saya berhajat besar

alhamdulillah syukur...diizinkan untuk kita berpuasa sekali lagi pada tahun ini..kesempatan yang diberikan kepada kita hamba-hambaNya untuk menambah pahala, memperbaiki diri menjadi sebaik-baik insan. 

Selepas terawih pertama tadi, hati terasa tenang...ingin berkongsi rasa dihati, tapi tiada siapa, lalu saya mencoretkan dalam blog ini. bukan mahu menunjuk-nunjuk kebaikan diri, tidak sekali. Namun kebiasaan diri untuk bermonolog membawa diri untuk mencoretkan segala di sini...(serius je kan..hehe)

Ramadhan tahun ini, saya berhajat besar untuk berbuat, mencapai dan berharap besar dengan beberapa perkara. Doakan semoga saya boleh melakukannya yaa...

  • Mahu memaafkan mereka yang pernah membuatkan saya mungkin sedikit terluka (ikhlas)
  • Membuang beberapa tabiat yang kurang baik (banyak, kalo dapat kurangkan kira okey la tu kan hihi )
  • Menyempurnakan amal sesempurna yang mungkin. Insyaallah.

Boleh ker Inn??entahlah..kalo tengok rekod macam tak boleh...tapi kalo kita mahu pastu berusaha mesti boleh kan kan...ok chaiyooooo Inn...so selamat berpuasa sekali lagi kepada semua bloggers sedunia..jangan lupa sahur besok...

No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P