami kalian , dan kerana itu akhirnya aku menerima seadanya saat kesilapn itu mahu diperbetulkan . Setiap kita mempunyai kelemahan diri , aku , engkau , kamu atau mereka . Semoga selepas ini , kita mudah bermuhasabah diri , kerana ada tikanya kita perlu memikirkan orang lain sebelum meletakkan sebarang keputusan yang melibatkan kebersamaan kita . 

sungguh aku mahu memohon jari meminta maaf andai tak kala bersuara , ada hati yang terguris kerana nada yang sedikit tinggi atau juga ada kata-kata yang menguris hati. Tiada niat di hati hanya mahu berkata kerana itu lebih baik dari menyemai kebencian sesama manusia . . .



2 comments:

  1. memang ada waktunya kita perlu bersuara :-)


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  2. En.Hans...yup..dan saya telah pun membantu anda..hehe

    ReplyDelete

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P