saya tidak memaksa...tidak!

sekali fikir rasanya saya sudah membuat yang terbaik...mengorbankan yang boleh dikorbankan, mengembirakan hati setakat yang mampu , memberi setakat yang boleh dihulurkan...saya sudah berusaha menjadi kawan yang baik.

tidak akan ada hati, tidak akan ada di sana yang mahu bersetuju bahawa saya boleh menjadi kawan yang baik...sungguh diri sendiri tidak bersetuju. saya tahu saya bukan kawan yang baik, kadang-kadang saya lalai, kadang-kadang saya lupa kawan itu punya perasaan. yang perlu dijaga. 

Namun percayalah, saya telah berusaha sebagus yang mungkin, sejujur yang mampu untuk menjadi seorang kawan kepada anda...ketahuilah kelemahan saya itu ialah saya sukakan kesunyian dan menyendiri tika merasakan tiada yang mahu diperkatakan...bila saya dipenuhi kekeliruan...Membenci itu bukan pilihan saya.

dan anda berhak untuk tidak berkawan dengan saya...mungkin saya tidak layak berkawan anda, saya tidak punya ciri kawan yang baik bagi anda...saya ini rela dan redha...

uittt apa ko mengarut ni inn???saya seperti mengecewakan seseorang...isk isk!Terasa seperti tidak berguna...hamba mahu berguling-guling.







No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P