selamat hari guru..


pasti...aku suka entry ini.sebab aku sudah menjadi sebahagian darinya...so aku kena tulis entry ini juga walau dihimpit kekalutan menghabiskan 'mencek' kertas budak..huhu

16 Mei~HARI GURU.

dulu aku sambut dan rai guru-guru yang mendidik aku dengan kesungguhan yang sukar dibayangkan...TERIMA KASIH CIKGU.

bermula tahun 2009, aku sendiri dirai sama...terasa lainnya...mendapat hadiah daripada anak2 didikku pula...TERIMA KASIH.

sukar...rasanya tidak mampu aku balas semua jasa cikgu2 yang pernah mendidik aku...dengan hanya mengenal A B C kemudian mengira 1 2 3...aku mula membaca kerana mengenal abjad2 itu...dan mula pandai menambah menolak kerana nombor 1 2 3 itu.TERIMA KASIH GURU2 SK SUASA BEAUFORT(1991-1996).indahnya mengenang zaman sekolah itu, sentiasa menjadi terbaik dan membanggakan keluarga...kesusahan itu seakan tiada.CIKGU SUNGGUH AKU BERHUTANG BUDI DENGAN KALIAN...

berjumpa kawan yang semakin jauh datangnya, begitu juga guru2 yang ditemui.aku teruja!lain benar rasanya...tidak lagi mampu menjadi terbaik, aku berusaha berada dalam kelompok terbaik. alhamdulillah aku masih mampu.TERIMA KASIH GURU2 SEMEGA (SMK GADONG BEAUFORT) 1997-2003. seharum kasturi jasa kalian, memastikan aku tetap dengan hati yang mahu berjaya walau pastinya belum. kepercayaan kalian membuatkan kami mahu menjadi sebahagian sejarah diingati semua warganya kelak.

aku sudah bergelar guru tika ini...bagaimana mahu menceritakan liku-liku untuk menjadi seperti sekarang??bagaimana kalian boleh memahaminya??seindah hembusan angin takala kehangatan, mamou dirasa namun tidak dapat dilihat, sesukar itu untuk menceritakan segala2nya...

lalu..ucapan TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG PERNAH MENDIDIK DIRI INI...terima kasih kerana membimbing sehingga menjadi manusia yang berguna...

untuk hadiah itu..aku mengingati seseorang kerana hadiah lagu itu pada tahun lalu.

"cikgu sayang kamu sesungguhnya, maafkan jika tidak mampu menjadi cikgu dan kawan seperti yang kamu harapkan...ikhlas cikgu sudah berusaha.andai diputarkan kembali, ada yang cikgu mahu perbetulkan mengelak segala kesedihan. kamu sentiasa di hati cikgu.cikgu rindu kamu"

malam...aku mohon agar diikhlaskan segalanya..hanya Dia mengetahui.







6 comments:

  1. saya tahu cikgu sayang siapa.. tapi saya juga sayang cikgu ini.. yg mengajar di sebelah saya, yg mendidik di sebelah saya, yg menegur di sebelah saya, yg mengembirakan hati saya.. semua ny dia berada di sebelah saya, satu2 nya cikgu yg mengajar di sebelah saya, bukan di hadapan saya. bukan yg memegang chalk atau marker pen di papan tulis, tapi menulis di buku latihan yg kadang2 saya tiru. sebab cikgu ini pandai! sebab itu dia adalah cikgu. saya sayang cikgu ini.. terima kasih cikgu.. selamat hari guru... sayang lama-lama....

    ReplyDelete
  2. manusia yg tidak sempurna ini punya kelemahan untuk mengalah dan menyatakan kasih sayang, lalu dibiarkan pergi utk dilupai...NAMAUN yg pasti itu ialah sy syg kwn sy yg sentiasa ada utk sy, susah sng sy, yg memahami disebalik diam itu...sy syg sgt kwn baik dunia akhirat sy ini, smoga kita kekal sahabat hingga ke akhir hayat amin...syg ing lama-lamaaaaa juga..hihi

    ReplyDelete
  3. daku sangat memahami walaupun dalam diam :) kan kan kan

    ReplyDelete
  4. ya lor..terima kasih la huhu..amm tia penting ba ini,cuma berkatak2 sejaa..

    ReplyDelete
  5. ecehhh... kau berangan la ituuuu

    ReplyDelete
  6. hahahaha...kalo kt xdpt apa kt mau, better daydream la jaaa...SS=syok sendiri.haha

    ReplyDelete

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P