saya sanggup buat apa sahaja !

Untuk menemui mu akan ku tempuhi jalan yang berliku, jalan berbukit-bukau bahkan jalan berlubang-lubang pun sanggup ku kerahkan kereta itu agar tabah melaluinya...Waktu yang singkat sekadar mainan jiwa, sesaat menemui mu bagai ribuan tahun kebahagian. 

Ouh sungguh bahagia diri ini... 

Opss . Tayar kereta ku pancit ? aku tempuhi saat malang diri kerana telah kebahagian setelah menatap wajahmu yang manis, senyuman ku tak lekang kerana meningati saat-saat itu... siapa pun bahagia kerana mu. 


Gelapnya laluan di hadapan tetap menyinarkan jiwa ku, kerana itu aku sanggup buat apa sahaja untuk mu. Apalah sangat dengan tayar pancit ? jalan berliku bergunung-ganang ? keletihan berjam-jam ? Jika dibandingkan berbunganya hati menemui melihat dan menjamahmu DURIAN ?...AKU YANG SENGAL KERANA DURIAN ITU. ha ha ha

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P