saya berhajat besar

alhamdulillah syukur...diizinkan untuk kita berpuasa sekali lagi pada tahun ini..kesempatan yang diberikan kepada kita hamba-hambaNya untuk menambah pahala, memperbaiki diri menjadi sebaik-baik insan. 

Selepas terawih pertama tadi, hati terasa tenang...ingin berkongsi rasa dihati, tapi tiada siapa, lalu saya mencoretkan dalam blog ini. bukan mahu menunjuk-nunjuk kebaikan diri, tidak sekali. Namun kebiasaan diri untuk bermonolog membawa diri untuk mencoretkan segala di sini...(serius je kan..hehe)

Ramadhan tahun ini, saya berhajat besar untuk berbuat, mencapai dan berharap besar dengan beberapa perkara. Doakan semoga saya boleh melakukannya yaa...

  • Mahu memaafkan mereka yang pernah membuatkan saya mungkin sedikit terluka (ikhlas)
  • Membuang beberapa tabiat yang kurang baik (banyak, kalo dapat kurangkan kira okey la tu kan hihi )
  • Menyempurnakan amal sesempurna yang mungkin. Insyaallah.

Boleh ker Inn??entahlah..kalo tengok rekod macam tak boleh...tapi kalo kita mahu pastu berusaha mesti boleh kan kan...ok chaiyooooo Inn...so selamat berpuasa sekali lagi kepada semua bloggers sedunia..jangan lupa sahur besok...

Ramadhan kali ini





Salam...yeyeye esok kita akan mula berpuasa, walaupun belum ada pengumuman rasmi, tapi aku sure punyer la besok mesti mula posa!korang??tak yah beat-beat la janji kita puasa kan kan kan..wooo~

Ramadhan kali ini, aku harapkan lebih baik penghayatannya dari yang lepas. Semoga segala dosa dan hitamnya kesilapan aku, mampu aku hilangkan. Tiada doa lain selain doa untuk aku akan menjadi manusia lebih baik dari sebelumnya. Manusia yang baik itu permulaan segala kebaikan di dunia ini, permulaan kebahagiaan manusia akhir zaman yang semakin kelam jiwanya. 

Ya Allah tetapkanlah iman hamba-Mu ini menghadapi segala dugaan Mu di atas bumi ini, hamba-Mu yang lemah ini memohon sejuta kekuatan dalam merai nikmatnya berpuasa pada penghulu segala bulan yang dinanti sekiannya.sama-sama kita doa ekk...

...SELAMAT BERPUASA BLOGGERS...



saya faham.

update tengah malam umpama burung hantu, mata segar semacam je malam-malam...ngeeee~.apa ko mau cakap inn??kisah yang panjang ini aku pendekkan untuk mengelakkan sebarang penipuan atau tokok tambah..ahahah.

korang penah tak rasa yang terasa ada orang cakap pasal korang tapi bukan secara langsung...but korang surely tahu, faham dan mengerti, yang diucapkan itu ditujukkan kepada korang??penah ke tak??tak penah??tak pe...tak penting..haha.kiddin.

Aku punya pengalaman. baru je, yang herannya aku pun boleh faham...memang kata-kata tu ditujukkan kepada aku..aku ada kuasa psikik ke?ke kata-kata itu telah di spell nama aku??hahaha..mengarutlah ko nie inn.apa-apa la kan, mungkin mereka mempunyai sebab berbuat begitu. Tidak apa "saya faham :) ".

Kisah dulu banyak mengajar untuk aku lebih kerap memahami. lebih kerap untuk mendengar...Mengerti setiap dari kita ini kadang memerlukan masa untuk berbuat sesuatu.Kerana aku juga punya sebab untuk berbuat begitu.

selamat jalan E...

Mood~sedih...mungkin tidak laa sampai menagis.Hiba jer (kontrol)!


Kawan aku ini akan mengakhiri tugasnya pada esok hari...kerana telah berpindah ke Perak...di satu sudut aku gembira kerana akhirnya dia kembali kg halaman dan tidak akan betah lagi duduk berjauhan dengan keluarganya...Namun di sudut yang lain itu, terasa sedih kerana akan kehilangan kawan yang baik. Jarang aku bertemu mereka yang boleh masuk kepala angin aku nie dalam tempoh yang singkat, tapi dengan dia berbual berjam-jam itu seperti angin yang menyapa lalu menenangkan jiwa yang kusut kerana kerja bertimbun-timbun.

Kenduri doa selamat tadi adalah kesempatan terakhir kami untuk berjenaka bersama, buat kali terakhirnya aku percaya aku nie emo juga orangnya kadang-kadang aishhhh!

