aku belum buta lagi.

Ok amaran awal kepada anda, ini kata-kata yang tidak terluah...ini kata-kata orang yang makan hati...kata-kata orang yang semakin kecewa dan bengang kepada diri sendiri..paling tidak, aku mengaku untuk menulis walau tidak berani berkata benar..muahahaha!

Hakikatnya tidak memahami...tidak mahu untuk memahami.percayalah sekalian alam, saya tidak perlu untuk memahami, untuk mengetahui...telah berputus asa, dan membuat janji untuk sekian kalinya untuk terus tidak mahu mengenali, dan untuk terus melupai. saya mahu lebih nekad kali ini. 

Kerana saya belum buta...saya masih mampu melihat. kata-kata anda membuatkan saya percaya manusia hanya hadir bila terasa perlu, dan terus melupai apabila diri tidak diperlukan...kecewa??sudah basi perkataan itu kepada manusia ini...cuma mahu terus hidup. biarkan mereka bersama cerita indah mereka, sudah tidak perlu untuk bersama dengan impian dan keindahan lainnya...

~Bila mana yang setia itu tidak dihargai, hilangkan semuanya untuk kebaikan~

aku tak nak pakaiiiiii.

Pedulilah labu, biar dunia terbalik dunia bergolek dunia nak berpusing-pusing, aku tetap tak nak pakai..nekad!!aku tak tau nak cakap apa..kakak aku buat baju warna sedondon tapi tak muat ngan aku..HAHAHAHAHAHA...kompom aku tak nak pakaii..GERENTI LAH...hahaha.pedulilah dengan tema hijau ker biru ker hitam ker...aku tak kisah.hahaha..aku pakai baju macam tak cukup kain..aduhh nak mati gelak pakai baju itu..hahaha.

september datang dengan cepat..aku suka!

Entahlah semua benda sekarang sume aku suka..ahahaha..semua indah belaka...bagus juga begini, kurang stress kurang marah tapi banyak happy punyaaaa...hahaha ketawa lagi..so apa nak jadik jadik la, pentingnya besok mesti balik yaaaa..ok kitaorang nak konvoi..seronok. kawan cakap, kenapa ko inn, dari tadi seronok jer kuar dari mulut ko..hehehe

kesukaan aku bertambah apabila teringat yang september sungguh cepat datangnya...datang macam bergolek-golek, seolah-olah datang membawa sejuta kebahagiaan, sekali lagi aku mengarut..=)).maaf aku terlalu xcited sekarang...Semua perlu gembira di bulan september, kerana 1. Hari Raya 2. Kita masih berpeluang menyambut Ramadhan tahun depan 3. Boleh berbahagia bersama keluarga tersayang...

Cepatlah datang wahai september...kau ku tunggu penuh kebahagiaan sepenuh hati..harharhar...=))

The Voice T.V. Show Javier Colon

The Voice.


Aku suka!!!entah aku yang ketinggalan rancangan nie atau aku bersama korang menonton rancangan ini..hehe...kemarin ada juga episode the voice...realiti tv yang agak unik..mereka dipilih melalui suara terlebih dahulu...unik bukan??eh lupa, ada kat 701, jam? alamak aku lupa..terlalu asyik kerana seronok, bakat mereka woww..cerita mereka lain lagi buat aku emosi..hahaha..rasa sudah pemenangnya sudah diketahui, cuma bagaimana kemenangan itu dicapai..we'll see for next next next episode...jangan lupa tengok k..

~the judges~

kelemahan itu menjadikan aku manusia.

entri lemah lembut, tiada unsur kekasaran (mood bermaaf-maafan)hehe...mood seterusnya mengira hari, esok lusa tulat tak sedar raya dahh!!wohoooooo...uitzzz apa kena mengena dengan tajuk ko??opss tersalah bicara...ampun.ahhahaah

yaaaa...betol.aku tidak sempurna, banyak sungguh kelemahan aku!!!sungguh..aku tidak menipu, jika anda meminta untuk senarai kelebihan dan kelemahan aku, mungkin senarai kelemahan itu lebih panjang, lebih banyak daripada kelebihan. fitrah manusia untuk mahu menjadi sempurna..anda??ya untuk aku...namun hakikat hidup menyatakan kita tidak akan menjadi sempurna, namun bukan bermaksud kita tidak boleh menjadi baik, menjadikan hidup lebih bermakna...

