september itu (berakhir)

Yup sudah berkahir..cerita september itu yang sengaja ditulis secara klise bukan bertujuan mahu merahsiakan, membuat onar atau minta puji (wakakaka) hanya mahu menulis sambil bermain teka-tekaa...saja bermain.hehe ya cerita september itu bukan aku mau kawen, bukan aku mau lari rumah bukan juga aku mau bunuh diri...Hanya cerita menuju percutian ke jakarta-bandung!haha..sedikit rasa seronok menguasai diri sehingga mahu mencatatkan perjalanan sebelum dan selepas percutian itu..cerita percutian ini akan dibuat khas pada update seterusnya...hanya berkongsi kegembiraan bukan mahu menunjuk-nunjuk...cik shiqa pun tak tau, saja sebab niat hanya mahu bercuti...maaf ye cik shiqa, ada oleh2 untuk ko..nanti jumpa aku bagi ekk..:))

ouh jangan menangis,nanti aku menangis juga waaa!


g


"Botol ini melebihi 100ml, ngak bisa sih"

"Tapi ini kan  sudah kurang, bolehlah..." 

Perbualan ini berulang dengan skrip yang hampir sama untuk beberapa minit dan segala tenaga untuk memujuk petugas airasia itu melepaskan perfume Lancome (yang sangat sedap baunya serta MAHAL harganya), namun usaha itu sia-sia. Untuk seketika aku kelu lidah,memeras segala idea di otak  cuba memujuk agar perfume si kawan dapat dibawa...akhirnya si kawan telah mengalah mungkin merasakan usaha yang sia-sia itu pasti mengecewakan, uhh baik blah daripada terus sakit hati!

Berlalu menuju ke pintu masuk, ceh pintu pula belum buka...kalo airasia bab delay2 nie kebiasaan emmm.redha malas mahu mengutuk takut menghilangkan mood happy vacation hihi. ouh sambung cerita si kawan, duduk di lantai kerana terlalu kecewa (apa tidaknya,di airport kk lotion dan shampoo sudah di buang) kasihan sungguh si kawan, apalah daya aku untuk membantu mendapatkan semuanya balik huhhu. Ingatkan dia hanya mahu duduk menenangkan hati, tiba-tiba aku melihat ada lenangan airmata. bah dia menangis...aiyaaa ini yang aku lemah!sudahlah aku cepat emosi tengok bab-bab sedih,cuba memujuk tapi aku tahu dia terlalu sedih.ya aku faham.

"Mahal ba tu perfume, sudahlah yang paling besar.susah lagi kumpul duit mau beli baru " 

si kawan meluah dengan mata merah, arghhh aku hampir juga bermata merah, namun menguatkan hati, kang aku terikut menangis terjadi pula drama spontan hahaha...nasiblah aku mampu menahan (sedangkan hati aku sudah mencair kesedihan melihat dia menangis). dan aku berjanji dalam diam, nanti membelikan dia perfume yang baru, hanya itu mampu aku lakukan...bukan kerana memikirkan dia tidak boleh membeli (kerana 100 botol pun dia mampu) tapi sebagai kawan yang cuba memahami aku memikirkan untuk mengubati sedikit kelukaan dan kehampaan, kerana nilai sesuatu itu kadang-kala bukan letaknya pada harganya tapi pada bagaimana ia diperolehi..betul atau tidak??sila respon jika rajin..hehe


bersyukur dengan apa yang ada sekarang!

Salam khamis yang indah!maaf menyepi seketika blogger sekalian...merehatkan minda dan fizikal sekejap, maka berdiam diri dari dunia maya ini dirasakan patut...mungkin juga keletihan.

Benar kata-kata "Jauh perjalanan luas pengalaman"...susah andai kita hanya melihat tanpa melaluinya. Andai punya kesempatan berjalanlah sejauh yang mungkin, mencari kelainan yang membawa kita kepada sesuatu yang baru. Perjalanan itu membuka seluas-luasnya mata dan hati untuk menghargai segalanya yang ada dengan seikhlasnya. Bersyukur dengan segala kebahagiaan, ketenangan, kebebasan dan segala kebaikan yang ada. Terasa diri perlu belajar "cukup dengan yang ini". Berusaha dengan sesungguhnya mencari yang lebih tidak salah...namun kesedaran untuk bersyukur dengan apa yang telah sangat penting...seketika minda lebih letih daripada fizikalnya dengan hidangan mata. 

