'Lumayan Trip' hari pertama.

Mulakan dengan niat : Cerita ini hanya untuk dibaca, sebarang komen harap membina kerana aku hanya mahu menulis, bercerita dan menyimpan kenangan. hehe (sengallll la ko inn).

Kisah ini bermula apabila merasakan diri perlu lari sekejap dari tempat kerja, mahu mencari sedikit ketenangan dan keseronokan akibat kerja yang berpanjangan. Kemudian destinasi untuk bercuti telah di pilih (Indonesia) kerana? matawang kita yang lebih tinggi nilainya, ertinya bila pegi sana kita akan jadi kaya haahaha. Aku jutawan rupiah!bolehlah beli banyak-banyak. kemudian bercadang untuk pergi berempat (aku, flora, juma dan sharifah).Namun akhirnya aku dan flora yang 'terpergi' kerana yang dua itu punya sebab yang sangat kukuh untuk tidak menyertai misi 'gila-gila' ini..huhu.takpe laa dengan flora sorang pun boleh kot (mulanya aku kurang yakin dapat jadi kawan kepadanya kerana baru sahaja menjadi kawan).'Mula-mula' bah..hehe 

  ~26 september 2011~ 

maka dengan sedikit kebimbangan namun banyaknya lah kegembiraan kami menaiki flight  AK 6712 pada 5.10pm  menuju jakarta..perasaan??Happy kerana buat pertamanya kalinya aku keluar melihat dunia selain Malaysia..menjadi pelancong konon, iskkk haha. risau kerana tidak tahu apa yang akan kami hadapi, dan dikelilingi mereka yang tidak dikenali. Namun sebagai seorang yang sukakan cabaran, aku tetap mahu!


Pertama kali menjenguk keluar (apabila sampai di ruang udara Jakarta) mak aii banyaknya lah keta kat jalanraya ..banyak cahaya ertinya luasnya kawasan yang didiami orang. ouh macamana tuh??aku menoleh kawan sebelah..."welcome to jakarta"...flora tersenyum...haha we're going to somewhere somehow suddenly serously but surely 'seronok'...sebagai orang berpengalaman, Flora telah menempah awal hotel untuk hari pertama kerana mengetahui susahnya mencari hotel jika baru sampai, kami menginap di 'Plaza Hotel Glodok' (murah jer hotel nie..bajet aa sikit hehe).Bila bagitau pak teksi tu nak pegi sana, pakcik tu boleh plak komen hotel tu kurang baik, kami berpandangan..apa yang tak baiknya?ahh lantaklah...kami cuma nak tempat tuk tidooo zzz.

Boleh tahan jugak la hotel tu, aku malas nak komen  negatif sebab kami telah selamat untuk tido semalam di sana, nak hidup kena pandai kan kan..tempat baik pun kalo kita buat jahat tetap jadik kan..ahaks..setelah siap membersihkan diri, terasa badan sangat letih kerana perjalanan 2 jam setengah dalam flight betol-betol buat aku hilang tenaga, dan membiarkan flora mahu menonton ceta di tv, yang akhirnya tv tu pulak dia yang tengok dia isk isk...

...malamnya berlalu dengan tido yang sangat nyenyak (untuk flora) aku banyak kali terbangun, kerana kurang biasa di tempat baru..bersambung episod kedua...tunggu.


No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P