mereka melihat siapa kita sekarang, dan menuntut kita menjadi sempurna, menjadi 'role model' yang mahu dicontohi, kerana usia, kerana kedudukan. kerana terlebih dahulu makan garam...ye tak??inilah kehidupan, aku menyedarinya...kerana kelemahan yang ada, hampir suatu ketika aku kehilangan...aku mula belajar untuk menjadi dewasa..woww...inn anda sudah dewasa..hahahaha..oitzzz aku mahu 'lebih' dewasa...contohnya orang dewasa boleh buat keputusan sediri tanpa izin mak ayah..oohh no im still need thier permission lor..

so, aku ambil keputusan, punya kelemahan itu tidak menjadikan aku selalau terbaik, namun aku masih manusia yang mahu yang terbaik...usaha untuk segala yang kita hajati...


Berhati-hati ketika keluar membeli !!!

Bila raya??mari kira 1 2 3 oohh aku tak mau kira, biar suprise (sengallll ngeeee)...patutnya 10 terakhir ini kita menilik bila lailatul qadarnya, huhu...ingatan untuk diri sendiri..saya akan cuba!hehe

opsss!tajuk di atas dirujuk dengan nada serius~sila berhati-hati ketika keluar membeli-belah, walau niat keluar rumah dan ke pusat membeli (nanti tertambah belah) hanya mahu membeli ubat gigi, anda juga wajib BERHATI-HATI. kenapa??Pencopet aka pencuri pasti ada (kompom punya la kan), ini kan kan..BUKAN...ANDA PERLU BERHATI-HATI DENGAN DIRI SENDIRI!!!Niat mahu membeli kertas bertukar membeli kain langsir, alas kusyen waaaaaa gila!ini tidak boleh jadik...kuatkan semangat anda...mood raya, semua mau dibeli, semua mau ditukar..oh hati oh nafsu janganlah mendera diriku yang lemah ini..ahahaha...

~adakah kita begini??OMG...wkaakak~

Mak cakap..tidak payahlah tukar, yang lama masih okey...ala mak, tiapa. ada sana cantik nanti saya beli...ba dari ko saja...wahahaha~sekali sekala ba kan kan kan...terus tersenyum, apa pun restu itu penting..ahahahah,,mengarut!!!korang jangan jadi macam saya, saya nie memang spesis lain dari yang lain, mungkin kelahiran lepas saya berasal dari pluto..boo la ko inn~muahahaha...see mood raya menguasai diri dan kesengalan ini akan berterusan selagi tidak kembali ke kampung halaman..la la la..

mereka telah membesar...jadilah anak yang baik.

Kecik aku jaga, habis aku balun kalau berbuat salah...budak jaga budak selalunya tidak menjadi...bila mengingati kembali saat itu, rasanya aku sedikit menyesal kerana terlalu garang menjaga mereka, namun apakan daya, ketika itu aku masih bergelar budak sekolah rendah lagi..hihi...menghukum yang salah dengan ganasnya, menunjukkan "Aku berkuasa"..muahaha..ish ish ish...

Sekarang mereka telah membesar lebih dari aku!waaaa, alhamdulillah biarlah tidak menjadi jutawan sekurang-kurangnya tidaklah jadi penjenayah...berharap mereka mampu mengubah nasib keluarga masing-masing, berjaya menjadi cucu kebanggan kepada mak ayah aku..huhu sebak pulak..emoooo~Rinduuuu mulih kampung..waaaa~

Seorang lagi anak buah aku akan memulakan perjuangan di Universiti Malaysia Sabah september ini, alhamdulillah...belajar bagus-bagus yer...Teruskan langkah itu dengan yakin.

p/s : punya kesempatan, raya nie aku upload semua gambar anak-anak buah aku..amin.

budak pompuan nie banyak betol cakapnya..aku sepak kang!!aaa

Dulu aku sekolah tak juga banyak cakap macam budak-budak aku nie, orang cakap 1 dia boleh tambah 20, so bila aku marah, mereka boleh lagi jadi batu api nak kasi marak api kemarahan aku yang kecik jer tu, lastnya terus membebel dan membuat ceramah bebas ahahahaha.padan muka!!..iishhh bulan puasa nie banyak kali dah aku membebel dalam kelas...