Rasa diri bertuah duduk di bumi Malaysia dan mulai merindui bahasa sabah...huhu agak kebudakan sedikit kerana berjuahan, nasib baik punya teman yang sentiasa menjadi kawan terbaik. Apapun, percutian adalah sesuatu yang SANGAT MENYERONOKAN. :))

sukarnya...susah.

Tak boleh.mencuba lagi.gagal lagi.mencuba lagi dan lagi...akhirnya, sukarnya keadaan ini. susahnya mahu melupakan...rasa nak tido sepanjang hariii..eeee!(versi keluhan melampaui).Harap cuti mampu melupakan semuanya...aku nak makan seafood.woooo tetiba lak..hehe.Teringat makanan sedap dan murah kat Ganyang Seafood at Tuaran...i'll back tomorrow..hihi...stress kena makan banyak-banyak (banyak betul ini teori)...

wordless wednesday #10


p/s : Tetamu VIP dipagi Raya...hihi

tak tau nak cakap apa..memang malang!

Pernah tak korang rasa, satu hari tu memang malang giler untuk korang??yang kita buat serba tak jadik, serba tak kena kesimpulannya malang sedunialah...haiiiilaaa ini la. aku rasa hari malang aku terjadi hari ini kot (harap-harap sekali jer dalam hidup hehe)...kalo nak list malang aku hari nie,korang sure punya la cakap..

"memang malang sungguh nasib ko inn"

Bermula dengan hampir terlepas pandang simpang jalan (yang dah berpuluh-puluh kali aku lalu,apasal hari ni boleh lupa) kemudian bawa keta penuh semangat, lalu pusing roundabout dengan gear empat (sadis sungguh aku) kesian keta aku bunyi krekkkkkkk...apa kena aku ekk..kemudian ada pula road block JPJ (hahaha yang ini aku tak tahan malang huhhhh nasib tak kena saman)...cukup!!!

Setelah merasa malang sepanjang hari, aku terasa sangat letih...emmm.nasib badan aku redha.


Mencari dia (episod 2)

"Mungkin telah ditakdir cinta hadir sekali hidup aku" 

Ungkapan biasa untuk siapa yang bertanya penganti arjuna di hati...tiada penyesalan, malahan hanya itulah yang mampu diungkapkan dalam bahasa emosi aku. Secara jujurnya hanya itu yang tinggal, sisa kesedihan sudah tidak mampu dirasa, sisa harapan sudah tidak mahu difikirkan. Biarkan...

"Manusia ini ditakdirkan berpasang-pasangan yang dikatakan jodoh, lumrah alam Lin. Cuma kita manusia ini, sukar mentafsirkan misteri disebalik jalan jodoh kita ". Seorang sahabat berkata-kata. aku mengangguk tanda mengiakan.

p/s :

mencari dia (episod 1)

semalam kerinduan sang pungguk kepada sang bulan semakin menebal, terlalu lama memendam rasa jauh di lubuk hatinya...ouh aku berpuitis pula. Mungkin hanya mahu menenteramkan jiwa yang kelam, dan mungkin juga sekadar berbahasa pada hati yang rapuh. Betulkah semuanya telah berakhir?kemudian mencari sebab...ahh aku sudah relakan....

Stacy - Kisah Dongeng

Mencari dia...

okai...ini usaha untuk menulis cerita, kerana??kerana aku semakin kebosanan dipenghujung minggu, mencari aktiviti yang mungkin dapat menyeronokan sedikit diri ini, dan sekian kalinya aku tetap kebosanan..haiylaaa.Maka dengan perintah diri sendiri, agaknya sudah tiba masa untuk aku menulis, mereka kisah dongeng rekaan dan ciptaan otak aku sendiri...mungkin tajuknya nanti-nanti la kan hahaha, aku sukar memikirkan tajuk, biarlah kisah itu dulu ditinta cewahhh...ini hanya pengenalan, bukan episod satu atau siri atau atau jilid satu  atau bab satu..maaf melalut..mencari dia??idea..:))))

bercerita soal itu,no komen.