Doa untuk ko E ( Khairiah ) semoga selamat pergi dan selamat sampai...ingatlah kami di bumi Sabah ini sekali sekala hukhuk~InsyAllah kalo ko kawen nanti, kami datang..hehe..aku sedih  la E...hilang sorang kawan gila-gila aku.




awan mendung berarak laluuuuu~

Kini saya percaya, yang kebenaran itu sentiasa akan dapat mengatasi segala kekeliruan...saya percaya andai kita mahu bersabar, pasti akan ada jalan disebalik semua kekalutan...seandainya kita mahu.

~The right is mine~
Harus bersyukur kerana masih dikurniakan akal kewarasan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup, yang kadang-kala memaksa diri untuk bertindak di luar kebiasaan. Kadang berhadapan dengan betapa kita saling menyalahkan yang lainnya malah keadaan juga turut dirasakan tidak memihak...

Seminggu yang lalu...diuji sekali lagi...bukan alasan yang dicari untuk kesekian kalinya..tidak mahu menyalahkan sesiapa, kerana merasakan diri punca segalanya...lau menyerahkan segalanya untuk ketentuan takdirnya di mana. Bukankah manusia itu dituntut untu berusaha andai mahukan perubahan??..lalu diri berusaha di sebalik kekecewaan, namun merasakan tiada yang datang bergolek...harus tabah dan tabah!

bukakan hati kita kepada kelemahan diri dan kuatkan diri untuk memperbaiki segala kekurangan, pasti awan mendung berarak lalu untuk menyinari esoknya...










sepetember itu (episode 2)

bersambung~wawaaaa...rupanya banyak lagi yang kena buat sebelum bertemu september itu, aduhhhh aku stat dah pening...ingatkan dah mula langkah pertama, aku kena tunggu jer hahaha, rupanya banyak lagi itu ininya..isk isk serabut la otak mak..huh!

so...i depends on u la...wakakaka..xbole kena sama-sama laa, september itu bersama bukan??aku tinggal kang ahh ahh..uishhhh.jangan.stop!will be continue~

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud ( Offical Video )



~setiap kali mendengar lagu ini, setiap kali itulah seakan-akan terasa diri semakin jauh~

Wordless Wednesday #5


~Disebalik gambar ini?~( hakikatnya ini lada yang mak aku tanam...hehe)~ 









Menghitungi september itu (episode 1)

Buat pertama kalinya aku berjaya memulakan langkah...pertama kalinya aku berusaha untuk berjalan sejauh yang mungkin...aku masih belum yakin!namun aku telah pun memulakan...so kena terus melangkahhhhh~ngeeee

aku belum bersedia untuk bercerita sepenuhnya cerita september ini...kerana hanya permulaan...apa apa apa??belum tiba masanya....saatnya tiba, kalian pasti tahu...(suspen semacam..hahaha)

cerita ini bersambung...jika mempunyai perkembangan pasti episode 2 menyusul.nantikan!!muahaaaa..taaaa luv u all.^-^




saya tidak memaksa...tidak!

sekali fikir rasanya saya sudah membuat yang terbaik...mengorbankan yang boleh dikorbankan, mengembirakan hati setakat yang mampu , memberi setakat yang boleh dihulurkan...saya sudah berusaha menjadi kawan yang baik.

tidak akan ada hati, tidak akan ada di sana yang mahu bersetuju bahawa saya boleh menjadi kawan yang baik...sungguh diri sendiri tidak bersetuju. saya tahu saya bukan kawan yang baik, kadang-kadang saya lalai, kadang-kadang saya lupa kawan itu punya perasaan. yang perlu dijaga. 

Namun percayalah, saya telah berusaha sebagus yang mungkin, sejujur yang mampu untuk menjadi seorang kawan kepada anda...ketahuilah kelemahan saya itu ialah saya sukakan kesunyian dan menyendiri tika merasakan tiada yang mahu diperkatakan...bila saya dipenuhi kekeliruan...Membenci itu bukan pilihan saya.

dan anda berhak untuk tidak berkawan dengan saya...mungkin saya tidak layak berkawan anda, saya tidak punya ciri kawan yang baik bagi anda...saya ini rela dan redha...

uittt apa ko mengarut ni inn???saya seperti mengecewakan seseorang...isk isk!Terasa seperti tidak berguna...hamba mahu berguling-guling.







keletihan..aduhhh

letihhhhh...semalam balik lewat...balik rumah terus buat power point untuk kelas sejarah hari ini..aduhh memang aku penat...buat punya buat sampai jam 1..adeiii.extra masa setengah jam, update blog wakakakka..akibatnya aku kepenatan hari ini, tetapi masih semangat masih mahu belajar. 

