malas nak cakap laa

ahh jangan tanya aku banyak kali soalan yang sama, kang ada juga aku sepak jatuh beguling-guling langgar tiang letrik, ka nak aku lempang pusing 10 x 100 = ko rasa sendiri... nak ? nak ? 

" Bila ekk ko nak besar inn ?

Tunggulah bulan tu tebelah sepulohh...pastu ko tunggu tu matahari rasa sejuk...ah waktu tulah aku akan gemuk kalah-kalah syahnie, kalo tak puas hati ko cakap jer sapa, akan aku kalahkan sapa jer yang ko rasa paling besor kat dunia nie... ha ha ha 


semua boleh berjaya...kalo




Pelajaran penting untuk kita berjaya dalam hidup, dan ilmu itu datang dengan banyak cara. Mereka boleh berjaya tanpa pelajaran ? Itu rezeki mereka kerana mereka ada BAKAT ! ko ada ker ?

Kalau kita takde, usaha kita untuk berjaya tamatkan pelajaran setinggi mungkin. Jangan diukur nasib kita dengan mereka, tak sama dik oii...

!sebenarnya aku minat minah dua orang nie..ha ha ha...suara pun sedap, cantik pun cantik...rezeki masing-masing inn. ok ok...

makin cantik pula adira nie, isk isk isk...rambut panjang pun ok, rambut pendek gitu punnn, kenapa aku tak ?? siot jer ko inn..la la la

Hahh marah nie!


Orang atas taip macam nie...

"Benci betul aku dengan orang yang mengingatkan aku cerita dulu, kisah hidup yang jelas menyatakan bahawa bodohnya aku dulu!...Bila ingat, sangat memalukan. kenapalah ko tak paham-paham, aku tak suka ko, tak kan aku nak cakap...
 
 "ehh ehh aku dah tak nak kawan ngan ko, tak yah nak manis mulut tegur aku laa

" rasa tak sampai hati pula aku nak ucapkan kata-kata manis tu kat ko, so paham-pahamlah bila aku jawab 1 bila ko tanya aku dengan ayat 10 perenggan. Huhh" 





Congratilations to JB ..ouh baru aku tahu

Tak taulah aku, tang mana sopannya JB nie, tang tu kot..atau tang tang haha...korang kalo tak percaya, boleh baca akhbar berita harian bertarikh 20 Dec Bahagian Dunia m/s 40.



kalo si Kate tu, aku mungkin agak percaya sedikitlah, yelah luarannya aku boleh percaya...kalo diluar pandangan mata orang, aku tak boleh cakap. tapi bolehlah nak kata dia sopan, namun JB ? uhh omaigadd janganlah sengaja korang nak buat aku ketawa akakaka

Entahlah apa sebenarnya pengertian sopan bagi mereka, betulah lain tempat lain cara pemikirannya, sungguh aku percaya!..Namun aku masih terasa geli hati bila membaca berita tersebut,hinggakan terus tergelak kecik ( nasib tak besor, kalo tak uhh malulah aku hahaha ). seakan-akan hati aku ini digeletek..awww...

Kot artikel itu ditulis sengaja untuk menambah ramainya haters si JB ? ahh lantaklah kan, aku bukan nak membenci, hanya sedikit cerita kedai kopi di petang ini. Maaflah kepada peminat JB sedunia! 

lari lari sat lagi kena hacked blog aku...dunnnnnn~ha ha...

suatu hari nanti bila aku jatuh hati

Pastikan diri sendiri sudah bersedia untuk berubah. 

Pastikan diri sudah bersedia untuk kehilangan suatu yang telah menjadi kebiasaan. 

