terkadang terkenang juga





Dalam pantasnya masa berlalu, banyak hal juga turut berlalu...mungkin kerana lajunya masa atau kerana sememangnya kita yang pantas melupai...melihat jari yang lima, tahu diri masih berada di alam sedar, ya mungkin kesilapan dan kelemahan sendiri...ya mungkin. Memakukan diri untuk tidak mahu menoleh ke belakang, langkah diatur seperti biasa. Lagak seperti tiada yang menganggu, yang hakikatnya tidak seperti kelihatan. 


Ya...kadang kala, menyesal kerana melupai...mengeluh?selalunya berhasil untuk seketika. Pena ini hanya harapan palsu kepada kenyataan klise diri..Kerana mulut terkunci rapat untuk menyapa kembali, kerana hati nekad untuk menutup sebarang laluan, hanya mahu mengenang. Hanya mahu merasa menyesal. Hanya mahu berkata 'Bilalah semuanya akan menjadi terang ".

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P