Tapi saat ini aku memang keletihan setelah selesai kelas...alhamdulillah.Tapi habis segala kuasa dalaman dan luaran aku hahaha..


Percubaan kedua...

 "apa khabar?saya cuma mahu bertanya...hopely evrythng going well. Gud luck to ur new sem." 
~~SEND~~

~~I MESSAGE~~
"OK :)"

P/S: Don't give up...hahahahaha.




betapa aku harus bersyukur...alhamdulillah.

salam...isnin tadi seperti biasa, dilalui dengan semangat mahu memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar aku agar terus bermotivasi untuk belajar...menimba ilmu di dada. cewahhh kata-kata ini sangat berwibawa..hehe

Namun bukan itu yang mahu diperkatakan larut malam ini ( huhu aku baru punya kesempatan update, agak sibuk siang tadi, emmm aku sibuk buat apa tadi ekk??heran)...seketika aku merasa sangat bersyukur. ALHAMDULILLAH. 

Pagi tadi sedang aku cuba makan sarapan rojak yang tidak sedap...seseorang menyapa dari belakang...aku menoleh dan melihat seseorang yang aku kenali...suatu ketika dulu ketika diri ini bergelar pelajar U. seakan-akan aku mahu berpaling berpura-pura tidak mengenali, tapi entah kenapa mulut aku lancar je menyebut namanya...sungguh mahu mengelak. bukan malu mengaku kawan, cuma ralat takut dirinya berasa rendah diri...akhirnya aku sedaya upaya berlagak biasa, tidak mahu menimbulkan rasa rendah diri sahabat itu...

Segulung ijazah itu rasanya belum pasti menjanjikan pekerjaan yang diimpikan setiap dari kita...bagaimana dia boleh mejual buku-buku itu walau sudah bergelar mahasiswa 4 tahun yang lalu...Bukan aku memandang rendah pekerjaan itu, tidak!!!aku cuma merasa hiba melihat dirinya begitu, teringat zaman bergelar pelajar U dulu, masih segar rasanya ingatan itu, walaupun tidak menjadi kawan rapat, tapi kami saling mengenali.

Saat itu aku sangat bersyukur, mendapat pekerjaan ini...walaupun tidak mampu memakai kereta idaman, aku masih rasa terlalu bersyukur...Ya Allah permudahkan jalan sahabatku itu, kerana ku tahu peritnya diri melihat masihsama sekian lama di cermin kehidupan.


p/s : semoga pertemuan seterusnya ada senyuman manis dibibirnya..amin.






aku minah bollywood ke??

apa sudah jadik??kenapa lagu ko nie macam lagu hindi??awak nie minah bollywood ke??huh..tak bangga dengan budaya dan bahasa kita ker??...BUKAN!

TIDAK SALAH rasanya aku minat dengan lagu-lagu hindi ( sebenarnya filem hindi pun layan jugak,wakakaka...TAPI TIDAK SEMUA!!)...entahlah susah aku nak cakap kenapa, bagaimana, kenapa aku boleh minat dengan dunia bollywood tuh...lama dah sejak sekolah menengah lagi...

tapi bukan semua, hanya filem tertentu sahaja yang menjadi igauan mimpi aku ( yaa aku memang kaki mimpi )..antara  pelakon yang  filem dia 'mesti tonton' dan PALING AKU SUKA tentulah Aamir Khan..huh sejak zaman dulu kala lagi, sejak dia ada rambut tebal sampai laa nie, korang perasan tak, dia makin tua makin hensem (ker mata aku nie dah rosak wakkakaka). 

~hensem kan...wooooot~hehe

hah!yang ini aku gila bangat sejak filem pertama dia, Hrithik Roshan, walaupun zahirnya dia looks perfect, korang perasan tak, tangan kanan dia ada 6 jari??ibu jarinya itu kembar!!BUT...itu tidak mencacatkan langsung keminatan aku dengan dia..ko dah minat inn!!hahaha...sekarang aku tengah tunggu filem dia dengan Katrina Kaif...jeng jeng~

~Hrithik Roshan (macamana korang sebut nama dia ?.;)) )

Dan yang terakhir sekali...yang ini masih bujang wkakakaka...so??sajalah nak sebut isk isk...dunia bollywood nie kerap mengalirkan darah seni mereka dalam family, sudah bapa or ibu mereka menjadi pelakon, pasti si anak akan turut menjadi pelakon, begitu juga dengan Ranbir Kapoor! anak kepada Rishi Kapoor, mewarisi bakat berlakon dari seluruh keturunan Kapoor Family...bukan sahaja kacak hensem tapi bagi aku dia juga punya bakat belakon dengan baik...tidak semua begitu. Sekarang lebih ramai bersandarkan paras rupa tapi bab berlakon huh muak aku nak nengoknyerrrr~(wahhhh macam ko pandai berlakon kan inn..blueekkk)