Pastikan tiada yang mahu memperkatakan semua ( kerana ini cuma cerita biasa, tak payah nak kecoh kat FB "Im falling in love"...hahaha)

Dan...Jangan memaksa untuk aku berubah itu ini kerana kamu, kerana hakikatnya aku tidak akan berubah untuk kalian!...


cerita kawan lama

suatu petang yang ditemani hujan lebat, tiga kawan duduk di gerai makan untuk menikmati cuti seadanya. 

kawan 1 " ayam tu bagi 6 ketul ya "

kawan 2 " uik ada korang nampak tak fb *$@..."

kawan 3 " ada..fuh gila &*#~...."

kawan 2 " tidak sangka oo dia begitu kan, mungkin pangaruh kawan-kawan juga kot "

kawan 1 " yelah, dulu time kita skola, bukan dia pendiam ka tu? tidak sangka pula sekarang nie sangat 'hebat'  sampai begitu sekali "  

kawan 2 " tapi kita bukan kenal dia sangat, dulu dia kan budak luar (istilah budak asrama kepada pelajar yang duduk rumah ) "

kawan 3 " a'ah kan, kita mana tau, di luar mungkin dia suka keluar ka apa ka...tapi ada satu gambar dia, ouh nampak tut macam.."

cerita kawan lama  ini seperti satu sesi mengumpat juga hehe, cumanya bila dah berkumpul kawan sekepala nie seakan-akan hanya satu cerita di angin lalu ( alasannnn )...Sungguh manusia ini akan berubah mengikut masa, bezanya berubah ke arah kebaikan atau jauh dari kebaikan. Cerita kawan lama nie cukup menghambat diri sendiri, kerana sekaligus mahu melihat diri sendiri pula, ekk aku berubah tak ? Kalo berubah fizikal surely la, kalo ko tak fizikal ko tak berubah ertinya pertumbuhan ko terbantut hahaha siot jer aku. Sukar rasanya mahu terus menutup mata dan menutup mulut dari memperkatakan segalanya, semoga suatu hari nanti ada sinar untuk cerita kawan lama. 
p/s : kenakalan dalam hidup dunia ini pasti ada, cumanya sejauh mana kita pergi pasti kita perlu menetapkan sempadan. Agar suatu hari nanti, kita tahu jalan kembali dan perjalanan kembali itu tidak akan sukar. Sekian terima kasih.


ops! jangan bagitau orang lain..haha

 " Feel the hearbeat  ?" 

" It's because of you "

Skrip ini sungguh jiwang, dan harus diri ini dimaafkan kerana ini hanya copy paste dari satu tv series yang aku tengok kat youtube. Apa?opss maaf, tak bole cakap la, takut meninggalkan prasangka wakakakaka (aku yang sedang mengarut tahap cipan ). Betol! kalo aku cakap, gerenti korang guling-guling kat lantai, mungkin ada juga yang hantuk kepala kat dinding, ouh aku tak sanggup tengok, kasihan korang.haha! 



" Ya ! Ko memang hati batu " 


erkkk aku mula menilai diri, betol ker aku berhati batu ? kalo dia seorang cakap, aku bole cakap jauh dalam mantel bumi ja kata-kata itu, tapi kalo dia orang yang kedua atau yang ketiga ? Omaigaddd~betol ka aku berhati batu ?.

Jika itu dugaanya

Paling tidak aku tahu kelemahan diri. (ouh kata-kata untuk memujuk hati ). Kenapa begini?kenapa tidak seperti mereka ? Melihat diri pada cermin, cukup sempurna anugerah Tuhan, hanya yang tersirat itu tidak mampu ditafsir dengan akal waras. 

Jika itu ujiannya, jika itu dugaannya untuk hamba ini, sepatutnya kita telah redha segalanya. Persoalnya hanya muncu bila kita menyedari semuanya hanya ujian, dan kita mula untuk mengalah. Mahu mengikut kata hati, yang dikatakan 'ikut hati mati'....Tidak sanggup rasanya. 


Cukup yakin, suatu hari nanti akan datang lagi ujian seperti dulu...dan seperti hari ini, terasa diri begitu bodoh. Mengapa? ya hamba ini lemah. Sekian kalinya, terasa diri seakan-akan bodoh menghadapi situasi itu. Kenapa aku diuji dengan ini? Persoalan yang membawa diri kepada seorang hamba yang tidak mengerti ketentuan Tuhan, aku mula mahu menerima hakikat. Ya inilah bahagian dunia untuk aku.

terus mencuba dan mencuba, apa salahnya kan kan

Ya! Azam baru nak dekat Tahun Baru 2012 ini adalah, untuk terus mencuba dan terus mencuba dan berusaha untuk tidak berputus-asa. Okaii! Ha ha jangan hangat-hangat tahi ayam inn erkkk...garu kepala yang tidak gatal. Selalu sangat semangat di awalnya, tapi akhirnya hampeh! So tak kan  tak pandai nak belajar kan kan, huhu saya cuba untuk bersemangat sepanjang tahun 2012. yakin lah inn...

ya saya memang bodoh!

