Dugaan itu ujian untuk kita.sabarlah~

Sesaat terasa diri terlalu lemah menghadapi satu persatu jalan berliku dan berduri, memikirkan tidak punya kekuatan untuk menghadapi semuanya. Terkadang mahu menyesali semuanya, mengapa keadaan tidak semudah yang lain, mengapa mahu menyusahkan diri yang sedia susah ini ? kenapakah begini sedangkan diri tidak pernah menyusahkan yang lain, tetapi mereka?ataukah segala kesusahan ini kerana kelemahan diri sendiri  ?...Tiada jawapan.


Menyedari pencarian jawapan pada setiap persoalan akan lebih menyukarkan segalanya, akan mengusutkan fikiran yang telah sedia bercelaru, tidakkah difahami bahawa segalanya hanya dugaan hidup yang hadir sebagai ujian untuk menguji manusia ini?adakah mereka tahu hamba itu perlu diuji ? Agar mereka menyedari tingginya langit untuk terus gah mendongak tanpa melihat tanah yang dipijak.

Siapa yang tidak pernah lalai dan terus menerus melupai hakikat tersebut ? bertuah kepada mereka yang telah dibuka hati untuk menyedari dan menerima hakikat hidup sebagai hamba, dan doa untuk mereka yang masih kelam pandangan hatinya untuk dibukakan semula sirna hidup. Tiada siapa sempurna, kenyataan tipikal yang digunakan setiap kali manusia melakukan kesilapan namun sampai bila relevannya kenyataan itu bila usia mahu menjengah ke senja?kita fikirkan.


Beban ujian kadangkala beratnya umpama bumi dan isinya, mengharap anda yang mahu membantu meringkan sedikit darinya, namun ada apa dengan harapan itu ? Bukankah ke akhirnya kita juga akan sendiri menghadap Dia, bukankah juga itu ertinya jangan terlau mengharap orang lain untuk kesenangan hidup sendiri...

Bingkisan ringkas sempena Maal Hijrah~Peringatan untuk tuan punya blog.Terima Kasih ketana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P