Bukan niat mahu menipu

Kadang-kadang ada cerita yang mahu disimpan. 

kadang-kadang ada cerita yang sengaja tidak diceritakan. 

Kadang-kadang ada cerita yang keluar dari mulut sekadar kata-kata. Tiada maksud. 

Kadang-kadang cerita yang sebenar diceritakan lain dari versi yang asal. 

Dan bila kamu tahu cerita itu tidak benar , bukan niat mahu menipu... sebab kadang-kadang hanya mahu dikenali seperti mana yang kamu nampak. Bukan siapa saya dahulu , atau siapa keluarga saya , atau betapa saya dikenali sebagai siapa di sana , atau kerana saya berbeza dari yang lain.

Kerana saya mungkin telah berubah , dan juga saya kerana saya hanya mahu diri saya berdiri sendirinya .

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P