'Lumayan trip' hari ketiga


26 September 2011

Sebelum memulakan bicara aisehhh hehe rasanya aku patut mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA FLORA CHONG SUI MI (kawan aku tulah) sebab dialah yang menjadikan percutian ini satu realiti, membuatkan langkah yang diatur ketika di perantauan terasa mudah walau tidak pernah dijejaki...sentiasa punya cara menyelesaikan masalah contohnya cari kereta sewa untuk berjalan-jalan...aku tak tau nak ucapkan terima kasih sesungguhnya, aku bengong sikit hahaha...dan akhirnya keluar dari bilik mandi ,"saya sudah telefon car rental, nanti jam 12 dia datang"...aku tersenyum kambing, ini amoi kan punya la banyak akal..hati aku berbisik hihi.Kalo aku??boleh juga cari jalan tapi mungkin mengambil masa 2 3 jam lagi wakakaka.

Langkah dimulakan dengan mencari hotel baru kerana kami membuat perancangan untuk berpindah hotel setiap hari...satu perancangan untuk menjadikan percutian kami sesuatu yang menemukan dengan banyak perkara, melalui banyak hal pasti menjadikan percutian kami lebih mengujakan...cerita selepas ini, aku biarkan gambar-gambar menceritakan kisahnya...terima kasih kasih kerana membaca! :) 

(Sekitar Geulis Hotel-Check Out)




~syok sendiri amik gambar sementara flora urus check out hotel-betuah sungguh kan aku~hihi
 


~pengankutan awam~pintu takde tutup ?.selamat juga hehe~

~shopping di Mode House~memang sangat bagus membeli di sini, selain adanya tempat 'membuang duit', disediakan juga kedai makan dan ruang solat...
V














~Ini mall baru di bandung 'Trans studio Bandung' taraf 5 star...hajat datang sini mau main theme park, tapi hujan dan lambat sampai so kaunter nak main dah tutup..hermm takpa la,next time kot.?another trip...hopely.




~Puas jalan-jalan, sampai sini baru rasa kelaparan tahap gaban, tengoklah flora sampai tersandar tunggu order siap, kalo makan sini kena guna card yang ditopup khas untuk makan kat foodcourt sini, unik bukan...

Perjalanan kami berakhir di sana, dan balik ke Chihampelas hotel (kami dah check-in sebelum jalan awal pagi tadi).Seperti biasa, siap mandi pasti mata ready mau tutup secepat yang mungkin, tapi hari ini, Flora terlebih dahulu menyusun segala barang yang telah dibeli dengan banyaknya tadi (ouhh sakan sungguh), dalam satu beg...dia memang rajin, aku tolong tengok jer hahaha...barang-barang itu dibeli sebelum Mode House. Terasa banyak pula dah beli...isk isk.


No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P