Mencari dia ( episod 3 )

Huhh!! he not deserve to got her!!Tapi pandangan tetap tidak dialih, masih menatap keindahan ciptaan Tuhan. Siapa aku untuk meletakan nilai seseorang? Aku layakkah ?...Bertuah ko, ahh malas aku nak sebut nama ko, lantas bangun menuju dapur kerana emosi sedikit terganggu turut mengundang bunyi meminta makanan.

"Ada cucur udang atas meja "

Hampir sahaja aku termelatah dengan sapaan mengejut Mak Jenab. Hampir sepuluh tahun berkerja sebagai pembantu rumah, dialah yang menjadi penyelamat bila aku kebulur begini...hatiku berbunga kerana cucur udang adalah makanan kegemaran aku. 

"Terima kasih Mak Jenab, Lin memang lapar selapar-laparnya sekarang, semoga Mak Jenab dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan kekal awet muda"

Aku cuba berseloroh menyembunyikan sedikit perasaan terkejut disapa tadi. 

"Emm yelah tu, awk tu lapar tengok iklan Kareena Kapoor dengan si suara ketaq tu, bukan Mak Jenab tak tau"

Ekk tak boleh tipulah orang tua nie...dan aku hanya tersenyum.

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P