Entah apalah penyakit, tidak boleh berkasih sayang sesama rakan sekelas, ikut kepala angin sendiri, kalau ikut kepala angin aku,  lama dah aku sepak satu-satu yang mulut bisa semacam, huhh nak sangat...nasib iman masih di dada ( disebabkan iman tak kuat, so termarah juga dan terkutuk sikit huhu ) namun aku berpegang pada niat, 

" Masuk kelas bukan setakat mahu mengajar mereka sejarah, tapi aku mahu mendidik mereka manjadi manusia sebaik yang mungkin suatu hari nanti"...walau apa pun caranya...insyAllah. 


so tadi ada adegan airmata, adegan muka kelat macam cuka, muka merah macam udang kena bakar...dan macam jenis adegan lagi..ada aku kisah..muahahahah...yang penting mereka perlu diberi pelajaran sekali sekala..

menagih kasih...

Pasangan bercinta memadu kasih dengan harapan akan bersatu dan menjadi pasangan disahkan hubungan kasih sayang itu oleh mereka di sekeliling...Berbicara soal hati dan perasaan tentang cinta ini kadang kala sukar dimengerti, bila ditanya...

"susah nak cakap, ini soal hati dan perasaan"


Bercinta dengan mereka yang sudah berpasangan kadangkala mengundang duka di hati, mengundang amarah orang lain...dan membuatkan hidup tiada tenangnya...seakan-akan serius entri aku kali ini, ^_^. Pengalaman hidup ke??yaa...tapi bukan aku. Dan sekarang aku sedang bercakap hal orang lain kan??mengumpat??aku hanya mahukan pandangan blogger sekalian alam. 

Kisah ini berlaku di mana-mana, di seluruh dunia. Cuma entri kali ini, pastinya tiada tokok tambah kerana ini cerita aku ( maksudnya aku mengetahui secara langsung). Sudah habis ke mereka yang bujang di dunia ini??sehinggakan mereka yang berpunya juga mahu dimiliki??

" Mereka itu lain dari yang bujang, sangat memahami"

Alasan yang selalu digunakan...aku tidak mahu mengulas lebih lanjut alasan itu kerana  bukan itu yang mahu dipersoalkan...Mempunyai pasangan yang telah lengkap pakejnya, kata orang cuma tunggu seru nak kahwin, namun masih mengharap pada yang lain..?..Berusaha mencuba menyembunyikan,namun pepatah mengatakan,  Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...kenapa ya??

Berbicara mengah di hadapan sedangkan hati bergolak, berpura-pura menafikan sedangkan tembelang sudah ketahuan...aku tidak memahami...

Tidak dinafikan setiap manusia berhak memilih pasangan mereka sendiri, siapa sahaja...Tua, muda, bujang, janda, duda, balu, suami beristeri 1 2 3 4...semuanya mengharapkan terbaik..alangkah bagusnya jika kita mampu mengawal hati dan perasaan dan memilih mereka yang benar-benar ikhlas...kerana kadangkala, dicintai itu lebih penting dari mencintai...MUNGKIN...

Cerita berakhir dengan harapan mereka mampu berfikir...semoga kita saling memahami...oh hati wanita...hehe.



takde mood!malasss

a'ah memang aku semakin malas dah sekarang..susah nak cakap, nak bersenang-senang pun susah, apatah lagi nak bersusah-susah semakin susah..waaaa~mengarut betol la aku nie, penat!!!keja bertimpa-timpa, satu-satu datang dengan kadar segera, mesti siap!ingat aku robot??kuli jadi kena..angguk..huh!dunia semata-mata..WW hari tak dapat nak buat sebab sepanjang hari aku sibuk menyiapkan laporan kokum..makk aiii apa la tu, nak menang??emm yelahh..harap-harap puasa aku tak batal sebab sepanjang proses menyiapkan itu, hati aku banyak merungut hehe..biasalaa..namun akhirnya siap jugak!!hahahahaha..Tahniah Inn..yayaya..=))..mood seterusnya bengong...

YES!!!sampai dah...

