'Lumayan trip' Hari kedua.


27 September 2011 ( Ahad ) 



Terbangun agak sekitar jam 10.00 pagi ertinya jam 9.00 (kerana waktu jakarta yang lewat sejam dari Malaysia), mata sukar untuk dipejam dan dilelapkan lagi. Aku membuka tv mencari siaran yang mungkin menarik mata untuk terus celik (melihat kawan sebelah masih tido)..Cadangan untuk hari ini ialah, mahu berjalan-jalan sekitar Jakarta, membeli kiriman orang...hal yang sedikit membuatkan kami agak bengang hahaha, tapi biasalah kan bukan selalu nak buat baik dengan orang...tapi sebelum ke Jakarta sarapan dululah, lapar perut...


~yang menarik perhatian~
  
~tunggu ordernya sampai~
 
 ~okey ini mee goreng kami bahagi dua, sebab aku yang makan sikit jer..hehe~tak mau membazir.
...ini kawan aku nama dia Flora Chong Sui Mi, disebabkan hanya kami berdua, aku gambar ko, ko gambar aku..hahaha...

Ke Jakarta kami menuju ke Mangga (agak-agak ejaan dia begini kot, sebutan betolah hehe)sebab nak beli kiriman orang, beli itu ini so kena beli yang itu dulu, baru tenang hidup nak jalan-jalan nanti. Agak lama juga mencari barang itu ini, tapi akhirnya semua kiriman telah kami belikan, so time untuk mencari arah ke bandung, so nak naik apa?bagaimana?bermulah pengembaraan kami yang agak mencabar...akhirnya terpaksa ke Mangga Squre untuk menaiki travel ke Bandung, untuk cepat sampai kami menaiki 'roto' (macam auto di india) dengan tambang 10 ribu rupiah...itulah kali pertama aku naik dan satu pengalaman yang membuatkan aku bersyukur sangat tinggal Malaysia haha..akhirnya selamat sampai walau terpaksa melalui sesaknya jalanraya,OMG!

 ~'roto'jakarta~just imagine ngeee~


~Mencari Cipaganti Travel untuk ke Bandung~


setelah menjadi waiting list untuk ke bandung, kami akhirnya berjaya menaiki travel kira-kira jam 3 lebih menuju ke bandung. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam lebih itu agak meletihkan, so kerja tetap kami tido, bangun tengok sekeliling, tido balik hahaha...akhirnya sampai juga dan Flora telah membuat keputusan untuk stay 'Geulis hotel' tempat kami bermalam. Aku ikut jer, janji ada tempat tidur aku takde masalah sebenarnya..hehe janji enjoy this vacation. 

Malamnya selepas makan, kami membeli belah sekitarnya , best stay sana sebab banyak outlet so habis kami round sampai kedai tutup. so agak lumayan pendapatan malam itu, ada kot juta rupiah habis, si kawan lah paling membeli, setiap kedai kami masuk, ada jer yang dia beli hahaha.Bila lagi nak beli kan,inilah masanya hehe.Malam berakhir kami singgah sekejap untuk minum dan makan satay (tak habis bawa balik hotel, tidak juga makan)lepas mandi seperti biasa mata aku berat bertan-tan,akhirnya terlelap dengan lenanya kerana terlalu penat perjalanan hari ini...hari kedua berakhir we're still alive.alhamdullah.








3 comments:

  1. Bestkan melancong... Upload lah pic bebanyak...

    ReplyDelete
  2. best giler!mcm mau sambung cuti2 ahaks...orait,nex update byk gmbr..:))

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat cuti macam ni... huhuhu

    ReplyDelete

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P