Hari-hari begini

Seronok benor hidup begini,uhh tak lama lagik hidup begini akan ditinggalkan... dan 'terpaksa' mandi awal pagi.


Home Alone!

What a nice movie on this holiday to watching...so funny, clever boy ya. Haha.have a blessed day guys.

Carikan kami jodoh!

Bole agaknya, pastikan bujang dan bebas hutang. Sebab kami tiada harta banyak,hanya ada kehensoman ini. Lalala...

New Mission!

Yup...  dun worry,  lifes is wonderful babe.

Ahad!

Apakah maksudnya? Bangun lewat,  goyang-goyang kaki tengok tv,  masak untuk kucing sedunia, surf internet 25 jam.  life goes on with anything possible with any way , any promises.  What life...

No Comment .


what side you are ? 

Always end up with the candle . clueless . . .

Terakhir untuk tahun ini .

Hujung tahun dah ! dah tercapai semua angan-angan korang ? cita-cita ? impian ? harapan ? banyak aa ... hihi ... aku ? ada separuh dah , ada lagi macam nak kasi realiti , tapi masih berfikir untuk jaminan masa depan , uh bunyi macam serius . Banyak benda baru untuk tahun nie , dan antara yang paling besar ialah , tukar ferari aku tu ngan jet peribadi . muahaahaha . perasan ! 

Apa pun yang diangan-angankan , yang satu ini seperti pasti akan direalisasikan ... yelahh , teringin juga seperti orang lain , mencuba benda baru . 

  

LIKE ? 

Hahaha , semua orang suka benda baru . untuk bermegah , tunjuk kat orang , orang puji pasti kembang hidung bangga diri . Manusia manusia manusia ... 

do i regret ?

Malam , ya sesuai untuk menulis secebis dua kata kata untuk diri sahaja . bukan untuk siapa , hanya memandang diri . Berkali mengingatkan diri untuk melupakan semuanya , di hujung setiap cebisan ingatan itu wujud pertanyaan . memaksa diri untuk mengakui kelemahan , berusaha untuk meyakinkan semua manusia tidak sempurna . Betapa memuja diri tanpa berhadapan ujian hidup sebenar , bagai mengatakan perak itu emas , umpama kayangan itu mampu digapai dalam mimpi mimpi dan segalanya dalam isi bumi ini mampu dimiliki . 

Bagaimana menjadi manusia penuh dengan kebaikan , jika memandang sepi setiap kesilapan di depan . Mengiyakan kita bahagia seadanya , sedangkan hutang senyuman yang diberikan sebelum ini belum berbalas . kepentingan diri itu kini menjadi sanjungan manusia . 

Perlukah untuk membenci mereka yang memberikan kesedihan sang hati , atau hanya melupai kerana diri hanya perlu menyesali ... tidak akan menjadi sesuatu andai tidak diiyakan . salahkan diri . 

kenapaaaaa kau pergi?

oh tidak... aku tak percaya kau pergi , tidak sekali kali !oh man , kecewa sangat nih . nak golek golek 70x pun rasanya tak hilang lagi kekecewaan ini . eh , apa jadik dengan telinga dorang nie , kenapa tak undi amanda aaa , ala the voice tu . huh ! okeh okeh pasni aku tak akan tengok the voice lagi . TIDAK AKAN ... blahlaaaa. 

entah bila siap .Haaa

keja ! banyak ker ? tak la sikit jer , tapi kan kan , ada banyak benda banyak hal yang pelik tentang aku . satunya dari sejuta ialah ( aa banyak sungguh ) benda atau hal yang remeh , yang buat tak sampai 5 minit akan siap , percaya atau tidak , aku tak kan mampu siapkan walaupun dalam 1 bulan !!! yaa , aku memang bengap . tak tau la napa , tapiiii hal ini benar benar terjadi . sebabnya mungkin , aku tak suka nak buat . TERPAKSA ! waa memang diri ini tak suka kalo terpaksa . tak ikhlas ! terus terang la aku cakap , dari lubuk hati sanubari dan segala isi perut ini , yang aku tak ikhlas nak buat , so pahala ? jauh sekali , dosa ? kompom la ... aduhhhh ... lemahnya aku .

hahaa amik ko !

little vita

happy holiday everyone ... what is so  cool about my new entry today ... guess? im updating using psvita ! how cool is that hahh ... i think that very very very cool . new stuff to fullfill my colection of sony ... for gamers actually . hoho

bedaa memang bedaaa

bukan pro seberang , cuma mahu berbeza . uh mengarut . ini entry dibuat pada pagi pagi buta yang mata tidak mahu lelap ... lelaplah mata , besok mahu bangunnn awal . menemani teman mencari beg ... ikhlaskah aku sedangkan ada yang terguris ??? awat hang nak sensitif sangat inn ... poyo betollahhh ! betol betol , nyampah ! 

ada kaitan kah cerita ini dengan tajuknya ?? kompom melalut , so tidoooo laaa ! 

Tarik rambutlah !

Tak sure , tak pasti ... okey c'mon inn ... uhh sungguh . betol betol buat aku nak tarik rambut . akukah yang kurang siuman ? atau ... atau memang aku yang tak siuman . oh no no noooo , aku waras lagi . so ? ko kira berapa rambut ko , aku nak tarik sebab sekarang nie aku tengah nak termenung jauhhh sebab kenapa aku begini rupa ... macam mengenang nasib pulak , la la la ...

k o s o n g .


