its feel like this.OMG!

Goshhhh...felt life like turn up and down...don't know how to love and how to hurt too...OMG!!!im sooo tired ignoring you, but i feel so great not in that way again.No more playing games, ooooooo. You you you so damn bored, huh!!


Dugaan itu ujian untuk kita.sabarlah~

Sesaat terasa diri terlalu lemah menghadapi satu persatu jalan berliku dan berduri, memikirkan tidak punya kekuatan untuk menghadapi semuanya. Terkadang mahu menyesali semuanya, mengapa keadaan tidak semudah yang lain, mengapa mahu menyusahkan diri yang sedia susah ini ? kenapakah begini sedangkan diri tidak pernah menyusahkan yang lain, tetapi mereka?ataukah segala kesusahan ini kerana kelemahan diri sendiri  ?...Tiada jawapan.


Menyedari pencarian jawapan pada setiap persoalan akan lebih menyukarkan segalanya, akan mengusutkan fikiran yang telah sedia bercelaru, tidakkah difahami bahawa segalanya hanya dugaan hidup yang hadir sebagai ujian untuk menguji manusia ini?adakah mereka tahu hamba itu perlu diuji ? Agar mereka menyedari tingginya langit untuk terus gah mendongak tanpa melihat tanah yang dipijak.

Siapa yang tidak pernah lalai dan terus menerus melupai hakikat tersebut ? bertuah kepada mereka yang telah dibuka hati untuk menyedari dan menerima hakikat hidup sebagai hamba, dan doa untuk mereka yang masih kelam pandangan hatinya untuk dibukakan semula sirna hidup. Tiada siapa sempurna, kenyataan tipikal yang digunakan setiap kali manusia melakukan kesilapan namun sampai bila relevannya kenyataan itu bila usia mahu menjengah ke senja?kita fikirkan.


Beban ujian kadangkala beratnya umpama bumi dan isinya, mengharap anda yang mahu membantu meringkan sedikit darinya, namun ada apa dengan harapan itu ? Bukankah ke akhirnya kita juga akan sendiri menghadap Dia, bukankah juga itu ertinya jangan terlau mengharap orang lain untuk kesenangan hidup sendiri...

Bingkisan ringkas sempena Maal Hijrah~Peringatan untuk tuan punya blog.Terima Kasih ketana sudi membaca.

Tahniah..tahniah!

Salama rabu yang indah (sebab aku cuti)muahahaha...sepatutnya (sepatutnyalah hari rabu aku nak buat entry wordless wednesday tapi aku still takde idea so postpone jap,nantiii kot hehe)...Nak cerita sikit la pasal Sea Games yang sudah tamat kemarin..haha awat aku lambat nie, bukan apa  selama sukan tu takde mood nak ceta kat blog sebab syok sangat tengok, dan bila dah habis baru fokus buat ceta dalam blog usang aku nie.biar lambat asal ada!ko ada??kiddin..:))

Sukan apa yang paling korang suka tengok? kalo aku tentulah sukan akuatik, dari renang,renang berirama dan terjun. seperti biasa mereka sentiasa ulung di peringkat Asia Tenggara. so hal itu sudah menjadi kebiasaan untuk di dengar, apa aku nak tulis kali nie, pasal BOLA SEPAK!! aku mau jugaklah cetaaa...hahaha (dari sudut pandang mata aku sendiri,tidak ada kaitan dengan sesiapa termasuk mak aku,ngeee)


Semua sudah tahu siapa yang menang pingat emas bola sepak itu, kalo tak tahu aku pun tak tau nak kata apa,ko pikir sendiri...Malayasia la bahhh!korang ada tengok tak??aku??hahaha disebabkan aku nie tak kuat semangat, takut kena heart attack, aku tengok dari jauhh jer, dari bilik aku sebab membe aku tengok kat ruang tamu, suara menjerit mereka masih membuat aku mengeletar walaupun aku tengah pakai headset (sebab nebes gila nak dengar pengulas bola sepak tu pun aku rasa tak mampu)hahahaha...apa la aku ni kan, tapi alhamdulilla, mereka mampu juga menang walaupun Garuda memulakan jaringan. Semangat anak buah OKS tidak mudah luntur berdepan kesebelasan sang Garuda juga ratusana ribau peminat fanatik sang Garuda, yang pastinya mendoakan sang Harimau tumbang. mungkin doa kita (Malaysia) kali ini dimakbulkan...alhamdulillah.

