kisah teladan~katak oh katak

Sekelompok katak sedang berjalan-jalan melintasi hutan. Malangnya, dua di antara katak tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, katak-katak yang lainnya menyarankan kepada kedua katak tersebut supaya mereka lebih baik mati sahaja.Kedua-dua katak tersebut tidak mengendahkan komentar-komentar itu dan cuba untuk melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati. 


Tidak berapa lama selepas itu, salah satu daripada katak yang berada di dalam lubang itu mendengar saranan katak-katak yang lain lalu menyerah. Dia terjatuh dan mati, sedangkan katak yang seekor lagi tetap berusaha melompat sedapat yang mungkin. Sekali lagi kerumunan katak tersebut berteriak kepadanya agar berhenti berusaha dan mati sahaja. Dia, si katak itu, bahkan berusaha dengan lebih keras. Akhirnya, dia berjaya juga sampai ke atas dengan membuat sebuah lompatan yang kencang.

 
~katak ini berehat kepenatan~wakakka
Katak-katak yang lainnya takjub dengan semangat katak yang satu ini dan bertanya "Apakah kamu tidak mendengar teriakan kami?" Lalu katak itu (dengan membaca gerakan bibir katak yang lain) menjelaskan bahawa sebenarnya ia tuli. Akhirnya, mereka sedar bahawa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberi semangat kepada katak tersebut untuk lebih berusaha...^___^
 p/s :kisah ini diambil daripada post kak laila...hehe kita kongsi2 ek.. 



No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P