Hujan .

Lebat . aku hanya mahu mendengar lagu .

Sunyi . . . kosong . ada yang terpendam .

Kerana itu , aku mahu bersendirian .

Agar hati yang sunyi itu tenang . . . terlalu kekosongan .

Kenapa selalu merasa seperti bayang-bayang ? mengapa pandangan selalu kabur ?

Terlukiskah sudah jalan hidup ini sedemikian rupa … atau masih ada persimpangan sebagai pilihan .

Terkulai layu di atas pembaringan , menghelah nafas . . .

Berlalulah wahai sang perindu … kasihanilah sang mata yang mahu tenang .

Kasihanilah jiwa yang juga mahu tenang dan tenang … 

terlelap untuk kesekian kalinya ..... tamat . 

Handphone baru !

Ahh yang ini aku mau . Sangat sangat mahu . okeh ! sapa yang pemurah nak bagi aku ? percuma aku bagi senyuman . haha ... Rasanya , untuk rajin update blog , aku perlukan handphone baru yang lebih canggih dari yang aku ada sekarang . sebabnya ? 1 . handphone aku skang memang dah ketinggalan jauh zaman batu  . kenapa aku tak tukar ? aku malas . 2. Dah handphone zaman batu , tak bleh nak buat itu ini , termasuk update blog ! orait , so kena beli baru ... supaya rajin sikit buat entry la ( agaknya )

Mau beli apa ekk ??

Bila mana ...

Seketika merenung jauh ... sekali lagi jatuh . 

Perlu untuk bangun dan sedar , cukuplah ! tidak untuk kali kedua . 

Tapi ... sangat mengujakan jiwa . 

Di mana silapnya kali ini ? di mana ruang untuk diperbaiki ? 

Bukankah hanya jauhari mengenal manikam ... 

Normal . Biasa . Hakikat . 

Hanya kita yang salah ... baiklah tersilap lagi . bagaimana sekarang ? hurmmm ...

Masa untuk tidur dan bermimpi . Tunggu hingga esok .

yeyeye dapat hadiah .


sebenarnya , sungguh aku tidak mimpi untuk mendapat hadiah dari siapa-siapa pun , yelah sudah tua ( tua ke aku ?? ) ahaha . Lagipun , kawan-kawan semua tau , betapa susahnya untuk mereka memahami apa yang menjadi kesukaan aku . Entahlah , kadang-kadang aku pun tak paham ... Tapi ... kalo kita dapat kawan yang memahami kesukaan kita di mana, begini la jadinya , aku hampir melompat setinggi awan , dan gimnastik dua tiga kali pusing ahaha ... teramat sukaaaa ... mmuaaahhh ! 





 

ironinya hadiah ini ialah , last week masa aku dok round warisan squre, masuk kedai esprit , niat asal ialah untuk mencari purse baru , aku tak suka purse skang , sebab takde tempat duit syiling .huh ... alih-alih pusing pusing dalam tu, bukan beli purse , beli baju lak ... so aku buat keputusan 'nanti turun shoping skali lagi la beli purse' ... dan ? tak payah beli daa...yahuuuuuuuuu ~

so , ucapan ini khas ditujukan kepada teman sekepala aku , miss flora chong sui mi ... huhu sudi bagi aku hadiah . . . yaaa , mesti habis otak cerdik dia pikir tentang hadiah ini . dun worry bebeh, you are sucess to make feel happy and excited ... congrats laa... la la la ~ tahun depan lagi ekk...hihiii

cukup umur dah

Okeh ... perasaan ? macam biasa , rasa sedikit seronok kerana ramai wish , termasuk la anak-anak tiri aku haha ... Terima kasih semua , tak boleh cakap tak suka , mesti mau seronok suka dan teruja sebab mereka susah-susah nanyi ' Happy Birthday' . cuma aku MALU !!! ahaha yelaaa ,sedar umur semakin meningkat huh ! kena buat itu ini , kalo tak ramai bercakap . bosan !!!

Cukup umur dah . my wishes ? of cos la aku mau lebih berjaya dari yang sebelumnya . lebih bahagia, lebih tabah , lebih pencapaian , lebih segala-galanya . boleh ka ? aa kalo semua tolong doakan, insyaallah boleh kot wink*** . 

Bab hadiah , actually aku tak kisah . dah tua-tua begini , semua benda aku boleh beli sendiri , sebab sedia maklum betapa tersangatlah susah untuk mencari kesukaan aku huh. not too choosy actually , but im just a bit weird or nut ahaha , TAPI KALO ADA YANG BAGI JUGAK , yaa TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT DAN DIHARGAI DONK  . ANDA ISTIMEWA DI HATI lalala . 

