sejarah~dulu kini dan selamanya

cikgu..."susah bah sejarah, mau ingat fakta la, ingat tarikh lagi"

"mau ingat nama-nama orang, punya la susah.."

"tidak tahu macamana mau belajar sejarah, baru baca lepas tu lupa..aii susah"

aku mengangguk mengiayakan...hati aku bersetuju...kalian mengalami apa yang telah aku alami 10 tahun yang lalu...

subjek itu bukan antara yang aku minati...bukan juga yang dibenci namun kepayahan mengingati setiap fakta membuatkan aku seakan-akan mahu berserah apa saja yang berlaku kelak pada perperiksaan sebenar...itu cerita ketika aku bergelar pelajar.. 

kini...bertanggungjawab mengajar sejara menjadikan aku tiada pilihan selain 'terpaksa' mengimbau cerita dahulu, meningati nama yang sebahagiannya telah tiada...aku bermula dengan kepayahan bermula dengan kekuatan hati kemudian menanam semangat cinta akan sejarah. 

berjaya??aku tidak mahu menipu diri..sungguh aku telah menjadi sebahagian yang mahu generasi muda mengetahu sejarah itu penting...berharga...bernilai...bangsa yang melupai  sejarah akan menjadi bangsa mudah ditumbangkan. kemerdekaan Malaysia andai tidak diselusuri sejarah liku-liku jalannya, andai tidak mahu mengingati sejarah pahit maungnya~kita akan manjadi bangsa yyang mudah lupa...tidak akan menjadi bangsa yang mahu bersyukur atas nikmat kemerdekaan...akan terus hanyut dibuai arus kecetakan kesedaran...

p/s : mungkin mood bulan merdeka ini datang seawal bulan Julai..


No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P