Terima kasih kepada bro ben kerana sudi membuka akaun untuk blogger-blogger baru mengenali dunia blogger serta berkenal-kenal ( sekali tambah follower hehe)...dan terima kasih juga rajin membuat baju untuk kelab abg ben!aisehhh..korang ada buat tak?? cik shiqa ko ada buat??aku adaaaaa..ahahaha...ingatkan tak sampai, akhirnya hari ini baju kelab abg ben dah sampai..alhamdullah..nak tengok ker??tengok contoh kat blog abg ben, macam-macam ada...aku macam besa la pilih colour hitam...nanti aku pakai kasi tayang kat korang, bukan nak menunjuk saja nak 'bergaya'..muahahahahaha...

happy-happy mood nak hari raya...korang dah beli baju raya ker??beli sebelum terlambat..kenapa pula tiba-tiba cerita raya nie??ish ish ish...mood raya menguasi diri.. =))

ya saya memang garang!muahahaha

mengaku??ok sila tanyakan soalan ini kepada pelajar-pelajar saya, atau kepada anak-anak saudara saya..mereka semua akan mengangguk seolah-olah apabila mengangguk itu mereka akan diberikan duit berjota-jotaaaa..ahaha...kenapa agaknya aku garang??mungkin kerana didikan my mum kot..tapi garang itu harus bertempat, kalau memanjang garang, alamatnya esok lusa cepat tu ngeeee~~hehehe.

topik ini dibicarakan kerana aku kelihatan agak tension 2 3 hari ini kerana ada saja yang perlu disiapkan...apabila banyak difikirkan, ketenangan diri mudah hilang...mangsanya mereka yang bebuat salah didepan mata!!uhhh puasa-puasa pun ko nak memanas ke inn??aku cuba untuk bersabar...tarik nafas, tutup mata, then tidurrrrr Zzzzzzzz..boleh??

maha jeles aku!huh

haitzzzz...ops salam jumaat hehe..aku rasa sejak dua menjak ni, semua entry aku semua pasal rasa hati perasaan jantung aku..apasal pulak nie??tak kan sindrom puasa kot..puas jugak la otak aku cari sebab, faktor serta alasan...sekali jumpa daaa..rupanya aku memang dah kena sindrom 'balik rumah'..hahaha

jeles aa, tengok orang boleh balik rumah ,dapat sahur dan berbuka dengan keluarga..boleh buat kuih raya sama-sama, ishhh ini la yang dikatakan nasib badan si anak perantauan..aisehhh macam duduk jauh sangat.hehe tapi memang aku tak boleh balik jugak bah!!waaaaaaa~sabarlah inn, semuanya menguji kekuatan diri. orait~


baca blog cik shiqa, dia sempat jugak balik rumah..aku??huh weekdays opcos keja, weekend plak continue keja lagik..bila laa aku nak rehat nie...soo aku tak sabar nak balik rumah tuk raya!!mari countdown holiday..yahooooo! minggu depan, minggu depan lagi, jumaat atau sabtu sudah boleh pulang, tiada sudah mau tunggu-tunggu.no way no out..yesss!

wei..aku nak cakap sikit kat ko!

meh meh...kawan nak cakap sikit...kita sebagai kawan ker sebagai adik ker, kakak ker, abang ker dan banyak ker lagi..kalo lah ada yang tersilap bicara, termungkir janji, terlupa itu ini, harap janganlah dibawa terus ke hati, kalo nak bawa pun suruhlah singgah sekejap jer...kesilapan kita manusia biasa nie selalu menyebabkan perhubungan yang bagus elok jernih suci murni (huhh pilih mana satuu jenis yang korang suka hahaha).Janganlah nak marah lama-lama, sehari dua hari cukuplah labuuuu~kesian si kawan yang termangu-mangu rasa bersalah...nak cakap pun masing-masing dah besar, masing-masing boleh fikir buruk dan baiknya sesuatu perkara, kan kan kan...tapi bila sebut semuanya ini, kita kembali kepada 'manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain'.


Bulan Ramadhan yang maha mulia ini, rasanya kita mampu untuk membuka hati, memaafkan kesalahan orang lain. sudah-sudahlah tu, 2011 pun nak  habis dah, jangan bawa dendam marah sakit hati ke tahun depan. Takut-takut lupa memaafkan.hehe.aikk aku bukan nak ceramah, cuma mahu mengingatkan diri sendiri juga.