Terima kasih kerana mengingatkan bahawa saya memang agak bodoh...ya itulah kelemahan diri ini, bila di sana memang saya akan boleh menjadi bodoh dengan sendirinya. Akan saya baiki diri ini untuk menjadi sedikit pintar di sana. sekali lagi saya mahu meminta maaf. 

Sekian Terima Kasih

yang satu itu saya mahu meminta maaf

Entah kenapa sejak dua menjak nie mata aku susah nak lelap, malam umpama siang. Banyak difikir? ya mungkin. entahlah, dan sejak dua menjak ni pula, ada yang meminta sesuatu yang sangat-sangat susah aku nak turutkan hendak hatinya. Bukan mustahil. hati memujuk tapi bagaimana mahu memujuk hati sendiri?susah, itu jerlah.so aku cuma nak nyanyi ...

~I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no
I don’t want a broken heart
And I don’t wanna play the broken-hearted girl...No...No
No broken-hearted girl
I’m no broken-hearted girl~


Dia yang terbaik, tapi kenapa ? sebab aku bukan mahu yang terbaik cuma...orait bukan mahu berjiwang, ini bukan kisah cinta laila majnun atau remeo juliet...ini bakal jadi Titanic !!Kenapalah susah sangat ekk...

i am the worst person ever !!!

Sorry you are too nice for me.


aku cuma tak mau...

...tiga titik terakhir setiap ayat adalah tanda setiap perkara yang ditulis itu belum sampai titik noktahnya yang terakhir untuk setiap cerita yang ditulis. 

Saat ini, seperti sahaja aku mahu menyanyi "Bukan ku tak sudi kasih, untuk bersamamu bercinta lagi, tapi..." Ha ha ha, aduhhh hamba betol-betol tak pasti. Okaiiii...kalo boleh hari nie pasti aku seperti mereka, cumanya aku belum pasti, sejujurnya seperti tidak mahu lagi! Korang faham tak?aishhhh tak mau la, ohmaigadd i jus't can't as you wish man.


Mencari dia ( episod 3 )

Huhh!! he not deserve to got her!!Tapi pandangan tetap tidak dialih, masih menatap keindahan ciptaan Tuhan. Siapa aku untuk meletakan nilai seseorang? Aku layakkah ?...Bertuah ko, ahh malas aku nak sebut nama ko, lantas bangun menuju dapur kerana emosi sedikit terganggu turut mengundang bunyi meminta makanan.

"Ada cucur udang atas meja "

Hampir sahaja aku termelatah dengan sapaan mengejut Mak Jenab. Hampir sepuluh tahun berkerja sebagai pembantu rumah, dialah yang menjadi penyelamat bila aku kebulur begini...hatiku berbunga kerana cucur udang adalah makanan kegemaran aku. 

"Terima kasih Mak Jenab, Lin memang lapar selapar-laparnya sekarang, semoga Mak Jenab dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan kekal awet muda"

Aku cuba berseloroh menyembunyikan sedikit perasaan terkejut disapa tadi. 

"Emm yelah tu, awk tu lapar tengok iklan Kareena Kapoor dengan si suara ketaq tu, bukan Mak Jenab tak tau"

Ekk tak boleh tipulah orang tua nie...dan aku hanya tersenyum.

Cita-cita aku dulu

Tengok polis tangkap penjahat, berombak badai jiwa aku dengan angan-angan suatu hari nanti aku nak jadi polis..wah mesti hebat.