~Ranbir Kapoor makan kuih bom~hahahaha 

aikk pasal aku tetiba cakap pasal keminatan aku terhadap dunia bollywood nie?kenapa?oo..mungkin kerana tika anda membaca entry ini, anda sedang mendengar lagu hindi...wink***i like the song, from Saawariya film...it's touch my heart...blow my feeling and turn my day  with daydream who you admire..ahahaha!layan jaaa kelabu asap otak aku nie..cjowww~


bila rasa itu...

huh!Baru berkesempatan update...sibuk di sekolah, hari ini Jumaat, kelas aku full...niat mahu berbual-bual lebih di bilik guru pun tergendala..hehe.

Tadi lepas makan, terpaksa pula datang dewan, ada aktiviti untuk budak-budak..so cetanya aku duduk dalam dewan tu sampai pukul 10.30...tetido saja aku tidaklah...huawaaa.mengantuk...TAPI bila mula buka laptop, buka lagi blog kesayangan aku nie..seperti disimbah air mataku ini, segar semacam isk isk isk.PELIK.

oh...aku mengingati seseorang.. aku kehilangan kata-kata...bila rasa ini mula bermain di hati, aku mahu membohongi akal..tiada apa yang mampu aku lakukan.aku perlu menghormati keputusan itu...walau tidak rela...

aku tidak mahu tersenyum atas penderitaan yang lain..biarlah...mungkin suatu hari nanti harapan untuk difahami akan mampu menghilangkan kekesalan...memadam kekhilafan.Bukan tidak mahu menjelaskan dengan kata-kata, aku cuma mahu MENGHORMATI KEPUTUSAN ITU.






situ sana sini Pertandingan Bercerita/Membaca Cerita Kanak-kanak




 seperti yang dijanjikan tadi...saya upload gambar kanak-kanak riang yang menyertai pertandingan yang saya telah menjadi hakim tidak bertauliah..ahaha layan saja..saya biarkan gambar-gambar ini bercerita bagaimana mereka sangat menghiburkan saya.



 ~bergambar kenang-kenangan~~tak tahan peace juga laa...:))~


 ~Irfan : si penyambung cerita~hahaha.nakal!

 ~Gud boy~Tekun membaca dengan mimik muka yang tidak berubah.:))


~PARA PEMENANG (semua yang ikut dapat hadiah sebab peserta 5 orang jer tapi xpe asal sume happy..hehe)

~No.5~
 ~No.3~


 ~No.2~

 ~No.1~yeyeye

...bersama kakak dan abang pelajar Tekniken..suka sangat la dorang..macam terlebih pula kan..kita layan ja..orait...thanks sudi melihat...muaaahh~


aku jadi hakim "kanak-kanak bercerita'..hihi

Oh tidak...tetiba jadik hakim untuk budak-budak bercerita, mula-mula macam tak nak ambik sebab aku tak reti sangat jadi hakim bab-bab gitu..wawaaa..tapi dan kawan tu minta tolong, okey laa..cincai ceta aku pilih untuk hakim untuk kelancaran..hahaha...

Budak-budak tadika..macam-macam ragamnya..aduhh ada yang bercerita tak dengar suara, ada yang bercerita separuh jalan "sekian terima kasih"..pastu budak yang naik, sambung balik cerita dia...wakakaka...ketawa saja la aku...terhibur melihat telatah mereka yang masih terlalu hijau.

Tapi aku sangat berbangga melihat di usia 6 tahun itu, terdapat antara mereka yang sudah lancar membaca...gigihnya mereka membaca buku cerita tanpa mempedulikan sekitar, tidak memperdulikan kawan-kawan yang sibuk juga bercerita di belakang (budak-budak katakan...manalah reti bagi tumpuan huhu). 

gambar??ada nanti aku upload k..masih ada tempat kawan yang satu itu..nanti aku tunjuk budak-budak itu yang bercerita dan budak yang separuh bercerita...



aku jeles sebab dia cantik!

Ini cerita sahih di tengah malam, walau mata aku mengantuk sangat..namun hal sentiasa berlegar-legar (entah bila nak mendarat) dalam kepala aku yang kecik ni...aku jeles @ cemburu dengan mereka yang cantik!!!

Sungguh la aku jeles...kenapa ko hodoh sangat ker inn??TIDAKLAH juga, cukup sifat jugak, ada mata dua, hidung satu (lubang hidung dua, korang lebih tak??kalo lebih aku bole jeles juga..kenapa aku kurang!!), mulut satu..sempurna sifat.ALHAMDULILLAH.