Tahniah sekali lagi buat Harimau Malaya kita yang berusaha sehabis tenaga, jasa kalian sukar untuk aku katakan, membawa bola sepak kita untuk maju setapak lagi setelah melalui satu tempoh yang kelam. Benarlah, bangsa yang mahu berubah adalah bangsa yang mahu berusaha sendiri dan berubah sendiri. Tahniah sekali lagi (emoo nie nak nangis huhuuu)

Macam semangat pulak aku kan, tentulah kan..sebelum mengakhiri topik ini, rasanya ada persoalan yang belum terungkai di benak aku nie, kenapa ek orang Indonesia tu benci sangat kat kita??aku heran, orang pun semangat gak sokong tapi taklah sefanatik mereka, yang seakan-akan mahu mencederakan atlet kita. rasanya cukuplah serangan psikologi, jangan membabitkan fizikal...Tunjukan semangat kesukanan yang betul!tak puas hati betol aku, nak marah pun susah...kesimpulanya susah nak cakap!kalo lah semua seperti mereka, tak kemana Sea Games kita nie, surely lah orang luar akan pandang enteng taraf sukan kita..pikir-pikriah saudaraku sekalian. Mungkin tidak semua begitu agresif, tetapi apabila kebanyakan itu lebih menonjol, memang sukar menafikan!

Apapun kita tetap...

 

Biar apa pun mereka kata


SEKIAN TERIMA KASIH.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.



hilang kata-kata

tiada kata-kata untuk segalanya sekarang, ke hulu pun salah, ke hilir takut sesat, aku buntu. kenapakah semakin hari semakin sukar laluanya di depan mata ini?adakah aku silap pilihan atau cuma ini hanya kebiasaan manusia, dan hanya aku yang lemah!ngeee tak kan laa...ngaku jer la inn.huhu

bosannnn la, cuti sekolah macam tak cuti jugak!aishhh keluhan pasal keja lagi ker inn??entahlah, lari semua fokus aku tahun nie, keja macam separuh mati tapi macam gitu jer hidup aku nie, aku kot yang kurang berusaha...okey!apa-apa jelah...bosan nak melayan kebosanan yang tak putus-putus.

besok-besok aku nak isi kepala otak nie dengan makan makanan yang sedap, macam udang n ketam masak butter!ha ha korang terliur dah, aku memang kuat makan, muahahaha.Jawabnya terpaksa mencari laki yang pandai masak,ekkk??hahahaha lantak aku la,dah aku tak pandai masak...stop!segmen membuka pekung di dada.


bermula sekali lagi

assalammualaikum...anda semua sihat?saya sekarang dalam keadaan seram sejuk kerana sedang melihat bola sepak sukan sea Malaysia lawan Indonesia huahuahua...ngeee takut.kalo kita kat sini sudah seram sejuk apatah lagi mereka disana yang terpaksa berhadapan dengan ribuan penonton yang kurang memahami kesukanan...hermmm.Manusia sudah bertamadun kenapakah mereka tidak memahami??wahh berkata-kata ko ek inn, hehe saja mahu mengutarakan pendapat ikhlas hamba, jangan marah aa...

ok sebenarnya kesepian yang melanda blog tidak seberapa ini kerana sebab-sebab teknikal yang sudah pun diusahakan untuk dibaiki uisehhh (sebenarnya cik shiqa yang banyak tolong) muahahaha...terima kasih kawan, i lop u poreber mmuahhh...hikhik.

secara rasminya, mulai saat entry ini dibuat, saya akan sekali lagi berusaha untuk bergiat  aktif sebagai blogger yaaahhh semoga berjaya inn!!!Terima kasih kerana membaca...teruskan menonton perlawanan bola sepak!go Harimau Malaya!!!

yang lama itu dirindu.

Betol-betol saya rindu dia, sudah rasanya hidup tanpa dia di sisi, terasa sangat ketidaksempurnaan diri ini (uisehh)...maka dengan ini saya mengumumkan bahawa diri saya kini telah keseorangan dan sudah tentunya sunyi lagi kesepian...huuuhu. sesiapa yang berminat mahu menemankan diri ini, sila contact 999.hahahahaha...

Mak, tolong carikan saya seseorang, semua yang saya cari sendiri semua hilang, semua tidak kekal seperti kekalnya tahi lalat atas kening saya ini (sengal sungguh)...ciri-cirinya?biar mak yang tentukan, cukuplah untuk saya yang handsome, yang kaya, yang baik, yang mempunyai ciri-ciri seperti Fahrin Ahmad atau Farid Kamli muahahahaha...bweeksss...blahh la inn!who caresssss~~

_rintihan hati akibat kehilangan lappy yang rosak_sorry ^_^