selamat jalan E...

Mood~sedih...mungkin tidak laa sampai menagis.Hiba jer (kontrol)!


Kawan aku ini akan mengakhiri tugasnya pada esok hari...kerana telah berpindah ke Perak...di satu sudut aku gembira kerana akhirnya dia kembali kg halaman dan tidak akan betah lagi duduk berjauhan dengan keluarganya...Namun di sudut yang lain itu, terasa sedih kerana akan kehilangan kawan yang baik. Jarang aku bertemu mereka yang boleh masuk kepala angin aku nie dalam tempoh yang singkat, tapi dengan dia berbual berjam-jam itu seperti angin yang menyapa lalu menenangkan jiwa yang kusut kerana kerja bertimbun-timbun.

Kenduri doa selamat tadi adalah kesempatan terakhir kami untuk berjenaka bersama, buat kali terakhirnya aku percaya aku nie emo juga orangnya kadang-kadang aishhhh!

Doa untuk ko E ( Khairiah ) semoga selamat pergi dan selamat sampai...ingatlah kami di bumi Sabah ini sekali sekala hukhuk~InsyAllah kalo ko kawen nanti, kami datang..hehe..aku sedih  la E...hilang sorang kawan gila-gila aku.




No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P