kesunyian itu indah...kadangkala

bukan yang terbaik...kerana tidak mampu. tiada silap pada cerita dulu...cumanya cerita sekarang ini telah berubah. barangkali terpaksa untuk melupai...

ada tidak mampu untuk diucapkan semudah dulu.


aku menyukai kesunyian bila semua kabur untuk membuat penilaian...


kesunyian mengajar untuk aku lebih kerap mendengar.sesuatu yang susah untuk dilakukan.


di mana kecelaruan itu bermula, keputusan berdiam diri nyata membuat aku menilai semula semua tindakan...mungkin aku pernah tersilap percaturan.


tiada penyesalan untuk kehilangan...aku mengumpul kekuatan untuk mendapat pengalaman hidup.

hakikat takdir kita tidak mampu diduga semakin membuat aku mengerti...mengajar aku untuk lebih berfikir...mengakui kelemahan diri...


mungkin menghilangkan kepercayaan kerana tindakan itu...maaf jelas tidak memadai.
dan mungkin suatu hari nanti semua mengerti...kerana kitaran hidup itu sama.

malam ini kesunyian itu kembali menuntut untuk diri memohon kemaafan dari kejauhan.


p/s: hanya mahu berkata-kata.






No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P