Ada ker yang bagi hadiah ?? okeh kita ceta entry lepas ini yaaa ... 

remaja oh remaja

cerita remaja . aku suka . sebab ? masa remaja aku sangant seronok . banyak sangat hal aku belajar , banyak ! termasuk la benda yang baik dan buruk ! semua aku sapu ... sapu bersih ! Tapi syukur , yang buruk takat buruk level 2 jer , tak la sampai expert . ahaha , kalo tidak huhh maunya sekarang aku jadi Yakuza . lalala 

ada rupa tak ??


sebenarnya aku cakap soal remaja sekarang , yelah kehidupan harian aku ( siang dan malam ) berkait rapat dengan remaja . Menyakinkan aku bahawa , betapa remaja sekarang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sangat mudah untuk menyesatkan mereka . 

kalo dibiarkan mereka, sekelip mata kita akan kehilangan mereka . dan dari itu, rasanya ibubapa perlu LEBIH peka terhadap anak mereka . termasuklah masa persekolahan mereka dan masa senggang mereka juga. 

mencari longgar pendirian diri mereka , cuba menyelami di mana peranan kita untuk membantu remaja melalui saat saat getir sebelum mampu berfikir jauh lebih matang dan rasional. ramai remaja sekarang bertindak seolah olah pendek akal itu hanya sejengkal cuma. Aku risau ! 

apalah daya diri ini , setakat berkata kata (entah mereka dengar ke tidak ) aku redhaaa ... haha ... tapi lebih baik menegur awal dari terlewat kerana tiada usaha untuk membantu . bukan begitu ?? yeyeye ... aku sudah matang ! 


soalan dan jawapan sengal abad ini !

 

Lokasi : dirahsiakan 

Situasi : Bosan menunggu kapal selam . 

Destinasi : The Last Resort . 

Tema : Mengarut !  


sekali sekala rasanya tidak mengapa

yelah , tetiba pulak teringat kawan yang sudah menjadi sejarah , sama sedihnya kehilangan cinta . lalala ... bila dipikir-pikir  la kan , kenapa pulak sekarang aku tak bole say 'hello' , apa la masalahnya . kalo putus cinta tu , boleh tahan la sikit, yelah hati ini dilukai awww ! mengada-ngada sungguh. 

dengan mereka ? aikk mereka ??? ramainya ... a'ah ramai , akukah yang melupai mereka sebagai kawan ?? atau mereka yang melupai aku ?? aahh jawab nok ... hurmmmm 

rindu pula sekejap . lain manusia lain peel kan , lain cara kita berkawan . terasa sayang pula   dengan perasaan melupai ini , tapi tak kan aku yang salah ? ehh tak kan ( EGO ) . 

akhirnya ? takpe la , mungkin dah sampai di sini berkawan kita , yelahh masing-masing sudah punyai jalan hidup , layari la sambil sekali sekala kita bole kembali untuk tersenyum mengingati masa dulu . . . Terima kasih sebab pernah membuatkan aku ketawa, tersenyum dan bahagia . 

"every cloud has a silver lining "

Nasi ayam masin

cerita pasal makan adalah antara nikmat cerita paling syok untuk dibualkan , dan hari ini member ajak makan nasi ayam. kebetulan pulak perut memang lapar , walaupun sebenarnya sedikit malas untuk berjalan sebab mata ngantuk la weii , aku gagahkan jua kerana perut ini perlu diisi sebelum meragam lain pulak..

dah tu, makanlah kat kedai biasa ( dulu ) sekarang jarang dah singgah, entah kenapa pula hari nie, member sorang ajak makan kat sana lagi. order biasa ' nasi ayam roasted'. 

Makan punya makan , kenapa masin semacam nie , ingatkan aku sorang ja yang rasa , rupanya dua orang member nie pun mengalami rasa yang sama , ( dalam hati, aa padan la datang lagi sini ) hahaha. akibatnya ? aku dan flora tak habis makan ! so perut masih ada ruang . 

Fakta - Dulu restoran ini la yang menyediakan nasi ayam paling sedap . Kenapa semakin hari semakin tidak sedap nasi ayam tu ? Bukankah sepatutnya, semakin hari servis dan makanan-makanan itu semakin sedap ?tak paham la aku ... 


dan fakta tepat untuk petang ini - aku terpaksa bangun dari tido yang sedap sebab perut meragam terlalu kelaparan dan mengakibatkan tido itu juga semakin tidak sedapp . cara pantas untuk makan ? goreng telur ! yeyeye - daripada aku gastrik ! 

i just like this

sat alone 

being missed by someone 

nothing to worry 

knew that you makes someone pay for their wrong 

still have a change even everything seem so hopeless 

saw the beautiful faces 

feel the different with others 

or being loved 

i just like this feeling...

Bukan mungkin atau apakah

Berlalu meninggalkan kerana tidak mahu

Aku manusia biasa, kadang menjauhi dan menolak  

Kau juga bukan ?
 
Sekadar mahu tenang . Jangan mencari lagi . 

Jangan lagi untuk meningati semuanya . berpura-pura .

  

Dia bahagia , sedihkah aku ? tidak !

Aku juga bahagia seperti kau  
 
Kenapa harus aku peduli lagi ? 

mengapa ? 

Mungkin kerana aku adalah aku.


Pandai C I N A .

Punya keinginan , pandai bercakap pelbagai bahasa , seronok tengok orang cina cakap tamil , orang tamil cakap korea , orang korea cakap MELAYU ! uhh teringin menjadi sebahagian daripada mereka . 

Sungguh aku kagum sehh ! aku ? setakat cakap Melayu (kalo tak pandai cakap Melayu baik blah dari Malaysia laa)  cakap inggeris? level secondary school  hahaha ... lain , faham dan boleh bercakap (tahap semput super siput )bahasa ibunda bapa aku' Bisaya'. Bahasa mak aku , dusun @ kadazan ( kena buang daerah dah ) cakap tak pandai apatah lagi nak faham...RUGI owhhh ...huhuhhh ...

