Jika itu dugaanya

Paling tidak aku tahu kelemahan diri. (ouh kata-kata untuk memujuk hati ). Kenapa begini?kenapa tidak seperti mereka ? Melihat diri pada cermin, cukup sempurna anugerah Tuhan, hanya yang tersirat itu tidak mampu ditafsir dengan akal waras. 

Jika itu ujiannya, jika itu dugaannya untuk hamba ini, sepatutnya kita telah redha segalanya. Persoalnya hanya muncu bila kita menyedari semuanya hanya ujian, dan kita mula untuk mengalah. Mahu mengikut kata hati, yang dikatakan 'ikut hati mati'....Tidak sanggup rasanya. 


Cukup yakin, suatu hari nanti akan datang lagi ujian seperti dulu...dan seperti hari ini, terasa diri begitu bodoh. Mengapa? ya hamba ini lemah. Sekian kalinya, terasa diri seakan-akan bodoh menghadapi situasi itu. Kenapa aku diuji dengan ini? Persoalan yang membawa diri kepada seorang hamba yang tidak mengerti ketentuan Tuhan, aku mula mahu menerima hakikat. Ya inilah bahagian dunia untuk aku.

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P