Dengar ceta kawan-kawan jadi pramugari boleh terbang sini-sana, boleh pegi negara lain, mesti bestkan...so tukarlah cita-cita nak jadi pramugari. Haha tapi ada satu masalah yang membantutkan segala impain, weii aku tak cukup tinggi lah...aishhhh

Mempunyai tabiat suka mencoret di mana-mana buku, tiap kali berbual, benak hati mula memikirkan mahu menjadi wartawan. aahhh jadi wartawan pun boleh sana-sini, bolehhh yeyeye...jadik wartawan pun bolehlah...

Dan akhirnya...Takpe la janji perkerjaan sekarang halal...sengaja mahu mengimbau kenangan silam...

Sabes Lyric ( Reik )

Sabes
No pido nada más
Que estar entre tus brazos
Y huir del todo mal
Por estar junto a ti
Sabes
No dejo de pensar
Estoy enamorado
Te quiero confesar
Soy solo un esclavo
Que no sabe vivir sin ti
Cuando llegaste tú
Te metiste en mi sed
Encendiste la luz
Me llenaste de fe
Tanto tiempo juzgue
Pero al fin te encontré
Tan perfecta como te imagine
Como aguja en un pajar
Te busque sin cesar
Como huella en el mar
Tan difícil de hallar
Tanto tiempo juzgue
Pero al fin te encontré
Tan perfecta como te imagine
Sabes
Te quiero confesar
Que te encuentro irresistible
No dejo de pensar
Quería lo imposible
Por quedarme cerca de ti
Cuando llegaste tú
Te metiste en mi sed
Encendiste la luz
Me llenaste de fe
Tanto tiempo juzgue
Pero al fin te encontré
Tan perfecta como te imagine
No, no
Como aguja en un pajar
Te busque sin cesar
Como huella en el mar
Tan difícil de hallar
Tanto tiempo juzgue
Pero al fin te encontré
Tan perfecta como te imagine
Sabes
No pido nada más
Que estar entre tus brazo

In English ( You Know )
You know
I dont ask anything else
Just to be in your arms
and run away from all badness
to be beside u
you know
I dont stop think
I am in love
I want to confess u
I am slave
that doenst know live without u
When you arrived
U get inside my thirst
U turn on the light
U fulled me of faith
too much time I judge
But finally I found u
as perfect as I imagined u
Like leedle in a loft
I looked for u without cease
Like trace on the sea
so hard to find
too much time I judge
But finally I found u
as perfect as I imagined u
u know
I want to confess
that i find u irresistible
I dont stop think
I wanted the impossible
to stay near u
When you arrived
U get inside my thirst
U turn on the light
U fulled me of faith
too much time I judge
But finally I found u
as perfect as I imagined u
No Nooo
Like leedle in a loft
I looked for u without cease
Like trace on the sea
so hard to find
too much time I judge
But finally I found u
as perfect as I imagined u
u know
i dont ask anything else
just be in your arms 

p/s : Aku pun tak tau kenapa aku suka dengan lagu nie, tapi yang pasti lagu nie sedap jer telinga aku  dengar...:-)

tukar atau tidak ?

Bukan mata duitan, bukan juga nafsu menguasai minda dan jauh sekali mahu berlagak. Cumanya rasa hati mahu berubah, menukar arah angin, mencari sedikit kelainan dari kebiasaan...so mahu ditukar atau tidak ? Sepertinya benda itu seronok untuk dirasai kelainannya...hurmmm boleh agaknya...tersenyum lebar untuk misi seterusnya, aku  ingin sekaliiiiiiiii lagi mengarut..wakakaka..(maaflah entry ini mungkin tidak difahami kerana memang seadanya ditulis untuk tidak difahami ngeeehh)HA HA HA

Lirik Anak Kampung (versi sumandak)

Gambar hiasan
 
Memang aku ini anak orang kaya 
Tapi kaya ku pun semua duit si bapa 
Harapkan duitku memang tidak ada 
Sama saja kita  

Belajar tinggi-tinggi naik kapal terbang
Tiada apa bezanya aku pun orang Sabah
Balik kampung nanti 
Makan nasi juga moginuman segala 

Tiada keretamu nda apa-apa bah
Bapaku ada jet terbang sini sana
Siap boleh landing-landing atas sana  gunung Kinabalu