Peliharalah bahasa , kerana jika suatu hari nanti kita tidak mampu lagi memahami bahasa tersebut, pastinya lesap ditelan zaman . 

So , mulai saat ini , aku nak belajar cakap cina , okeh   C . I . N . A  mandarin ke hakka ke , tak kisah la. Tapi kawan cina aku selalu ajar aku begini 

" uit ajar ba aku cakap cina "

" cakap la C I N A ... cinaaa" 

senangkan ! hampeh punya kawan ... hahaha


Tobat aku dengan 'wrong number'

Lupa wish birthday kawan , tangan cepat jer mencapai handset , membuat pesanan ringkas , besalah wish birthday... takde hadiah, ucapan pun okey apa ..hihi. 

bla bla bla . sent ! 

sepantas kilat sms aku dibalas . Buka ... 

"sory , awk nie sape erk ?"

Berfikir waras sejenak . dia nie buat lawak ker apa , selalunya tidak begini . berfikir sekali lagi ... ahhh ... alamak si kawan dah tukar nombor telefon laa...

awat aku tak ingat , aduhhh sapa pulak guna num dia sekarang ... aduhh! 

malu ? kompom la aku malu , satu hal lagi yang menyesakkan jiwa , sibuk pula si 'wrong number' ... nak berkenalan. Tak kuasa mak nak melayan iskkkkkkk~

Hahahahahahahaha

ok stop la .


sudah tiada .

sangat merindui ... tiada kata - kata .


huhu mahu menangis ... huhuhuhu
arghhhhhhh!!!

Dulu dan kini, jauh bezanya

  

Dulu dan kini sudah jauh berbeza , masa dulu bukan main segala tarikh yang berkaitan nak ingat. sekarang ? lupa seolah-olah cerita dulu langsung tiada dalam lipatan sejarah hidup. pastinya banyak manisnya, hanya secalit kepahitan , sukar mengambarkan segala-galanya . Maka melupakan itu jalan yang terbaik , aku yakin. 

You can't lied to yourself , not even for a second . i'm not regret about the past, there's a lot of memory and lesson . Maybe , just maybe things not happen like that. hurmmm...the end of the story , im fool as i am rite now .... 


bila menyampah ouch !

Ok , sebenarnya perasaan ini berlalu dua tiga hari yang lalu , kenapa baru tulis ? dua tiga hari yang lalu terasa malas pula nak update blog , so tunda dulu sampai la hari baru terasa rajinnnnn  hehe . 

cerita menyampah ini bermula bila diri terasa seperti mahu di bawa bergaduh ! huh tak padan dengan badan kecik, aku nie pantang orang carik pasal tak tentu hal then rasa nak bergaduh terus lalala ( perasan kuat). 

yelaa, dah la hidup begini sengsara , tak macam orang lain. orang lain pas keja boleh rest2 duduk rumah (ada masa privacy) . aku ? balik rumah mengadap lagi karenah yang bukan-bukan , dah tu ko nak cari pasal ? uhhh janganlah , aku bengang dan boleh bertukar jadi ultraman yaww. FIRE!!! 

kadang-kadang rasa nak lari tapi entah ke mana. kemudian kembali sedar, janganlah mengharap langit itu selalu cerah untuk kita tersenyum sepanjang hari. kembali sedar yang kita ini manusia biasa yang mungkin kadang-kadang diuji sedikit kerana hidup pasti menjanjikan kemanisan dan kepahitan. puitis tak ? hahaaa...

harapan - janganlah selalu buat aku stress, takut rupa cepat tua berbanding usia isk isk sapa nak kawen ngan aku wehhh aaa sapa nak tanggungjawab tu...layan!

Shila Amzah - All performance (combined and reuploaded) at Asian Wave 20...


Tak faham lagu chinese tu , tapi suka sangat . sapa-sapa blogger yang boleh translate, amat dialu-alukan hehe... 

singer : Na Ying 
song : Zheng Fu

终于你找到一个方式分出了胜负
zhong yu ni zhao dao yi ge fang shi fen chu liao sheng fu
输蠃的代价是彼此粉身碎骨
shu de dai jia shi bi ci fen shen sui gu
外表健康的你心里伤痕无数
wai biao jian kang de ni xin li shang hen wu shu
顽强的我是这场战役的俘虏
wan qiang de wo shi zhe chang zhan yi de fu lu
就这样被你征服 切断了所有退路
jiu zhe yang bei ni zheng fu qie duan liao suo you tui lu
我的心情是坚固 我的决定是糊涂
wo de xin qing shi jian gu wo de jue ding shi hu tu
就这样被你征服 喝下你藏好的毒
jiu zhe yang bei ni zheng fu he xia ni cang hao de du
lyricsalls.blogspot.com
我的剧情已落幕 我的爱恨已入土
wo de ju qing yi luo mu wo de ai hen yi ru tu
终于我明白俩人要的是一个结束
zhong yu wo ming bai lia ren yao de shi yi ge jie shu
所有的辩解都让对方以为是企图
suo you de bian jie du rang dui fang yi wei shi qi tu
放一把火烧掉你送我的礼物
fang yi ba huo shao diao ni song wo de li wu
却浇不熄我胸口灼热的愤怒
que jiao bu xi wo xiong kou zhuo re de fen nu
你如果经过我的坟墓
ni ru guo jing guo wo de fen mu
你可以双手合十为我祝福
ni ke yi shuang shou he shi wei wo zhu fu

Isi minyak RM30.00 jer !


