aku belum buta lagi.

Ok amaran awal kepada anda, ini kata-kata yang tidak terluah...ini kata-kata orang yang makan hati...kata-kata orang yang semakin kecewa dan bengang kepada diri sendiri..paling tidak, aku mengaku untuk menulis walau tidak berani berkata benar..muahahaha!

Hakikatnya tidak memahami...tidak mahu untuk memahami.percayalah sekalian alam, saya tidak perlu untuk memahami, untuk mengetahui...telah berputus asa, dan membuat janji untuk sekian kalinya untuk terus tidak mahu mengenali, dan untuk terus melupai. saya mahu lebih nekad kali ini. 

Kerana saya belum buta...saya masih mampu melihat. kata-kata anda membuatkan saya percaya manusia hanya hadir bila terasa perlu, dan terus melupai apabila diri tidak diperlukan...kecewa??sudah basi perkataan itu kepada manusia ini...cuma mahu terus hidup. biarkan mereka bersama cerita indah mereka, sudah tidak perlu untuk bersama dengan impian dan keindahan lainnya...

~Bila mana yang setia itu tidak dihargai, hilangkan semuanya untuk kebaikan~

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P