Wordless Wednesday #7


p/s : Truly wordless...10 tahun yang lalu (2001).cari-cari aku kat mana----->?.muahahahaha.=))

berbicara kepada bulan langit bintang

Termasuk t#@* bintang kalau ada...hahaha...macam mana nak cakap ek??emmmm...aaaa....bagaimana?uhh susahh..aku malas nak cakap, tapi rajin nak tulis!ada perbezaan ker??ada la kan..waaaaa~sebenarnya dan sesungguhnya aku akui ...tiada yang mahu dirahsiakan lagi, esok atau lusanya pasti ketahuan, jangan di marah diri ini, kerana yang dulu itu aku hanya belum bersedia..terasa kelu lidah berbibcara, terasa malu!dan kini aku mahu mengatakan bahawa hati ini telahhhh...gatal mahu pulang beraya!yes!terima kasih kerana membaca..hahahahaha...

berpantun di bulan ramadhan

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera.

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi.

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi.

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka.

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.
 p/s : Pantun nie Cikgu BM di sekolah yang buat...hehe sangat kreatif. walaupun cikgu tu non-muslim, mereka tetap mahu memeriahkan Ramadhan. Terima Kasih. We're Sabahan.=))

papa kan mama...bla bla bla.

"hensemnya papa dalam gambar ni" 

"mama rindu papa tau "

papa, mama, abang, darling, babe, sayang bla bla bla...macam-macam panggilan kalo tengah hot bercinta. aku mengutuk ka??Bukan...rasanya pasangan muda yang bercinta, pastu panggil mama, papa rasanya seperti ...emmm seperti apa yaa...haha.geli hati aku. panggillah abang ka. B ka. sayang kaa...Mesti yang guna panggilan mama papa di luar sana mengutuk gila dengan aku. ini hanya pendapat aku. jangan marah ye, minta maaf banyak-banyak. 

rasanya (mengikut frasa jantung aku sendiri ) panggilan tu lebih sesuai digunakan kepada mereka yang telah berkahwin. okey la kan, kalo pasangan muda nie, kasi la muda sikit, panggil begitu terasa berat pula beban. apa yang berat beban??entah...hanya terasa berat.Tapi kalo pasangan tu dah agak berusia, yang janda + duda ka, aku masih boleh terima...yang aku tak faham yang baru umur awal 20 pun guna...mungkin bercinta sejati kot. kan kan kan...

Sekali lagi, ini hanya pendapat...tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati.hehe.

Yuhuuuu!aku boleh laa senyum.

hah berita gempar...semua orang duk sengih, senyum meleret..aku??berita gembira itu sudah pastilah kan, hal lainnya ialah bolehlah belanja lebih sikit raya nie..hahahaha~kenapa ko happy jer ni inn??dapat bonus mak!!

Semua kakitangan (tak termasuk telingamulut hahahha)...dapat bonus separuh gaji dengan minimum RM500.00. Aku bahagia!paling kurang pun aku dapat seribu lebih..berkat ni hidup di bulan ramadhan..hoho.yelahh asyik gaji tak cukup, entah menda la aku beli...kalo dapat bonus sekurang-kurangnya boleh back-up yang kurang tu..yeyeye.

memikir nak guna apa duit lebih itu, aku rasa nak simpan separuh!ahaks...angan-angan lah ko inn!aishhh kena ada niat, baru hal boleh jalan kan kan..hihi.Teringat pesan my sis, nak buat kenduri kecik time raya..alhamdulillah boleh la 'tolong banyak sikit' (lebih dari permohonan.:) ) tuk kenduri tu nanti.syukur.

Bersyukur dengan apa yang ada itu yang penting, bagus juga kerajaan boleh berfikir waras untuk memberi bonus lebih sikit tahun ni, almaklumlah, dengan harga barang semua nak naik, masuk lagi minyak yangharga naik  banyak tapi turunnya 10 sent jer..isk isk.so bonus nie kira ehsan kepada rakyat jelata yang sentiasa menyokong puncuk pimpinan mereka.Ingat tu!!!Jangan dok canang itu ini, tapi satu benda tak jadik...uishh jangan bermain politik inn.ok ok..saya hanya rakya biasa yang mahukan pemimpin yang telus berkerja untuk Malaysia tercinta ini. :))




Tolong ajarkan aku masak!!!