"hijau ya "
"hijau habis stok " dengan senyuman .
"ok la , kuning 30" 

aku hulurkan duit 50 . budak kaunter tu hulur baki . aku amik la ( tak kan aku keep the chance kan wkakaka )...aik awat baki aku sepuloh hingitt jaa ? owh mungkin dia salah dengar , isi minyak 40 puloh . Baik pula budak tu tolong isikan minyak , aku pun masuk keta sambil membelek-belek baki duit . uitt ini rm 20 . betolah huhh nasib aku tak g tanya balik tadi ..akaka...nasibbbb.

keliru aku dengan duit baru Malaysia skang , huh ! duit sepuloh dengan dua puloh hampir sama . akibatnya? tadi sebelum jalan, singgah shell jap sebab minyak keta dah tinggal satu bar, kang tak sampai destinasi terkulai kehabisan minyak ,ouhh tak sanggup aku.hahaha



flying back to hometown !

Alhamdulillah...thank God ! rasanya peribahasa hujan batu itu sangat sesuai untuk aku bila pergi ke mana-mana . rasa mahu bersyukur , terlalu mahu bersyukur dengan apa yang kita ada. Entahlah, mungkin kerana terlalu 'chossy' ? atau aku memang kaki 'duduk rumah' . Hahahahahahahahahaha. 

Okey la, nanti relax2 baru ceta pasal 'Hujan emas' ... chowww bebehhh. gud nite~


Bukan kali pertama rasanya

Pilihan ! rasa mahu belari jauh . Bukankah sudah berakhir ? Rupanya aku masih belum di garisan penamat . Mungkin baru selangkah dua menjauhi , mahu mengalah untuk kesekian kalinya ? Rasanya TIDAK lagi . Kau telah 'mempermainkan' keikhlasan itu . Bukan kejam. jauh sekali untuk berdendam. 

HANYA KERANA TERASA HATI . ( sedikit )  .

Raya Oh Raya . . .

Ahaks, belum lagi hari raya lar, hehe tapi perasaan seperti besok raya dah. Napa ek ? aa sebab besok gua nak balik kampung , balik rumah 'Home sweet home' orang putih bilang ...So kita pasang lagu raya dalam keta. excited benor !

Apapun , sebelum menjelang raya , teringin rasanya mahu menyusun jari kepada yang mengenali diri ini, mohon kemaafan sebab ketidaksempurnaan diri . Mana yang terguris dek tulisan atau nukilan dalam blog ini , saya menyusun jari-jari yang ada memohon kemaafan setulus hati . huuu ... 


Pada yang memandu pulang ke kampung halaman, sama-samalah kita berhati-hati di jalanraya . kalo nak belok kira kanan jangan lupa pasang signal k . ahaks...Selamat sampai ke kampung halaman tercinta ...mmuahhhh...

Membeli-belah di waktu kerja. erk ?

Kira punya kira , ops minggu depan dah start cuti , barang yang dipesan oleh bos besar belum lagi dibeli, aduh bagaimana ini ... ok kalo weekend nie, isk tak boleh, ada kelas ganti ... stress makk! 

Kemudian member suggest , amik cuti pastu shoping time keja ... bergeliga btol otak mereka . betul juga , rasanya kalo membeli-belah weekend , tak sanggup rasanya. sesak di jalan raya, tak cukup itu, sesak lagi di mall ... memang aku tak larat, lagi-lagi puasa . 


 


Maknanya aku pun terpaksa bergegas la membeli barang yang dipesan , raya oh raya sangat mencabar mahu menikmatimu ini ...la la la . Namun, beringatlah sesama kita, kepada mereka yang kurang berkemampuan , bersama membantu ... mulalah nak sebak hukhuk... Semoga lebaran ini lebih menyedarkan kita tentang nasib sesama manusia yang berbeza. aminnn... 


p/s : Frame gambar, jam dinding , kuih raya...ok set !



Yang ditunggu sudah sampai .YES!


Kegembiraan seterusnya. kawan hulurkan bungkusan, and i know it ... harharhar . yang ditunggu-tunggu sudah sampai . . . nak cakap apa lagi ? Tiada apa-apa . hanya mahu memakainya di hari raya ...

Akhirnya aku juga ada, alhamdulillah .

Syukur , berkat Ramadhan kot...aku positifkan semuanya. Aku ada apa yang kamu ada . Tak tau nak cakap apa, cuma memikirkan balik untuk mendapatkan semua ini, perihnya sampai suatu saat aku mahu berputus asa. Hinggakan di hati terdetik, mungkin telah ditakdirkan untuk aku begitu. Nasiblah diri dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong , memberi kata-kata semangat. Begitulah kehidupan, ada yang sentiasa menyokong anda walau sejuta kali anda telah jatuh, dan ada yang hanya datang bila mereka merasakan berkeperluan ... Biarkannnnn.

Aku lega seleganya ... haaaaa~Tiada kerisauan selepas ini, semua berakhir. Sukurlah...masa untuk berjalan atas usaha itu, masa untuk menunaikan janji yang tertunda. Perlahan-lahanlah kita..

Hari khamis

Oh suka benor aku dengan hari khamis nie . sebab ? satunya, aku dapat datang lewat , maknanya boleh tido lamaa sikit dan bangun lewat ahaks ! Macam tadi, pas subuh terus landing , hehe ... 

