ouh jangan menangis,nanti aku menangis juga waaa!


g


"Botol ini melebihi 100ml, ngak bisa sih"

"Tapi ini kan  sudah kurang, bolehlah..." 

Perbualan ini berulang dengan skrip yang hampir sama untuk beberapa minit dan segala tenaga untuk memujuk petugas airasia itu melepaskan perfume Lancome (yang sangat sedap baunya serta MAHAL harganya), namun usaha itu sia-sia. Untuk seketika aku kelu lidah,memeras segala idea di otak  cuba memujuk agar perfume si kawan dapat dibawa...akhirnya si kawan telah mengalah mungkin merasakan usaha yang sia-sia itu pasti mengecewakan, uhh baik blah daripada terus sakit hati!

Berlalu menuju ke pintu masuk, ceh pintu pula belum buka...kalo airasia bab delay2 nie kebiasaan emmm.redha malas mahu mengutuk takut menghilangkan mood happy vacation hihi. ouh sambung cerita si kawan, duduk di lantai kerana terlalu kecewa (apa tidaknya,di airport kk lotion dan shampoo sudah di buang) kasihan sungguh si kawan, apalah daya aku untuk membantu mendapatkan semuanya balik huhhu. Ingatkan dia hanya mahu duduk menenangkan hati, tiba-tiba aku melihat ada lenangan airmata. bah dia menangis...aiyaaa ini yang aku lemah!sudahlah aku cepat emosi tengok bab-bab sedih,cuba memujuk tapi aku tahu dia terlalu sedih.ya aku faham.

"Mahal ba tu perfume, sudahlah yang paling besar.susah lagi kumpul duit mau beli baru " 

si kawan meluah dengan mata merah, arghhh aku hampir juga bermata merah, namun menguatkan hati, kang aku terikut menangis terjadi pula drama spontan hahaha...nasiblah aku mampu menahan (sedangkan hati aku sudah mencair kesedihan melihat dia menangis). dan aku berjanji dalam diam, nanti membelikan dia perfume yang baru, hanya itu mampu aku lakukan...bukan kerana memikirkan dia tidak boleh membeli (kerana 100 botol pun dia mampu) tapi sebagai kawan yang cuba memahami aku memikirkan untuk mengubati sedikit kelukaan dan kehampaan, kerana nilai sesuatu itu kadang-kala bukan letaknya pada harganya tapi pada bagaimana ia diperolehi..betul atau tidak??sila respon jika rajin..hehe


2 comments:

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P