Jangan kau trip baik malu-malu kunun
ku mau hati mu bukan harta semata
Asalkan hati baik perangai pun cantik 
Kira OK sudah 

Memang aku ini cantik lagi menawan 
Kalo kau nda mau melepaslah kau kawan 
Bagus kau bersiap
datang kau ke rumah terus masuk meminang

p/s : 100 % bahasa sabah, kalo nda paham, tanya saja...haha :))













Wordless Wednesday #12


~Setelah sekian lama~

Teka Teki Teku (1)


1. Banyak-banyak sakit, sakit apa paling sakit ? 

2. 3 beradik main kejar-kejar, tapi sampai skang tak dapat tangkap. 

3. Korang ngan cicak mana lagi kuat ? 

4. Kalau kapal layar pegi ke Selatan, asap dia pegi ke mana? 

5. Kecik, hitam , berpeluh. 

6. Kenapa batu tenggelam. 

7. Pi apa yang kita takleh nampak ?


.........Jawablah kalo berani...hihi.........

terkadang terkenang juga





Dalam pantasnya masa berlalu, banyak hal juga turut berlalu...mungkin kerana lajunya masa atau kerana sememangnya kita yang pantas melupai...melihat jari yang lima, tahu diri masih berada di alam sedar, ya mungkin kesilapan dan kelemahan sendiri...ya mungkin. Memakukan diri untuk tidak mahu menoleh ke belakang, langkah diatur seperti biasa. Lagak seperti tiada yang menganggu, yang hakikatnya tidak seperti kelihatan. 


Ya...kadang kala, menyesal kerana melupai...mengeluh?selalunya berhasil untuk seketika. Pena ini hanya harapan palsu kepada kenyataan klise diri..Kerana mulut terkunci rapat untuk menyapa kembali, kerana hati nekad untuk menutup sebarang laluan, hanya mahu mengenang. Hanya mahu merasa menyesal. Hanya mahu berkata 'Bilalah semuanya akan menjadi terang ".

Jawab jer..

Korang mesti pernah ditanya soalan yang pelik-pelik kan? ha..ni cara nak jawap kalau ditanya macam ni..
1)Bile orang nampak kau baring tutup mate:
S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.

2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan. 

3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo 

4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!! 

5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je. 

6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok.. 

7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi! 

8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( Suare Manja ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!! Grrr 

p/s: copy kat sini , saje share, hiburan hati...hihi 


OR...Terbaekkk!

Yes!Penghujung tahun yang bagus untuk mata aku...terbaik setelah lama bertapa di ruang kerja yang menyesakan otak, keluar seketika dan berjaya!Terima kasih En.Hans untuk review OR yang sangat bagus dan membuatkan semakin nekad ke panggung (klik sini review OR by Hans)hoho...

Nak ulas panjang-panjang pun malas, sebab ramai dah ulas, kalo nak baca jugak klik link di atas, gerenti korang angguk2 geleng2 nak tengok dua kali hahaha...

Saya sangat berpuas hati dengan dengan lakonan setiap pelakon, Aaron Aziz dengan linangan airmata, huhh mampu membuatkan aku sebak sama, Maya Karin dengan mainan emosi, Lisa walaupun ramai mengatakan lakonanya yang over but its really her...Terima kasih.


~Babak paling menyentuh hati, ketika Izzah meletakkan kepala di dada Haris yang tertidur, kemudian OST ini mengiringi mainan jiwa...how touching~~Terbaekkk..muahaha

segmen sengal..klik jer

Ok...frankly speaking la entry nie dibuat untuk menambahkan follower blog aku..hahaha...saja la, mesti ramai kata

-ko nak buat apa follower ramai2??Ko nak glamer ek??ker ko nak cari bakal suami??...
-Aku nak jawab, ikhlas. -Aku tengok ramai follower nie best apa, bole kongsi macam2 ceta-so alasan lain takde.

so sapa rasa nak follow, follow jer, will follow you back, kalo taknak follow aku suh korang pikir 2 kali lagi 3 kali lagi hikhik, kiddin...