  
Yelah, bangun awal sahur tadi sorang jer , hukhuk , sedih ker ? tak laa ,sengaja tak mau kejutkan member , kesian kat dia lewat balik dari hospital . so aku makan sorang sambil tengok tv channel sukan olimpik surely laa, hehe ... semangat sukan ! Go Malaysia ...

It's All About You .


“Friends are a strange, volatile, contradictory, yet sticky phenomenon. They are made, crafted, shaped, molded, created by focused effort and intent. And yet, true friendship, once recognized, in its essence is effortless.
Best friends are formed by time.

Everyone is someone's friend, even when they think they are all alone.

If the friendship is not working, your heart will know. It's when you start being less than perfectly honest and perfectly earnest in your dealings. And it's when the things you do together no longer feel right.

However, sometimes it takes more effort to make it work after all.
Stick around long enough to become someone's best friend.” 

Dipaksa dan terpaksa

Huh ! benci betol aku kalo dah kena paksa-paksa buat sesuatu yang aku memang tak suka , hok alohhh benciiiiii ... isk isk terpaksa la bohong sunat bulan puasa nie . okeh, diulang sekali lagi , BOHONG SUNAT.  la la la~ sodih mak giniiii. tak pasal-pasal kurang pahala . 

Kalo korang? ada benda yang aku boleh terima, yang boleh aku positifkan dan terima seadanya , tapiiiiiiiii ada certain part yang memang aku tak boleh terima langsung. Mungkin , mungkin sahaja boleh diterima suatu hari boleh jugak laa, tapi kena amik masaa yang lamaaaa~lagi sekali, lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. stop!


Ada sebab kenapa aku hanya suka dia

Asyik-asyik dia, hoitt mari kejap, panggil sekejap dia...hok alohhh dia sahaja ! menyampah ... ada aku kesah ? kesah la ko sorang ... hihi 

kenapa dia ? sebenarnya sungguh aku mahu berterus-terang, ENTAHLAH KENAPA DIA .  


Masalahnya , isk takde masalah sebenarnya , memang dia je yang aku pandang . Aku pun tak tau, macam mana nak pandang orang lain selain dia , hebat sangatkah dia ? tidak , cuma kekadang tu pilihan aku nie pelik sikit  . asal aku suka , aku balun jer... dan akhirnya, HANYA DIA . 

iskk tak adil inn , ada jugaklah aku terfikir ! tak baik begitu , TAPI ok ada tapiiii ... i just can't pretend to ignore that person or making a fake smiling for the rest of them . i still searching the same one . 

Apabila kita memilih sesuatu , rasanya kita jarang untuk memikirkan pandangan yang lain , entah kenapa , mungkin kerana kesukaan kita terhadap pilihan itu . Bukankah apabila manusia dibuai perasaan, terasa seperti kaki tidak berpijak di bumi yang nyata . Seakan-akan esoknya tiada dan seperti bulan dan bintang akan bersatu . 

p/s : sedarilah kita bahawa perasaan suka ini kadang-kadang perlu untik dikawal .ingatan untuk diri sendiri.







Bila terawih tadi, teringat pula zaman dulu

Terawih , ya satu nikmat yang perlu direbut oleh setiap dari kita di bulan Ramadhan ini . Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk tahun ini . Bila duduk solat berjemaah begini, teringat pula zaman aku duduk asrama dulu . Terasa nikmat itu terasa semula ... dan aku merindui untuk duduk solat beramai-ramai, kemudian berzikir bersama dan doa bersama di akhir waktu solat. Indahnya kenangan duluuuuu...

Setelah habis sekolah dan keluar asrama, terlalu jarang solat itu didirikan secara berjemaah, jauh sekali berzikir beramai-ramai. hermmm~mungkin kerana terlalu bebasnya kaki melangkah, sehingga melupakan kebiasaan itu. 

Syukur untuk peluang ini, ya aku patut bersyukur...

Tidakkah mereka menerima perbezaan ini?

Salam isnin yang indah ( Ramadhan ketiga ) hehe sempat lagi update sebelum masuk kelas ... ada 20minit lagi, so sempatlah rasanya mencoret sepatah dua kata yang tidak terucap uishhh.

Tadi sempat menjenguk satu entry, tulis tentang pilihan ... topik yang bagus juga di pagi hari ini. Memikirkan ada yang tidak boleh menerima perbezaan diri , bukan mudah rasanya untuk kita menerima tapi bukankah semua itu sesuatu yang normal . Perbezaan yang wujud bukan bermaksud kita tidak sehaluan selamanya, tidak bermaksud kita tidak boleh duduk bersembang atau menjadi sahabat baik , atau memang tak boleh ??? 

Kemudiannya semua berbalik pada pilihan masing-masing, dan itu mungkin pilihan mereka , yang perlu untuk dihormati WALAU terasa tidak adil diperlakukan sebegitu . 

Rasanya suara untuk pilihan perlu untuk dinyatakan, bukan untuk menidakkan pilihan mereka, bukan untuk menyatakan betapa pandainya kita atau juga kita ini bagus ! bukan begitu...menghelah nafas untuk segalanya...kenapakah...

Mungkin mereka memang begitu , atau itu memang pilihan mereka . Baiklah, saya yang menurut perintah . Dan juga kerana mahunya untuk memahami setiap kita punya perbezaan dan akan memilih jalan yang juga berbeza . Hanya mahu positif di usia tua...tua ke aku? 




mengigau di tengah hari .