Betol.Ini lah kelemahan terbesar aku sebagai wanita berkerjaya..cehhhh!ahahha...nasik??air??goreng telur @ ayam??sayur??ishhh yang itu aku tahulah...maksud aku kalau mau masak masakan yang agak komplikated sikit, im the one who will blur~~ngeeee.aku mengaku. 

~aku tak nak kalah dengan lipas!!!~wakakakka

Tolong ajarkan aku!apa-apa nasihat ka, jadikan diri rajin memasak. payah benor kalo reti makan jer, masaknya tidak..paling ketara bulan puasa ni lah, hari-hari pergi bazaar ramadhan...mulanya syok giler aa...dah masuk minggu ke-2 puasa ni, aku menjadi muak makan masakan orang lain...mau merasa masakan sendiri bah!


 

september itu (episode 3)

Menghitung hari...alaa aku tak reti pulak nyanyi ala-ala Kris Dayanti tu..maaf ekk,kalo tak sedap juga entry aku kali ni..ahaha...yup!memang betol, hari ini aku menghitung hari sekali lagi untuk september itu..aishhh. ko sorang jer syok sendiri dengan ceta ni Inn..tak pe laaa janji aku bahagia..wakkakaka!

next step, hari ini isi form...benda-benda gini pun kena isi borang ker, napa tak go on jer..isk isk..karenah birokrasi betol (hati pemalas aku merungut...wajib.kihkihkih).Nasib si kawan rajin, tolong ambilkan form tu, kalo harap aku, aiiihh alamat tak jadik apa-apa laa cerita september itu..

so kena isi jugak, senang jer sebenarnya, tapi bila hati kita nak senang semuanya itu yang jadiknya semua benda nampak susah!yee tak Inn..a'ah...nasihat ditujukan kepada diri sendiri...emmm.so kena positive la kan, cakap gini "senangnya isi form ni, macam guling-guling atas katil"..hahahah!



aiisshhh pemalasnya aku

Malas...sapa??aku ker ko??aku laa...hahaha..update blog pun malas pula time puasa ni, entah kenapa...lepas sahur, kalo hari sekolah gerenti aku tidooooo balik akakaka...wekend??sama gak ceritanya ahaaha..buka laptop pun kejap, mau menaip-menaip??kena ada motivasi tinggiiiii...selalunya lepas terawih, aku duk tengok tb sekejap, sudah itu zzzzz...sodap sampai sahur..

so hari ni budak-budak exam, aku amik masa tuk update, kc banyak cerita..(kalo ada laa) negeee~terasa sunyi sepi pula blog ni, kasihannya kepada yang berkunjung (walaupun x ramai ahahaha)..membaca cerita lapuk..maaf dariku di bulan ramadhan k..raya nanti minta maaf lagik..hehe 

puasa dah masuk hari yang ke-8...wahhh tak sedar kan..sekarang tengah pikir baju raya pula, ishhh wajib la kan..sebab??last year punya raya aiyooo aku tiada baju raya, gara-gara sibuk di sekolah, feeling mahu beraya pun tiada..tahun ni, no way no out!!mesti ada baju raya..aku mahu meronda-ronda lagi..kuih raya??dah tempah..ahahahahaha..amboii inn puasa belum setengah bulan, ko dah sibuk ceta pasal raya..ahahahahahah...





 


saya mau pergi tandas pakcik!

Berjalan dengan kadar kelajuan cicak jogging, aku melalui deretan bas mini yang sedang menunggu penumpang untuk membawa mereka ke destinasi tertentu. uhh...tandas di hujung!kenapalah buat tandas sana, kalo tahap 'membuang' itu pada level dewa??uhh masyallah...jauh-jauh ahaha...

Pakcik-pakcik pemandu bas mini di sana pula sentiasa ramah menyapa, bertanya lokasi tujuan siapa sahaja yang melalui kawasan itu...mau ke Keningau? Tambunan? Tenom?...semua pilihan ada, ruang tempat duduk penuh..yahooo boleh jalan laa.