Habis??yelah aku masih juga jeles tengok orang lain yang pada pandangan mata aku cantik...hidung mancung sikit, mata besar sikit..sedap mata memandanglah dimudahkan cerita...jeles-sejelesnya!!!korang tak jeles ker??kalau dan tengok, macam tak nak lepas...kalo bole nengok je keja (sambil berangan-angan secantik itu)huhu.

opsss anda mahu marah??hihi...janganlah..aku tetap bersyukur dikurniakan sempurna sifatnya...hanya mahu berkata-kata pada hakikat kebenaran yang diungkap sekadar hiburan hati...sungguh aku bersyukur, tidak secantik mana, tapi rasanya cukup rasa...wakakakakaka...blahhhhh la ko inn!!!oraiiit..nite.sedia bahan esok untuk wordless wednesday!!!peace no war bebehhhh.. 


can you understand?


"When the world says, "give up", Hope whisper, "Try again one more time," 



I didn’t pray for God to save her, so much as to pray for God to help me make the right decision…if this was “it”i wanted and needed the strength to do what i needed to do. i thought she was giving up, and i wanted to do right by her. i cried one night..then~ 

  i am feeling Hope whispering…keep trying, and just take it one day at a time. 

can you undertsand?..

=_='







mereka itu hanya tahu bercakap...

ya..masing-masing ada pendapat untuk menegakkan kenyataan yang difikirkan benar mengikut hati...mengikut akal masing-masing...tapi apabila mereka bercakap mengikut mulut itu, tanpa mengetahui apa yang diperkatakan kadang-kadang mereka tertinggal sesuatu...mereka terlupa untuk menilai terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. 

Lalu dengan yakinnya mereka mula berkata-kata membuat orang lain untuk berkata ya atau tidak tentang perkara tersebut...mengumpul sebanyak mungkin sokongan untuk kebenaran yang dikatakan benar belaka. 

bagaimana untuk menidakkan perkara itu??jelas dan nyata...aku sukar untuk mengikut rentak tersebut semudah mengangguk kepala...Namun aku percaya masing-masing punya pendapat. Jangan duduk di kerusi setakat berkata-kata tanpa mahu  tahu...Jangan menyangka diri sepandai itu, kadangkala yang kelam itu ada mutiaranya... 



aku nak p melancong!Tolonglah...

Bosan aku bosan...bosan aku...aku bosan ok cukup...aku bosan!!ha..ha..ha..gilos dah ko inn??tidak juga tapi hampirlah..isk isk isk jauh-jauh...

Hampir aku kepenatan memikirkan setiap hari keja, sejak balik dari Terengganu last year, i never take a holiday!patut pun aku rasa semacam jer, macam sebal macam sengal macam-macam laa..AKU KENA PEGI HOLDAY JUGA..CUTI-CUTI INN!!!yeahaaaaa.

so searching harga tiket, opcos la AirAsia...dah hok tu paling murah kan, so aku cari punya carik dari bulan september sambil la bulan disember...paling murah dapatlah arounh RM390.00...kalo kira-kira memang berbaloi cz aku nak pegi Indonesia..wowwww (angan-angan)...hold dulu la, tanya membe-membe lain, dorang nie kalo cakap beria-ia nak pegi, suh cari tiket malas ishhhhhh...pastu dah carik tiket, belinya tidak termasuk aku la hahahaha..


Tapi sungguhlah aku nak pegi bercuti-cuti sedunia...tahap bengong dan kestressan aku sekarang ni, tahap cipan tua..zaman nenek kambing aku kot...sampai mimpi yang bukan-bukan.Harap-harap yang lain pun setuju..2 3 hari pun jadik la, janji aku berlari-larian dari tempat ini seketika.

manusia nie perlukan rest kalo dah berbulan-bulan keja keras (kononnya la kan)...kalo tak mesin akan rosak,kalo aku rosak maka biul la otak hamba nie..









Video Muzik Eksklusif di ERA: Kisah Hati - Alyah

oh no betul ke irfan akan mati??

update di tengah malam, akibat daripada tengok drama 'stanza cinta' tadi...uishhh sungguh irfan menangis kan...sebak aku huk huk...(ko memang la inn murah airmata tak menentu wink***)



tetiba membe sebelah bagitau, yang adik dia cite yang watak irfan tu akan mati nanti!!!OMG aku semakin yakin yang cinta dunia Irfan kepada Amni tidak akan kesampaian..isk isk isk..ini yang buat aku sebak,sob sob~ (sebab sebelum nie aku penah terbaca komen kat youtube

~tidak apa la janji ceta tu best, tak kisahlah watak irfan tu mati juga diakhirnya nanti sebab mati itu pasti untuk setiap manusia...bukan begitu?~







kisah ju dan manji.

