Tahniah..tahniah!

Salama rabu yang indah (sebab aku cuti)muahahaha...sepatutnya (sepatutnyalah hari rabu aku nak buat entry wordless wednesday tapi aku still takde idea so postpone jap,nantiii kot hehe)...Nak cerita sikit la pasal Sea Games yang sudah tamat kemarin..haha awat aku lambat nie, bukan apa  selama sukan tu takde mood nak ceta kat blog sebab syok sangat tengok, dan bila dah habis baru fokus buat ceta dalam blog usang aku nie.biar lambat asal ada!ko ada??kiddin..:))

Sukan apa yang paling korang suka tengok? kalo aku tentulah sukan akuatik, dari renang,renang berirama dan terjun. seperti biasa mereka sentiasa ulung di peringkat Asia Tenggara. so hal itu sudah menjadi kebiasaan untuk di dengar, apa aku nak tulis kali nie, pasal BOLA SEPAK!! aku mau jugaklah cetaaa...hahaha (dari sudut pandang mata aku sendiri,tidak ada kaitan dengan sesiapa termasuk mak aku,ngeee)


Semua sudah tahu siapa yang menang pingat emas bola sepak itu, kalo tak tahu aku pun tak tau nak kata apa,ko pikir sendiri...Malayasia la bahhh!korang ada tengok tak??aku??hahaha disebabkan aku nie tak kuat semangat, takut kena heart attack, aku tengok dari jauhh jer, dari bilik aku sebab membe aku tengok kat ruang tamu, suara menjerit mereka masih membuat aku mengeletar walaupun aku tengah pakai headset (sebab nebes gila nak dengar pengulas bola sepak tu pun aku rasa tak mampu)hahahaha...apa la aku ni kan, tapi alhamdulilla, mereka mampu juga menang walaupun Garuda memulakan jaringan. Semangat anak buah OKS tidak mudah luntur berdepan kesebelasan sang Garuda juga ratusana ribau peminat fanatik sang Garuda, yang pastinya mendoakan sang Harimau tumbang. mungkin doa kita (Malaysia) kali ini dimakbulkan...alhamdulillah.

Tahniah sekali lagi buat Harimau Malaya kita yang berusaha sehabis tenaga, jasa kalian sukar untuk aku katakan, membawa bola sepak kita untuk maju setapak lagi setelah melalui satu tempoh yang kelam. Benarlah, bangsa yang mahu berubah adalah bangsa yang mahu berusaha sendiri dan berubah sendiri. Tahniah sekali lagi (emoo nie nak nangis huhuuu)

Macam semangat pulak aku kan, tentulah kan..sebelum mengakhiri topik ini, rasanya ada persoalan yang belum terungkai di benak aku nie, kenapa ek orang Indonesia tu benci sangat kat kita??aku heran, orang pun semangat gak sokong tapi taklah sefanatik mereka, yang seakan-akan mahu mencederakan atlet kita. rasanya cukuplah serangan psikologi, jangan membabitkan fizikal...Tunjukan semangat kesukanan yang betul!tak puas hati betol aku, nak marah pun susah...kesimpulanya susah nak cakap!kalo lah semua seperti mereka, tak kemana Sea Games kita nie, surely lah orang luar akan pandang enteng taraf sukan kita..pikir-pikriah saudaraku sekalian. Mungkin tidak semua begitu agresif, tetapi apabila kebanyakan itu lebih menonjol, memang sukar menafikan!

Apapun kita tetap...

 

Biar apa pun mereka kata


SEKIAN TERIMA KASIH.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.



No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P