setiap jenis hubungan itu sentiasa ada dugaannya

Tiada yang terlepas dari mainan dunia...tiada yang tidak pernah diuji sebaik lahir...tiada seorang pun yang lepas dan menjadi bahagia tanpa menempuh dugaan..liku-liku hidup.

ibu bapa dan anak ~

Ibu bapa diuji dengan karenah anak yang pelbagai, mungkin sedikit cabaran kepada ibu bapa apabila berhadapan dengan anak yang tidak menurut kata, anak yang diharap mampu membahagiakan di hari tua namun menjadi anak derhaka membiarkan orang tua sendiri di ceruk rumah orang tua...

anak itu kadang punya ibu bapa yang tidak bertindak sebagai pelindung sebagai pemimbing, lalu berhadapan dengan ibu bapa yang memusnahkan diri sendiri...yang membiarkan si anak jauh terpesong dari jalan sebenar..kadang mereka sendiri menjerat si anak ke lembah hina. menjadikan hidup si anak menjadi hitam, kelam tidak mampu menjadi seperti kanak-kanak yang lain...

pasangan bercinta~

Hubungan ini pasti mulanya disulam dengan kerinduan kepada pasangan, kemudian mula memasang banyak impian dan angan-angan...dan apabila cinta mula berputik, hati berbunga bahagia 'bak syurga' indahnya dunia ini...dan takala kata disimpul, berjanji untuk menjadi kekasih terbaik yang mungkin pernah wujud, kebahagian itu sentiasa mengabui dugaan selepasnya. 

mungkin ujian didatangkan kepada si lelaki. menguji tahap kesabaran melayan manja kekasih hati yang kadangkala menjenuhkan atau rajuknya yang seakan tidak bertempat. 

atau juga ujian dan dugaan itu didatangkan kepada si perempuan, terpaksa berjadapan dengan 'liar' si kekasih hati, yang mungkin kadang terlebih nakal, atau cuba memasang angan punyai dua bunga di hati...dan tidak kurang yang lelaki pujaan itu punya ego setinggi gunung hampir mencapai langit..umpama maharaja!

Persahabatan~

Sukar untuk mendapat sahabat...sesukar mencari sebutir mutiara di lautan...yang mahu hadir takala hati diruntun kesedihan, takala kepayahan melemahkan semangat meneruskan nafas kehidupan...persahabatan itu sentiasa diuji kebenarannya.
bukan mencari yang terbaik, hati berdetik beberapa kali...cuma mungkin mencari yang mahu mereka yang ikhlas menjadi sebahagian diri, yang tanpa segan menegur diri andai tersilap percaturan...yang tangisan hati mampu dirasai walau jauhnya jarak beribu batu. 

ikhlas?tidak akan kelihatan...tidak akan dinyatakan...kehadiran keihklasan itu hadir bersama mereka yang tidak mahu sebarang balasan kepada sahabat tiap kali menghulur tangan..mengurangkan tekanan bila beratnya beban seakan-akan langit menghempap diri...takala diri berdiam memohon pengertian. 

kata-kata kadangkala tidak mampu mentafsirkan bisikan hati sahabat...kehilangan kata-kata menguji sahabat untuk bersabar dan memahami disebaliknya...tidak akan ada duanya sahabat andai yang pertama telah hilang, kerana masa lalu tidak akan mampu diputar kembali mencari diri sebaiknya. 





No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P