"cuba u tengok perut i "kata Ju kepada Manji sembil mengusap perutnya yang dah nak masuk lapan bulan. "maknanya, tak lama lagi kita nak dapat baby. kalau baby boy, i taruh nama. kalau pompuan u yang bagi nama. ok, canteek?"cadang Manji. 

"orait jugak. kalau cam tu, kalau dapat baby girl, i nak beri nama Naza Avanza. memang dah niat nak kasi nama ni sejak bumi ni belum wujud lagi, amacam boleh?"Tiba-tiba Manji ketawa besar. " u ni biar betul. itu nama keretalah, bagilah nama yang cerdik sikit". 

Ju berasa geram mendengar sindiran Manji. mulutnya muncung seperti ikan kona menyambar umpan mercun bola. "ha, biar i taruh nama best, Safee Sherks, best tak nama ni?"konfiden kata Manji. "bagilah nama berjenis sikit. tak naklah makhluk hijau buruk tu"giliran Ju memangkah Manji pula. 

"amacam kalau nama Norsamun. Norsamun Railey, sedap tak nama ni?". "cuba u fikir sket. nak ke kalau dah besar nanti, orang panggil nama anak kita Samun ke Penyamun ke, nak ke?"soal Manji."asyik-asyik kena caras, u terer sangat, u bagilah nama"luah Ju yang kecipanan tak puas hati. 

"set, i bagi yang terbaik. this name is call Akai Maero, superhero Jepun abad 90-an. ok tak?". "cam hilang akal je nama tu, tak ada nama superhero lain ke?"tanya Ju lagi. "superhero lain lagilah hilang akal. semuanya pakai spender kat luar".

Ju dan Manji saling memerah otak demi memberikan nama yang terbaik untuk anak mereka nanti. "amacam, kalau nama Toman Hakim"."Toman kan spesies ikan air tawar. nanti semua kekawan sekolah dia ejek ikan toman nak ke?". "betul juga kata u tu"balas Manji. "Muflis Zain. Ha nama ni ada unsur islamik sikit". "Muflis kan maksud dia bankrap kan?"."yang sebetulnya nama Nur Alza Mutawasittah terpaling layak kan..kan.."pantas Ju meludahkan cadangannya. "pantang keturunan aku nama najis-najisan" "ye ke?"wajah Ju mengarca kekantoian. 

suasana sepi seketika. "Andy Wajib". "tak naklah. nanti orang panggil mandi wajib pulak". "nak nama Nurul Jannah ke, Nurul Jenayah ke?". "dua-dua tak nak". "Shamsul Penadol?". " ishh, nanti orang panggil nama pendek dia, Samdol". "Ectasy". "Tu pul khayal tu". "nama AHA 4321". "u jangan buat gila!mana ada orang bagi nama anak ikut nombor plat kereta. STOP STOP . nak tanya sket boleh tak?" Ju menjegilkan iris matanya. "Boleh". 

"u nie terencat akal ke?kita belum lagi kahwin kan?perut i ni kembung pasal 8 jam dating tapi angin je yang masuk dalam perut. i cakap kias, u tak faham. sebetulnya i nak suruh u belanja makan."luah Ju kelaparan giler. " O...cakaplah nak makan. apahal yyang tunjuk-tunjuk perut tu. jom i belikan kuaci sebungkus, kita kongsi berdua". 

"Hishh...kedekutnya. Taik hidung tiga rasa punya boipren"bisik hati kecil Ju lalu merungut-rungut dalam bahasa unta laut...HAHAHAHAH...(SUMBER KOMIK g3)









pertemuan dua biji mata aku dengan Hummer!

cerita ini last year punya...tapi ini adalah saat paling buat aku macam mau terbang~ahaha~tapi disebabkan aku tiada sayap, aku hanya mampu berkata-kata...

diringkaskan ceta (malas panjang2 takut aku melalut eee)..hari itu kami bertiga (aku ,sharifah dan juma) mau ronda kk (kota kinabalu) saja test keta baru juma (vios J )..kami cakap "kasi test nie keta bukit kinamis"...so alasan itu membawa kami ke kk..wakakaka..alasan semata-mata!!!

sampai putatan sharifah tiba2 lak mau pigi tandas..so kami singgah Burger king yang ada di putatan tu, cari parking, tetiba mata aku hampir membulat!!"woooii hummer" ada hummer parking...so juma pun parking sebelah hummer tu, kebetulan parking tu kosong..aiii rezeki aku jumpa hummer..

maka sementara sharifah menunaikan hajat (agak lama)..aku amik kesempatan 'merakam kenangan' bersama hummer..yehaaaaa!!..aikk napa amik gambar belakang??aku malu sebab kalo amik gambar depan tu hummer, orang dalam Burger King situ nampak, aku maluu baaahh!!!wakakakak...ini saja yang mampu...

