cerita kawan lama

suatu petang yang ditemani hujan lebat, tiga kawan duduk di gerai makan untuk menikmati cuti seadanya. 

kawan 1 " ayam tu bagi 6 ketul ya "

kawan 2 " uik ada korang nampak tak fb *$@..."

kawan 3 " ada..fuh gila &*#~...."

kawan 2 " tidak sangka oo dia begitu kan, mungkin pangaruh kawan-kawan juga kot "

kawan 1 " yelah, dulu time kita skola, bukan dia pendiam ka tu? tidak sangka pula sekarang nie sangat 'hebat'  sampai begitu sekali "  

kawan 2 " tapi kita bukan kenal dia sangat, dulu dia kan budak luar (istilah budak asrama kepada pelajar yang duduk rumah ) "

kawan 3 " a'ah kan, kita mana tau, di luar mungkin dia suka keluar ka apa ka...tapi ada satu gambar dia, ouh nampak tut macam.."

cerita kawan lama  ini seperti satu sesi mengumpat juga hehe, cumanya bila dah berkumpul kawan sekepala nie seakan-akan hanya satu cerita di angin lalu ( alasannnn )...Sungguh manusia ini akan berubah mengikut masa, bezanya berubah ke arah kebaikan atau jauh dari kebaikan. Cerita kawan lama nie cukup menghambat diri sendiri, kerana sekaligus mahu melihat diri sendiri pula, ekk aku berubah tak ? Kalo berubah fizikal surely la, kalo ko tak fizikal ko tak berubah ertinya pertumbuhan ko terbantut hahaha siot jer aku. Sukar rasanya mahu terus menutup mata dan menutup mulut dari memperkatakan segalanya, semoga suatu hari nanti ada sinar untuk cerita kawan lama. 
p/s : kenakalan dalam hidup dunia ini pasti ada, cumanya sejauh mana kita pergi pasti kita perlu menetapkan sempadan. Agar suatu hari nanti, kita tahu jalan kembali dan perjalanan kembali itu tidak akan sukar. Sekian terima kasih.


4 comments:

  1. haha tersedak sia baca.kahkahkah yaaa... itu sesi mengumpat yg sikit2 bikin kesedaran di jiwa bah itu.kahkahkah dats important kita memilih satu jalan antara dua. kebaikan @ kejahatan...

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita tersasar dari jalan kebaikan kerana kelemahan diri, kerana itulah kita perlu ada kawan yang stabil emosi dan rohani..hehe

    ReplyDelete

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P