kisah ju dan manji.

"cuba u tengok perut i "kata Ju kepada Manji sembil mengusap perutnya yang dah nak masuk lapan bulan. "maknanya, tak lama lagi kita nak dapat baby. kalau baby boy, i taruh nama. kalau pompuan u yang bagi nama. ok, canteek?"cadang Manji. 

"orait jugak. kalau cam tu, kalau dapat baby girl, i nak beri nama Naza Avanza. memang dah niat nak kasi nama ni sejak bumi ni belum wujud lagi, amacam boleh?"Tiba-tiba Manji ketawa besar. " u ni biar betul. itu nama keretalah, bagilah nama yang cerdik sikit". 

Ju berasa geram mendengar sindiran Manji. mulutnya muncung seperti ikan kona menyambar umpan mercun bola. "ha, biar i taruh nama best, Safee Sherks, best tak nama ni?"konfiden kata Manji. "bagilah nama berjenis sikit. tak naklah makhluk hijau buruk tu"giliran Ju memangkah Manji pula. 

"amacam kalau nama Norsamun. Norsamun Railey, sedap tak nama ni?". "cuba u fikir sket. nak ke kalau dah besar nanti, orang panggil nama anak kita Samun ke Penyamun ke, nak ke?"soal Manji."asyik-asyik kena caras, u terer sangat, u bagilah nama"luah Ju yang kecipanan tak puas hati. 

"set, i bagi yang terbaik. this name is call Akai Maero, superhero Jepun abad 90-an. ok tak?". "cam hilang akal je nama tu, tak ada nama superhero lain ke?"tanya Ju lagi. "superhero lain lagilah hilang akal. semuanya pakai spender kat luar".

Ju dan Manji saling memerah otak demi memberikan nama yang terbaik untuk anak mereka nanti. "amacam, kalau nama Toman Hakim"."Toman kan spesies ikan air tawar. nanti semua kekawan sekolah dia ejek ikan toman nak ke?". "betul juga kata u tu"balas Manji. "Muflis Zain. Ha nama ni ada unsur islamik sikit". "Muflis kan maksud dia bankrap kan?"."yang sebetulnya nama Nur Alza Mutawasittah terpaling layak kan..kan.."pantas Ju meludahkan cadangannya. "pantang keturunan aku nama najis-najisan" "ye ke?"wajah Ju mengarca kekantoian. 

suasana sepi seketika. "Andy Wajib". "tak naklah. nanti orang panggil mandi wajib pulak". "nak nama Nurul Jannah ke, Nurul Jenayah ke?". "dua-dua tak nak". "Shamsul Penadol?". " ishh, nanti orang panggil nama pendek dia, Samdol". "Ectasy". "Tu pul khayal tu". "nama AHA 4321". "u jangan buat gila!mana ada orang bagi nama anak ikut nombor plat kereta. STOP STOP . nak tanya sket boleh tak?" Ju menjegilkan iris matanya. "Boleh". 

"u nie terencat akal ke?kita belum lagi kahwin kan?perut i ni kembung pasal 8 jam dating tapi angin je yang masuk dalam perut. i cakap kias, u tak faham. sebetulnya i nak suruh u belanja makan."luah Ju kelaparan giler. " O...cakaplah nak makan. apahal yyang tunjuk-tunjuk perut tu. jom i belikan kuaci sebungkus, kita kongsi berdua". 

"Hishh...kedekutnya. Taik hidung tiga rasa punya boipren"bisik hati kecil Ju lalu merungut-rungut dalam bahasa unta laut...HAHAHAHAH...(SUMBER KOMIK g3)









No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P