 ~kawal malu~belakang hummer nie pla jalan raya..keta lalu byk sumenya tengok2 aku..HAHA


tiba2 pula ceta hummer kan, kenapa aa??semalam pas meeting, aku and juma kelaparan sebab meeting habis jam 1..aduhh malas mau masak, so kami makan masakan di KFC jak laa..lalala~tengah aku seronok makan, aku terpandang terlihat Hummer merah lalu!!!oh no,sapa punya tu??







kisah teladan~katak oh katak

Sekelompok katak sedang berjalan-jalan melintasi hutan. Malangnya, dua di antara katak tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, katak-katak yang lainnya menyarankan kepada kedua katak tersebut supaya mereka lebih baik mati sahaja.Kedua-dua katak tersebut tidak mengendahkan komentar-komentar itu dan cuba untuk melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati. 


Tidak berapa lama selepas itu, salah satu daripada katak yang berada di dalam lubang itu mendengar saranan katak-katak yang lain lalu menyerah. Dia terjatuh dan mati, sedangkan katak yang seekor lagi tetap berusaha melompat sedapat yang mungkin. Sekali lagi kerumunan katak tersebut berteriak kepadanya agar berhenti berusaha dan mati sahaja. Dia, si katak itu, bahkan berusaha dengan lebih keras. Akhirnya, dia berjaya juga sampai ke atas dengan membuat sebuah lompatan yang kencang.

 
~katak ini berehat kepenatan~wakakka
Katak-katak yang lainnya takjub dengan semangat katak yang satu ini dan bertanya "Apakah kamu tidak mendengar teriakan kami?" Lalu katak itu (dengan membaca gerakan bibir katak yang lain) menjelaskan bahawa sebenarnya ia tuli. Akhirnya, mereka sedar bahawa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberi semangat kepada katak tersebut untuk lebih berusaha...^___^
 p/s :kisah ini diambil daripada post kak laila...hehe kita kongsi2 ek.. 



khidmat pesanan ringkas @ sms versi kejujuran atau kesengalan.?.haha


"saya nak call tapi saya takut kecewa tidak kena angkat lagi.haha..tidak berani lagi kena marah ngee..besok la, mau kumpul semangat dulu...sorry menganggu." 


hahaha...kejujuran atau kesengalan??...




3-6...mereka tetap mampu dibanggakan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang mampu menjaringkan gol ke gawang Liverpool...korang ingat senang ka??bermain dengan mereka yang mempunyai fizikal yang berbeza serta pengalaman bermain pada tahap yang sangat berbeza, aku merasakan kekalahan 3-6 itu menampakan mereka sudah berusaha untuk bermain dengan baik. 

(suatu hari~aku bercita2 bermimpi atau berangan2 sekalipun...anak aku macam nie)hehe..
aku cakap macam pakar kan..hihi.. (blah la ko inn)..takpe la, ini komen orang amatur yang hanya  reti tengok orang main bola tapi x reti mainnn..tak salah kan kan kan..aku komen dari sudut persegi segitiga bujur sirih (merapuuuu) aku sendiri..wakakkaka 

aku bangga!!!aku bangga mutu bola sepak kita semakin baik...apa pun yang berlaku ketika bertemu Singapura nanti, kita perlu sentiasa yakin kebolehan anak bangsa kita..Malaysia Boleh!!!



pujian yang dihambur selepas mampu menjulang Piala Suzuki bukan tiket mereka untuk berbangga..namun semua itu perlu diberi perhatian demi kemajuan sukan bola sepak Malaysia...tidak ada salahnya kita bermula dari tapak ini, semuanya bermula dari langkah pertama,bukan begitu??aisehhh..kalah Hasbullah Awang aku mengulas..hahaha..sekali lagi ( blahhh la ko inn!!!)...



aku tidak mampu tidur lagiiiiii!huh


salam~anda sihat ker??aku sihat alhamdulillah...cumanya banyak di kepala otak, tidur aku aku terganggu...tiapaa.oiii inn ko bangun awal pagi nie??HAAHHA...terpaksa!aku terpaksa bagun awal...

bangun seawal jam 6 tadi kerana hari nie aku nak pegi meeting kat sekolah...hahahahaha.apa la nasib aku hari sabtu gini pun pegi meeting, orang syok2 tido lagi..sekali lagi aku tulis 'tiapa'.

dah mata aku susah nak tidoo, aku bangun jenguk2 blog...aku tertarik dengan satu entry "kenapa blogger lama tak tegur blogger baru?"..aku nak komen gak tapi nanti la,hehe...aku naj bangun bermandi manda satttt...taaa see u all later muaahhhhh~

p/s:....tidur itu terganggu...

kekeliruan itu

Mungkin hanya dalam kekeliruan…mungkin hanya memerlukan sedikit masa menghuraikan segala kekeliruan itu…dan mungkin juga memerlukan sedikit cahaya memahami kekeliruan. 