Banyak hal, saya mahu katakan...banyak perkara perlu diperjelaskan lebih teliti dan telus...Namun saya tidak mahu berlebih-lebih. Hanya No Comment bebehhh...hehehe

pandai sangat kot!

Hah aku paling rasa nak sengal jer bila ada orang dok acting pandai SEMUA perkara...ooo yang itu, begitu la,!yang ini?isk beginilah..bla bla bla..padahal semua orang tahu gak, just malas nak kecoh..aduhh tolonglah,ko buat aku rasa macam nak tidoooooo sepanjang hari..muahahahaha...maaflah yer, aku membebel kejap.

yang terbuku itu banyak!

Banyak sangat benda dalam otak dalam hati dalam jantung aku sekarang...semuanya hanya terbuku di sana...Bertapa di sana sekian lama...bertahanlah di sana selama-lamanya wahai bisikan hati...tiada dayaku mahu menceritakan kepada kalian...oppss sungguh syahdu,jangan menagis hihi...

The LOVE

   
 

dulu punya cerita,wa ingat hali ini.

semalam berlalu seperti hari kemarin dulunya, tiada cerita tiada khabar baru...rutin. pagi pegi keja, petang balik keja, rajin sikit masak, penat sangat tido jer sampai besok pagi dan sedia untuk bagun pegi keja lagi dan lagik...RUTIN!...maka ingat dulu punya cerita, wa 'imbau' dengan harapan ada angin baru masuk untu menyegarkan minda yang agak kelam...betol-betol buat wa sunyi balik oooo...hilang sudah bunga matahari, mungkin tiada cahaya untuk proses fotosintesis (wa rasa ejaan benda alah ni salah wakkaaka..lantak)...jadi bunga itu mati lor, akibatnya wa sedih!susah kalo dalam hati ada taman ini, kerap kalah di medan persaingan membuktikan kekuatan diri!!!wa kalah...tapi wa tetap bertahan...macam yakin yang bunga itu bisa hidup kembali...wa cuma berharap. 

Terima kasih kerana membaca cerita merapu meraban merepak aku petang ini kahkahkah...hanya kebosanan...But don't worry, ini klise...the truth is out there..taraaaaa~

jangan banyak cakap,rembat jer!!!

Huhu...ko nak ke tak??

macam nak...

Jadik??ko pehal...

alaaa...susah laa..

Banyak pikir betol la ko neh..rembat jer!...

Diskusi antara tangan dan hati...

The end~aku rembat jer apa aku nak beli..wakakakaka...lastly, wallet aku nipis semacam.padan muka!!!

kadang-kadang kan...

~yaaa...kadang-kadang kan aku bermula dengan harapan, dengan semangat...hari berlalu seperti yang dirancang, kemudian hujan turun aku basah kerana tiada plan B...tergendala. putus harapan!

~dan bermulalah segalanya kemusnahan impian, satu satu sehinggakan seperti diri tiada daya, sehingga terasa seperti semuanya hanya mimpi buruk semalam...

...tiada harapan...tiada penyesalan...kerana esok masih ada.

selamat hari raya!



 ~Mari-mariiiiii makannnn~

asslamualaikum...selamat hari raya..yeyeye lewat dah ker, belum lagi rasanya, minta maaf zahir dan batin kepada semua blogger sekalian kerana tidak mengupdate blog ini sekian lamanya, maklumlah sibuk raya hehe..raya hanya untuk raya, untuk makan dan minum untuk berjalan-jalan dan untuk bersuka ria wakakak...raya kedua pula sibuk buat kenduri...adeiii penat babat..nak cerita panjang rasanya orang bosan nak baca..so aku hidang sedikit gambar-gambar sekitar raya dan kenduri kendara kat umah tercinta...ahaks!

~sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin~
...antara juadah kenduri kendara...raya!
 

~karaoke dengan lesung~haha...

~kegilaan akibat lenguh 'tumbuk' kunyit..wakakaka~