Laju nanti ketinggalan bas ( tiket sudah dibeli )...aku hanya mahu ke tandas. Tiba-tiba....

"Dik mau pigi mana ?"

"Pigi tandas"...

menjawab soalan yang diajukan. kemudian selangkah dua langkah, aku menyedari sesuatu...oppss bukan itu maksudnya...ahahahahahaha.

wordless wednesday 6#


~suatu ketika~


Oh dugaan

salam...wah rabu sudah rupanya, so ertinya ada wordless wednesday, tapi sebelum itu aku update lain dulu hehe. bukan apa semalam tidak berkesempatan mencari dan membuat bahan-bahannya, kerana diri ini ditimpa 'sakit mengejut' wakakakak...isk isk isk.

kasihan??tidak juga cuma, entah kenapa di bulan ini, banyak pula kerosakan berlaku di dalam badan ini..mungkin juga kerana cuaca yang semakin panas..tempat korang ada peningkatan suhu tak??oh di Keningau ini, suhu berada dalam 35 darjah celcius, panas betol laa...lepas sekolah semalam, aku rehat so opcos la tertidooo zzzz..bangun-bangun jer badan terus terasa lemah selemahnya..apakan tidak, sehari 5 kali aku 'membuang' semuanya air... but semangat lagi kuar pegi beli  makanan untuk berbuka hihi..

akhirnya...aku tidak mampu terawih kerana badan tersangatlah lemah...aduhhhh...beginilah dugaan berpuasa..tahun lalu aku kena cacar masa puasa...sekarang, yang ini. Cobaan~~Tapi aku masih mahu semangat berpuasa, tiada alasan untuk tidak berpuasa, bersabarlah Inn..apa pun dugaannya kita perlu tabah bukan??Semoga diperkuatkan diri di bulan Mulia ini...amin.

terkurang pahala aku...aduh~

Sah pahala aku kurang!sah dan pasti...satu hal sebab aku sendiri, kalo mula buat lawak habis satu alam aku buat jenaka, lupa sekejap di bulan puasa nie kena kurang-kurangkan..sekali teringat balik, istiqfar saja la aku..hehe

kemudian kerana orang lain, aikk aku nak salahkan orang lain ker??tak la..tapi...ahh ada tapi...kalo mulut aku dah senyap ertinya aku waras untuk mengawal mulut aku untuk berkata-kata. Tapi tadi masa aku berbaris tunggu turn bayar kat kaunter, 'terdengar' orang di belakang kutuk punya sedap cashier, siap boleh citer lagi buruknya hidung cashier yang sedang dikutuk...aiiiihh panas aku. nak jer aku toleh, pastu jeling kat dia 

'ko ni cantik kalah aishwarya rai ker, sedap ja ngutuk idung orang'

Mau jer aku bagi sebijik (dua bijik pun tak pe rasanya )...tapi sabar ja la...tengok, pasal mereka itu, aku terikut sama pula mengutuk..yelah mengutuk dorang biar pun sekadar dalam hati..aduhh kurang-kurangkan lah mengata orang di bulan puasa , kalo rasa mulut tu gatal sangat, kutuk diri sendiri takpe kot. 

kalo dia hodoh ker apa ker, semuanya ciptaan Tuhan, kenapa kita selalu sesedap mulut merendah-rendahkan mereka...hidung kemek ke, mancung ker, kembang ker sama juga fungsinya untuk bernafas..isk isk tak semana-mana aku mebebel dalam blog...


berbunyi-bunyilah..isk isk

kenapa ni berbunyi-bunyi??isk isk..sat lagi depan budak pun berbunyi aduhh malu la aku..muahahah..ni la gamaknya kalo kaki makan jer, dah posa gini perut menuntut untuk di isi..sabar-sabar wahai perut sekalian...kita berpuasa selama sebulan, aku bagi peluang berehat sikit...buang lemak yang berlebihan tu..wakaakaka.

Hari pertama selalu meletihkan, tapi dah lepas dua tiga hari nanti okey la tu...ustazah aku penah cakap begitu dulu.Ingat lagi...so sampai ke tua begini juga tabiatnya..isk isk.