Sesungguhnya terlalu menyedari bahawa semuanya hanya kekeliruan, sedia tahu tiada yang pasti dalam kekeliruan ini. 

Kenapa masih belum berganjak untuk lari dari kekeliruan??mengapa sekeras itu masih tetap mahu semuanya??adakah tiada pilihan lain??

Kemudian mata meniti bait-bait puisi...”you can cry and close your mind be empty and turn your back, Or you can do what she’d want smile, open your eyes, love and go on”…

Mungkin hanya yang berdegil, mungkin hanya memerlukan ruang dan masa mencari jalan untuk segala kekeliruan…Bukankah Tuhan mendatangkan sedikit dugaan untuk memberikan kita sirna agar lebih menghargai sesuatu...

...saya bersedia untuk redha...

jangan menjaja cerita


selepas update wordless wednesday aku menjengah laman sosial FB...saya menjenguk wall seseorang yang sentiasa saya lawati, yang selalu menjadi perhatian saya...saya mahu mencari isu yang baru dipersoalkan...saya mahu mencari kepastian...aduyaiiii nyatanya saya.ohh tidak apa sudah jadik.?.

saya mula berfikir mencari jawapan, saya cuba mengingati apa yang telah terjadi  2 3 minggu lepas...saya tidak dapat menangkap segala yang diperkatakan...di mana saya tersilap??

kali ini saya telah tewas...arghhhhhh.kenapa bah (bila dan sengal begini aku mula lah slang sabah)..durang nie kan suka-suka bah cakap saya begitu...dulu bukan pernah kan begini ka??tiada pun saya begitu..ini yang buat saya mahu menangis, ini yang buat saya mahu menyanyi sumbang mambang...saya tidak mahu kehilangan lagi bah.

kenapa ba kenapa ba ko begitu..?tanya tidak jawab...betol2 la kali ini saya hilang akal sudah...cuma satu seja la 'saya tidak bersalah'...mau cakap lebih-lebih susah nie, karang meradang lagi tunggang tebalik..bergaduh-gaduh..nda ba saya mau bergaduh...saya penat sudaaaa~

p/s: ala la la latuk tolong sayaaaaaa!!! 


Wordless Wednesday 3#



p/s: The day we becoming Rambo..:))


Nasi Ayam oh Nasi Ayam...

makanan pebret saya ialah nasi ayam. nasi ayam ialah nasi ayam yang dimasak dengan ayam dengan disertakan dengan kuah kicap serta lada...

nasi ayam ini mempunyai banyak jenis...maaf saya tidak mampu menyenaraikan kesemua jenis nasi ayam itu kerana saya bukan pembuat nasi ayam tetapi saya hanya tahu 'makan nasi ayam'..hahaha..gerenti out list jadi menantu.. 

~nasi ayam~tapi bukan yang selalu aku makan..hehe 

dan kegemaran nasi ayam saya ialah (iaitu sepanjang yang saya hidup) ialah jeng jeng~kalo duk KK (kota kinabalu) sebab suka makan nasi ayam singapura yang ada kat karamunsing tu..waa cakap lu la, sedap jilat jari kali-kali pun takpe..nak tambah selera order lagi kaki ayam umphhhh mantap!..hahah.kalo orang Sabah mesti tau la tempat tu...orang semenanjung yang tak tau, tak pe datang Sabah Bawah Bayu nie nanti kontek saya..Insyaallah saya tunjukkan..hehe

disebabkan saya kerja di daerah Keningau nie, maka saya merasakan nasi ayam akan dilupakan...tetapi suatu hari saya diperkenalkan dengan restoran Nasi Ayam Malaysia..sedap??enak??sampai jilat jari kali-kali??oohhhh...MESTILAH.alhamdulillah aku dah ada port nasi ayam di daerah ini akhirnya. memang sedap, kat sini jer aku boleh habiskan santapan dengan selera yang sangat baik dan mengujakan..nak nasi ayam panggang atau stim??pilihan saya selalunya yang panggang..itu selera saya....

p/s: Mood kelaparan buat entry pasal makan laa...wut wut aku lapar...