selamat hari ibu..sy syg mama sy!


SELAMAT HARI IBU.

HAPPY MOTHERS DAY!

saya sayang ibu saya...saya sayang mama saya...i love my mother.

kenapa saya sayang mama saya??sebab terlalu banyak yang dia buat untuk saya selain melahirkan saya di dunia ini...kalau nak balas semua jasa2 itu...100 juta tahun pun tidak mampu.

masa kecik, mama saya sangat garang.mungkin untuk mendidik kami adik beradik memerlukan ketegasan yang tinggi...kerana mungkin tahap kenakalan itu tinggi..termasuklah aku.walaupun bergelar anak bongsu, rasanya mama tidak berat sebelah ertinya tiada erti lebihan kasih sayang untuk saya walaupun bergelar anak bongsu...saya sangat bersyukur semua itu..kerana semua itu menjadikan saya seorang yang sangat berbeza daripada kebiasaan anak bongsu, yang selalu dianggap lembik, lemah dll...saya sangat berbeza daripada tanggapan kebiasaan itu.

berjauhan dengan mama ketika memasuki asrama bermula tingkatan satu-tingkatan enam, mengajar saya supaya lebih berdikari...saya sukar hidup tanpa mama, sehinggakan pada awal-awal bulan masuk asrama, saya menyatakan hasrat untuk keluar asrama. natijahnya saya dimarahi oleh mama dan bermula saat itu tinggal di asrama dengan tenang, damai dan gembira sehinggalah menghabiskan tingkatan enam pada tahun 2003.

betapa kehidupanan saya lengkap dengan segala tunjuk ajar mama...bukan mudah mendidik saya...kenakalan itu melebihi mereka yang lain dan ketegasan mama mendisiplinkan saya!itu yang sangat saya kagumi dan saya sangat bersyukur.

saya mahu menyatakan betapa saya sayangkan mama saya setiap detik!bukan hanya hari ini atau esok...saya berusaha untuk itu.

kasih sayang untuk mama sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata...tidak akan mampu...

semoga mama juga berbangga dengan saya...kerana saya mahu membhagiakan mama untuk sepanjang hidup saya, selagi saya bernafas.









No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P