Cuci piring ... terbayang ... cuci muka , terbayang ... duduk tengok lappy , terbayang-bayang . Tampar muka ! perlahan jer . ishh kenapa begitu ? tak baik . mengigau ke ? bukan , cuma terbayang-bayang ! kes jenayah sudah ... mari jumpa doktor. 

"ternyata kasih manusia sesama manusia itu sekuat mana pun pasti akan hilang bersama dengan detiknya waktu jika tidak disemai bersama . ikhlaskah kita mahu menyayangi yang lain setelah kehilangan yang dulu? ... oh mak jangan jiwang ! opss ..."

Puasa pertama 2012

Alhamdulillah...jam awal puasa pertama dilalui dengan tenang hehe...terbangun dek sms kawab " woii bangun sahurrrr" , dan hidung terhidu bau masakan membe housemate " syukur , ada orang masak " ... aku bila lagi nak masak ?? nanti laa... ahaha ! pasti ada ...

Puasa ini, diharapkan yang terbaik dari tahun-tahun lalu ... harap terawihnya juga sempurna , terasa terlalu banyak warna hitam pada sang hati . hermmm . siapa yang tidak mahu diampunkan segala dosa ? siapa yang mahu diseksa sedangkan ruang untuk menghapuskan segala kesilapan itu dibuka seluas-luasnya ?
 
Moga kita semua diberi keberkatan Ramadhan , aminnn ~

kenapa ?

malam, saya mahu menulis sesuatu tentang hari ini , tentang cerita kami . mungkin biasa sahaja, mungkin cerita kedai kopi sahaja. saya juga merasakan hanya mahu menulis . ya hanya sekadar menulis , kerana benak hati mengatakan bahawa kenapa ? mengapa ? 

kenapa cerita kami menjadi hangat ? kenapa perkara biasa itu bila terjadinya pada kami , semuanya kelihatan luar biasa , seakan-akan tiada langkah yang kami atur itu betul . mahu ke kanan salah, kemudian beralih arah ke kiri juga nyata salah , mahu ke mana lagi ? untuk maju juga ke depan juga serba tidak kena . adakah kami perlu untuk berundur ???

adakah kerana ketidaksempurnaan diri, kami dinilai sebegitu ? adakah kerana perbezaan cara hidup kami harus diletakan serendah itu ? ermmm...mungkin hanya ujian dunia , jangan terlalu cepat melatah inn . cuba untuk menenangkan diri sendiri . 

Mungkin kami juga harus berterima kasih atas keprihatinan mereka untuk segala apa yang telah kami lakukan, atau apa yang akan dan bakal kami lakukan . Mungkin pandangan juga mereka juga diberi perhatian , kerana mudanya usia kami untuk menidakan segala yang telah dinilai dan diperkatakan. 

Tolong aku !

haishh...okey kali ini memang aku nebes sangat , tersangatlah tidak keruan , dan keterlaluan tidak tenang . ya Tuhan tolonglah tenangkan hati hamba . terasa macam mau berperang ! huh over emosi sungguh iskkkk. tak suka begini tak suka tak suka (sambil tarik-tarik rambut gatal) bahahahaha !!! 


kawan cakap gud luck inn ! ok all is well ... oh la la hati aku layuuuuuuuuu.

you're sooooo


what on my mind ? W I N K ! oh Gosh . . . you're so , buat sakit kepala hilang kemudian , speechless . haha ... Buku baru ! Terima kasih , cerita dalam buku baru ini membuatkan kita untuk melupai cerita lama ... 


Lama-lama terasa pula seperti kejam , ermmm tapi bumi itu bulat kan ...



BRAVE ! am i ?

  
Siuk ! sangat menghiburkan ! ada nilai murni serta teladan untuk kita semua.. dan yaa , berbaloi untuk ditonton !
Untuk yang belum menonton, bolehlah meluangkan masa menonton jika berpeluang , hehe gerenti puas hati. 

p/s : sekali sekala layan animasi nie seronok siottt....
 


Kebahagian yang berbeza

Klise sungguh kenyataan itu. Tahniah atas kebahagiaan anda , dan selayaknya anda berhak untuk memberikan jalan kepada orang seperti aku untuk turut merasa bahagia . Terima kasih . Ya , kita sudah berbeza. Tapi , pernahkah anda terfikir bahawa kebahagian kita itu tampak berbeza ? Bukankah kita juga punya pandangan berbeza tentang kehidupan ? hermm , mungkin tercalit sedikit rasa 'mahu sedih'. tapi tiapa la .

Aku akan cari jalan sendiri , mencari sendiri bagaimana mahu mengisi kekosongan seperti yang anda fikirkan. Aku tak tahulah, kenapa nak sensitif , aww tak kuasa nak melayang jiwaaa ... muahahaha . sebenarnya , ada buku baru yang mahu di buka !

kucing makan handset ker ?

Persoalan , adakah di dunia ini kucing yang makan handset ? ada atau tiada ? ok jawabbb ... hahaha ... disebabkan telefon tidak terangkat , kawan suh handset aku tu bagi ja kucing makan , ish ish ada kah patut ! wakakaka ... 

 

tak sanggup rasanya mahu bagi makan kucing secomel ini makan handset aku yang buruk tu , bahaha!

Pesanan buat Uzma.

Baca elok-elok . Ini memang pesanan khas untuk cik Uzma , jangan pura-pura tak tahu atau pura-pura lupa nama awak tu UZMA . 

Pesanan berbunyi ... Kalo rasanya diri tu dah ditolak ke tepi , janganlah nak memalukan diri sendiri terhegeh-hegeh merayu-rayu kerana CINTA . 

Awak tu baik sangat ker nak berleter panjang tentang hidup orang ? sempurna sangatkah awak sampai sanggup cuba merendahkan diri orang lain, adik sendiri lagi , huh...panas betol aku dengan perangai ko tau.

Akhir ( sebenarnya banyak lagi, tapi aku malas nak sakit hati sendiri dengan ko ) , yang ko sibuk-sibuk hal orang buat apa ? cuba ko memahami , jangan nak jadi batu api . Kalo betulah si Ammar tu tak jadi ngan si Nadirah , ko ingat si Ammar tu nak ko ker ?? kirim salammm...

ops...terover emosi ... hahaha ... esok masih ada ! jagaaa...

Penat mak !

Ok penat-penat pun sempat lagi update blog nie , maknaya tak penat sangat la haha...okey sebenarnya memang aku penat gilerrrr ! Alhamdulillah habis juga akhirnya sukan sekolah kami . Takpe la rumah sukan aku tak menang, sekurang-kurangnya kami memang 4x100m dan 4x400m ( lelaki ) muahahaha puas hati !!! Extra suka bila team perbarisan kami menang , syukurr laa...almaklumlah takde atlet , tapi budak-budak aku semuanya penuh dengan semangat sukan , sentiasa mahu walaupun tahu lawan bukan calang-calang...hehe ... kita cuba tahun depan lagi yee...Majulah sukan untuk kesihatan ... 



Tak sabar rasanya nak tengok Olimpik games ... yeyeye

Bila tiada keikhlasan...

Salam sabtu , cuti di hujung minggu terasa tiada indahnya , mengenangkan isnin ini terpaksa menjalankan satu tugas yang sukar dan sedikit rasa kurang yakin kerana cabaranya , ya Allah tabahkan hati hambu-Mu ini , kuatkan semangat aku nanti ... berat nie ! huhu.

Tiba-tiba muncul sesuatu di hati , ikhlaskah aku menjalankan tugas itu ? bukankah ini sudah menjadi tugas? bukankah sudah tertulis perbuatan yang tidak ikhlas jelas kelihatan apabila mulut sering kali mengeluh...ini tidak sepatutnya terjadi !!! ... bukakan hati aku untuk merelakan bahu memikul segala tugas itu nanti .

Berbicara soal ikhlas, kita sering percaya bahawa diri sentiasa akan menjadi insan yang baik kerana seperti memuji diri ' saya ikhlas tolong kamu' . Hakikatnya , semuanya tidak akan mampu diketahui sejauh mana ikhlasnya ungkapan di mulut manusia . Kerana hati itu tidak kelihatan warnanya. Terima kasih pada siapa sahaja yang pernah membantu aku di saat susah dan senangnya hidup. Kepada yang pernah aku hulurkan sedikit bantuan, tiada niat untuk meminta balasan mahupun ingatan walau sebesar zarah untuk dingati.

Kerana begitu faham resamnya dunia, saat susah pasti akan datang mencari , dan saat senangya akan melupai. Oh dunia ...

Miss Octopus .


Bila mana gadis yang lanjut usia enggan kahwin dan bila mana gadis terlalu muda pula mahu kahwin . hehe seronok juga drama nie ... santai untuk hiburan di hujung minggu . pssttt jangan terlalu suka mengkritik drama melayu , tiada mesej la , terlalu ringan seperti industri seni kita kekeringan idea la , bla bla ... kalo tak suka jangan tengok , tapi kalo suka tengok , cepat-cepat tekan TV3 . :))


p/s : bosan dengan orang yang trip pandai tentang semua perkara ! la la la

dia perlu dilepaskan (eps.akhiir)

episod (1) & (2)

Akhirnya ! Tarik nafas dalammmm , kau bukan lagi milik aku . Bagaimana aku sanggup melepaskan kau yang begitu bermakna dalam hidup ini ? uwaaa ... waaaaa .. 


Belajar untuk melalui hari-hari tanpa dia , belajar berpuas hati untuk yang telah ada , belajar untuk berterima kasih atas segalanya . uhh nekad yang hampir membuatkan aku mahu bersedih seketika ! maafkan aku kerana melepaskan kau ... huhu 





Tiada masalah sudahhh...

Saya suka hari ini . Hari ini saya suka . Kenapa ? Ok korang tak boleh tahu wakakaka . Sengal sungguh anda inn !!! hahahahahaha . erkkkhh tercekik mak! 


Sukar mahu mentafsirkan segalanya . semua yang bermain-main di fikiran , seperti tiada dalam kamus ... Terlalu banyak pilihan yang membuatkan kita kadang-kadang terkeliru dengan pilihan sendiri , mungkinkah kerana pilihan dibuat itu mengikut turun dan naiknya perasaan ? ermm , mak pun tak tahu..la la la .


Tapi apa pun, saya suka hari ini , kerana hari ini saya sudah tiada keraguan , hehe ( sambil tersenyum umpama kambing dapat garam ? ) ahaha